Tips Untuk Memilih Kursus Yang Tepat

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku….

membuat keputusan

Mana Satu Harus Di Pilih

Mana Satu Patut Saya Pilih?  Memilih kursus yang tepat bukan senang. Situasi membuat keputusan pasti sukar untuk semua orang. Ya lah, takut-takut keputusan yang diambil adalah tidak benar. Tidak tepat. Kita juga yang akan menanggung akibatnya nanti. Pernah ke saudaraku menghadapi situasi begini? 

Apa yang ingin saya kongsikan ini bukan kisah saya, tapi dilema seorang pelajar yang bertanyakan pendapat saya dalam memilih bidang yang ingin disambung.

Suatu hari, seorang pelajar perempuan ini telah datang bersama bapanya kepada saya untuk menjadi saksi. Semasa berborak rancak, bapa pelajar ini telah mengajukan satu soalan pada saya:

‘Saya nak minta pandangan. Anak saya ini ada masalah. Dia mendapat dua tawaran. Dia tak tahu untuk memilih. Tawaran pertama adalah Kursus Membaikpulih Komputer di Dungun, Terengganu dan Tawaran kedua adalah Kursus Seni Grafik di MMU.’

Saya bertanya kembali kepada pelajar tersebut

‘Mana satu yang adik minat? Adakah adik suka kerja angkat CPU, cuci habuk, wiring sikit-sikit, main coding mungkin? Atau adik suka duduk memerah idea kreatif?

memilih

Mana Satu Harus Ku Pilih

Adik tu menjawab ‘Saya pun tak tahu?’.

Lalu saya menjawab kembali

‘Sejujur dari hati, saya tak nasihatkan perempuan untuk berada dalam bidang senggaraan. Baik ambil bidang seni kreatif, kalau adik minat seni dan berbakat. Dan kalau saya akan memilih Seni Grafik sebab saya minat dan saya suka. Lagipun bagi saya potensi Seni Grafik boleh pergi lebih jauh terpulang kepada kreativiti kita dan usaha kita. Tapi yang paling penting minat. Tepuk dada tanya hati.

Pelajar itu dan ayahnya mengucapkan terima kasih pada saya selepas selesai berurusan dan berlalu. Saya doakan beliau akan membuat keputusan yang tepat untuk masa depan beliau.

Bukan beliau saja yang menghadapi situasi begitu. Saya juga pernah suatu masa dulu. Jujur saya katakan bidang yang saya ceburi bukan minat saya pun, saya main ambil saja tanpa membuat kajian mendalam sebelum itu. Tapi alhamdulillah saya makin meminati bidang yang saya ceburi.

Ini nasihat saya bagi pelajar yang ingin membuat keputusan untuk memilih kursus apa :

  1. Kaji market pasaran semasa. Apakah bidang yang mempunyai permintaan yang tinggi semasa kini dan masa akan datang? Pastikan kita memilih kursus yang releven dengan pasaran.
  2. Cuba membuat penilaian sebaiknya. Rujuk kepada kaunselor ataupun pensyarah untuk membantu anda.
  3. Ambil bidang yang kita minati. Bila kita ada minat semangat untuk belajar lain sikit dan lebih berkobar-kobar. Memilih kursus yang kita meminati membuatkan kita lebih fokus dalam belajar dan kerja nanti.
  4. Jangan pernah rasa rendah diri jika kursus yang kita dapat adalah bukan yang kita mahu dan kursus dilabel sebagai ‘low standard’. Mereka yang anggap kursus yang ditawarkan ‘low standard’ adalah ‘low standard’ sebenarnya. Kalau kursus itu tidak ada potensi universiti atau kolej tidak akan menawarkannya. Tapi jangan pula mendabik dada atau menyombong pula.
  5. Jika kursus yang kita ambil bukan kursus yang kita minati. Kenalilah, minatilah dan cintailah. Orang selalu kata tak kenal maka tak cinta. Jadi minati bidang yang kita ambil walaupun kita tak suka. Barulah hati ikhlas untuk belajar.
  6. Solat Hajat dan Istiqarah. Insyallah mujarab dan mustajab.
  7. Dalam setiap apa yang kita lakukan jangan lupa tips paling penting iaitu Usaha, Doa dan Tawakal.

Itu saja nasihat buat kali ini. Mungkin ada yang tertinggal cuma ini yang mampu saya coretkan setakat ini. Diharap dapat membantu.

Ingat, masa depan kita, kita yang tentukan. 

Terima kasih banyak-banyak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tips Untuk Memilih Kursus Yang Tepat
0 votes, 0.00 avg. rating (0% score)

27 thoughts on “Tips Untuk Memilih Kursus Yang Tepat

    1. DaddyDee Post author

      Bila dah suka, kesungguhan nya lain skit. Macam bila kita minat kat awek, kesungguhan nak tekel tu lebih skit.

      Reply
    1. DaddyDee Post author

      Ya.. Bila sambil lewa. Keputusan pun tidak memuaskan lepas graduate nak masuk dalam industri pun sukar.

      Reply
    1. DaddyDee Post author

      Tu la kalau silap pilih kursus merana juga. Tambah lagi kalau tak pandai nak sesuaikan dengan industri

      Reply
    1. DaddyDee Post author

      Jangan salah sangka. Nampak kursus tu simple dan mudah tapi sambutan dan upahnya memang tinggi. Sulaman atau jahitan manik tidak semua orang tahu membuatnya.

      Suri mesti tahu kan kos untuk sulaman/jahitan manik sehelai baju kurung berapa? Hehehe

      Reply
  1. Nadot

    betul betul.. sebagai lecturer, mmg ramai gak sy jmpe students yg amek course sbb trpkse, sbb family suruh, x minat tp dpt yg tu… sian juge.. then yg lg kesian tinggal lg satu sem, nak quit sebab dah tak tahan dah nak bawak wpun result x la fail…ishk..

    tp even amek ape2 bidang pun, dan mmg terer dan ikhlas belajar, insyaAllah, walaupun keje dlm bidang tu x byk, mesti akan dpt gak ;)
    Nadot recently posted..Berbuka di Bumbu Desa AlamandaMy Profile

    Reply
    1. DaddyDee Post author

      Para pelajar dan bakal untuk sambung belajar sila dengar nasihat dari lecturer Nadot ni.

      Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang sudah belajar biar sampai jadi super graduan.

      Nadot lecturer kat mana ye??

      Reply
    1. DaddyDee Post author

      Bidang teknikal ni bagus tuan. Teknikal yang kita pelajari bukan saja boleh guna untuk kerja saja tapi juga untuk kehidupan harian kita.

      Reply
    1. DaddyDee Post author

      Tapi ramai pelajar sekarang ambil kursus ikut kawan dan main belasah. bila mula elajar baru tau tak boleh nak bawa. Sayang sekali.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge