Siapa Saya Esok Hari?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi…

Persoalan yang sentiasa saya tanya pada diri saya sendiri iaitu ‘Siapa Saya Esok Hari?’. Setiap malam sebelum tidur itu yang saya tanyakan pada diri.

Nama saya Zaidi dan akan selamanya Zaidi. Tidak akan bertukar kepada John dan tidak akan bertukar kepada Siti Aminah. Tidak sama sekali. Diri saya tetap selamanya saya. Insyallah.

Be Better
Be Better

Namun itu bukan jawapan kepada persoalan saya diatas tadi. Persoalan ‘Siapa Saya Esok ?’ adalah betanya siapa yang akan kita jadi esok.

Kalau hari ini kita seorang kerani tidak mungkin selamanya kita mahu jadi kerani. Kalau hari ini kita kerani biarlah esok kita bercita jadi usahawan.

Kalau hari ini kita seorang draftman tidak akan selamanya kita mahu statik disitu. Biarlah esok kita menjadi CEO. Seorang CEO syariket drafting yang berjaya. Bukan begitu?

Kalau hari ini kita tukang sapu. Biarlah esok kita menjadi pemunya syarikat pembersihan terkemuka. Kan bahagia kalau begitu?

Kalau mendaki gunung Everest pun kita mesti mahu sampai ke puncak Everest. Jadi kita akan daki juga walaupun apa saja yang jadi, sampai ke puncak atau tidak itu perkara lain. Tak pernah dibuat orang yang mahu mendaki gunung akan patah balik sebelum mendaki. Jangan sekali cipta alasan sebelum kita mencuba. Kita boleh.

Hidup ini memang indah. Hari yang kita lalui juga amat indah. Namun begitu biarlah kita indahkan lagi hari kita dengan perancangan yang teliti dan cita-cita yang tinggi. Siapa saya esok saya yang tentukan dengan usaha saya hari ini.

Ingat, Allah swt tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu kecuali kita yang mengubahnya.

Cita-cita, usaha, doa dan tawakal perlu sentiasa seiring dan seirama.

Sekian, terima kasih.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Selama tiga tahun dalam bidang senggaraan dan secara
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Buat duit dengan blog bukan suatu mitos, ia
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu lepas situasi saya agak kelam kabut, keadaan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya mula membuat blog pada tahun 2007 dengan
Assalaamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku sekalian... denaihati.com Denahati.com satu
(Visited 49 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

13 thoughts on “Siapa Saya Esok Hari?”

  1. kena pandang ke depan, jangan kisah sangat siapa kita hari ini, yang penting kita jadikan esok lebih baik dari hari ini….kuasa Allah mengatasi segalanya…rezeki Allah memang sudah sediakan, kita hanya perlu berusaha untuk mendapatkannya… yang kita kena risau adalah amalan yang kita sendiri kena istiqamah melaksanakannya…
    sweetkurma recently posted..melukut di tepi gantangMy Profile

  2. betul tu daddydee. nak berjaya tak semestinya perlukan kelayakan pendidikan yg tinggi. janji ada keazaman diri dan disiplin yang tinggi untuk berubah. lihat sahaja bill gates dan beberapa org jutawan dunia. malah tan sri syed mokhtar bukhari sekalipun. diorg ni bukannya ada kelayakan pendidikan yang tinggi pd peringkat awal. tp mereka boleh jadi jutawan. sbbnya mereka ada vision. mereka ada DREAM. dan DREAM mereka ini di translatekan dengan tindakan tanpa mengenal putus asa.

    jika kita bergaji kecil tak semestinya kita berpendapatan kecil hingga ke akhir. banyak kerja partime yang boleh kita buat utk tambahkan pendapatan keluarga.

    jika seseorang itu berpendapat bahawa mereka menganggur sbb tiada kerja, saya kata mereka PEMBOHONG. sy kata mereka ni pemalas. banyak keje yang HALAL boleh dibuat untuk mendapat income yg lumayan. bak kata Chef Li dalam sebuah buku motivasi tulisannya: ” amat malang orang yang tinggal di Malaysia, tetapi dia tidak kaya. kerana bumi malaysia ini terlalu banyak sumber kekayaan yang boleh diambil untuk ditukar kepada kekayaan”. lihat sahaja bangla, myanmar dan indon yg datang ke negara kita utk dptkn pekerjaan. kenapa mereka ni berduyun-duyun masuk ke Malaysia samada melalui cara legal atau illegal? sbb mereka boleh mmbawa kekayaan yg mereka dapat di negara kita balik ke negara mereka dan menjadi kaya di negara mereka hasil dr perkerjaan di Malaysia.

    untuk sesiapa yang mencari kerja sambilan ataupun sepenuh masa, boleh hubungi saya untuk peluang pekerjaan. terima kasih. terima kasih kpd tuan rumah daddydee sbb tlg pinjamkan blognya utk ruangan ini.
    sohoque recently posted..Curi Kereta, Taktik Terbaru PenjenayahMy Profile

  3. semoga esok lebih baik dari hari ini..
    musahabah diri agak buat penilaian.. kadang kita terlalu mengharap yg terbaik utk esok hingga kita terlupa bersyukur kerana ada yg lebih kurang bernasib baik dr kita 🙂

  4. entri yang amat menyentuh emosi…terima kasih..amat susah untuk rialisasikan hari esok lebih barik dari hari ini tanpa kesungguhan dan keazaman yang tinggi..aku pun pernah juga nak jadi yang terbaik dan selamanya terbaik..tapi dugaan sentiasa ada untuk menguji kukuhnya jati diri aku..ntah esok lebih baik dari hari, aku sendiri pun tak pasti..biarlah masa yang menentukan…emmmm…
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #21 – Tenaga Batin Cap AyamMy Profile

    1. Insyallah… Hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam tuan… Bersamalah kita berusaha untuk menjadi lebih baik.

      Kita memang tidak sempurna tapi berusaha untuk menjadi sempurna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.