Assalamualaikun dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku…
Bulan Ramadhan sudah masuk ke fasa kedua, sudah masuk minggu ketiga kita berpuasa. Pagi tadi (Ahad) sempat ke pasar Chow Kit membeli sedikit barang dapur, jalan sudah mula sesak, ramai keluar pagi. Balik dari Chow Kit lalu depan SOGO, penuh manusia sudah mula duduk bertenggek pada jam 9.30 pagi depan SOGO dan sekitar Jalan TAR. Awal sungguh mereka semua keluar untuk membeli belah.
Kita tinggalkan cerita SOGO, Chow Kit dan Jalan TAR, kita berbalik kepada tajuk iaitu ‘Kalau Tak Malu Pada Allah swt, Malulah pada Manusia’. Tajuk ini mungkin akan ada yang tempelak blog ini, dipersilakan, berblog kita harus terbuka, bukan begitu?

Puasa jangan tak puasa. (Sumber : google.com)
Dulu, semasa bujang selalu juga terserempak dengan mat rempit yang selamba menghisap rokok atas motosikal. Kalau semasa motosikal bergerak mungkin orang tak nampak sangat, tapi ini dekat lampu isyarat merah pun dengan selamba menghisap rokok tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Sekarang, sejak tinggal di flat ini, pelbagai rencah dan ragam manusia yang saya jumpa dan temui. Yang muda remaja, yang sihat tubuh badannya, tanpa segan silu menghisap rokok dibawah flat.
Yang lagi teruk, adalah ada sebuah warung yang berdekatan dengan flat ini yang menjadi port untuk orang tidak berpuasa. Selama ini saya lalu depan warung ini rasa agak janggal kenapa tuan kedai berniaga di siang hari. Dan yang lagi peliknya bila berniaga dalam selimut. Setiap ceruk penjuru kedai ditutup.
Petang tadi tergerak hati untuk mengintai ke dalam warung tersebut semasa naik motosikal untuk membeli juadah berbuka puasa. Mengucap panjang saya. Terkejut juga. Bila kelihatan bukan dua tiga orang tapi hampir sepuluh orang dalam warung itu dengan selamba menghisap rokok sambil minum. Kalau umur setahun jagung tak mengapa, ini umur taraf ayam pencen dah semua. Semuanya saya jangkakan dalam lingkungan 30-an hingga 50-an. Sedarlah, malulah pada manusia lain kalau tak malu pun pada Allah swt.
Dalam usia yang rumah kata pergi, kubur melambai-lambai menjemput kita. Masih lagi enggan melakukan ibadah puasa. Ya Allah, apa sudah jadi? Sepatutnya merekalah yang menjadi contoh tauladan yang baik. Bukannya contoh yang buruk kepada remaja. Tak hairan jika anak-anak mereka tidak berpuasa kerana bapanya pun tidak berpuasa. Oh Dunia…
Selama ini, aku hormat juga peniaga warung tersebut yang berumur 50-an, pernah juga aku menjadi pelanggannya. (Bukan bulan Ramadhan). Beliau adalah seorang lelaki yang berkopiah semasa berniaga. Tapi siapa sangka beliau lah juga yang menghidangkan air untuk orang yang tidak berpuasa. Rosak anak bangsa.
Minta maaf pakcik, saya sudah hilang hormat pada pakcik dan kawan-kawan. Kalau pun tidak puasa, makan dan minum lah dalam rumah. Tak perlu nak tunjukkan pada orang lain. Tak perlu berasa bangga kerana tidak puasa. Kalau pun, pakcik-pakcik tidak malu kepada Allah swt, malulah kepada manusia sekeliling.
Saya mendoakan agar Allah swt akan membuka pintu hati mereka semua sebelum Allah swt menarik kembali nikmat sihat daripada mereka.
Posted with WordPress for BlackBerry.
Orang yang selalu ponteng puasa ni akan merasa malas semula untuk puasa.
BYW nice story. Pengalaman yang baik untuk dikongsikan
nizamghazi recently posted..Short Scene : I Am SuperNatural On Ramadhan – My P1 4G Has Been Upgraded!
Tu la langsung tak malu pada orang lain. Cam bangga pula mereka tak puasa.
itu disana disini kebanyakan kilang2 macam dah bukan suasana puasa, lagi satu banyak kebayan2 yang dibuka untuk memudahkan meraka berbuka puasa. satu kali kalau hijab terbuka dimata baru padan muka.
onlajer recently posted..Marhaban atau Bara’an
Bila lah mereka semua nak insafkan?
dulu masa kecik2 ingatkan semua orang akan puasa, tapi bila makin dewasa..tengok sekeliling. malu jugak. yg kecik puasa, yg besar tak puasa pun
Lizz recently posted..Perutusan Sempena Nuzul Al-Quran 2012 1433 Hijrah Oleh Perdana Menteri
Lagi malu bila bangsa lain bertanyakan kita tentang mereka yang tak puasa, susah untuk jawab..
biasa dah ni..ada tu dah tua2 siap mkn kat kdi mamak lgi..huhu
farahaznil recently posted..Chong wei tetap EMAS di hati peminat.
Tak tahu malu kan?
mereka sendiri yang tak mahu berubah untuk berpuasa…aku masa bujang2 pernah juga terponteng puasa, tapi sejak dah ada anak bini ni dia datang sendiri keinsafan beserta kemahuan kita sendiri….semoga mereka semua di beri hidayah oleh Allah SWT
Shahrul recently posted..Harapan Emas Olimpik 2012 pada Lee Chong Wei (Updated)
sound direct aje. aku selamba aje sound budak dengan pakcik-pakcik yang tak puasa. siap ambil gambar lagi. haha..
titan recently posted..Peneraju Revolusi SEO Merah Jambu
selalu gak jumpa org isap rokok dlm kereta ni..nk sound nnt dimarah pula..huhu
Jebeng Otai™ recently posted..Keputusan Terkini Pingat Olimpik 2012 – 6 Ogos
Takpe bro, at least kita jadikan teladan mintak jauh dan tidak terikut kerenah org macam tu.
shraqs recently posted..Samsung Galaxy S3 Special Features
Harap-harap mereka diberi hidayah untuk mula berpuasa.
zool recently posted..Pergi ke Bazar Ramadhan Taman Cempaka
bersubahat pakcik tu. ingatkan kedai mamak je ada fenomena macam ni.
Denaihati recently posted..Ahli Politik persenda kegagalan Lee Chong Wei
kena buat report bro….depa selagi tak kena mmg tak ingat…org2 yg mcm tu mana takut ALLAH..kalau depa takut depa puasa hehehe
budak felda recently posted..EYRIQAZZ VS DENAIHATI UNTUK SEMUA
Sama2 kita jadikan sempadan dan teladan.
shraqs recently posted..Tutorial Upgrade Samsung Galaxy Note Android 4.0.4 DXLR5
ENtah lahh.. dunia sekarang nih… nak kata “uzur” tapi… lelaki… adehhhhh, berperang pun boleh posa.. apa lagi lar kita hidup dalam aman…
irsah recently posted..Tender Sebutharga E-Perolehan : Masalah Tawaran Teknikal?
hehehe..ayam pencen yang tak sedarkan diri la tu..emm tua2 dah tak nk insafkan diri lagi..adoii…
Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #16 – Aku Dapat Belkin Percuma
itulah pasal kalau nak berniaga pun bungkuslah jgn bagi duk makan kat situ kena hormat orang yang berpuasa…
hairulafiz recently posted..Suami saman isteri