Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi Buat Semua Saudaraku Sekalian..
Tunjuk sana tunjuk sini. Ya hari ini saya nak kongsi cerita tunjuk. Bukan cerita saya membeli kuih juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan. Tidak sama sekali. Jangan risau. Daddydee makan nasi dengan petai dan budu. Itu wajib.

Tunjuk sana tunjuk sini, ramai orang suka macam ini, menyalahkan orang lain. Ramai yang begini. Dan tak ramai yang akan tunding jari pada diri sendiri. Menyalahkan diri sendiri. Dan mungkin juga tiada.
Sepanjang beberapa tahun saya bekerja dalam organisasi swasta atau kerajaan, boleh dikira dengan jari jumlah insan yang akan menyalahkan diri sendiri dahulu. Kabanyakan akan menyalahkan orang lain diri diri sendiri.
Sebolehnya semua kerja mahu di ‘tai chi’ pada orang lain. Sebolehnya mahu orang lain bertanggung jawab atas apa yang kita tidak buat. Mengapa sukar untuk manusia mengaku akan kesilapan diri sendiri? Mengapa harus menjadikan orang lain sebagai kambing hitam? Sejujurnya saya cukup menyampah boss/kawan seperti ini.
Mereka sanggup buat apa saja janji tengkuk mereka lepas tanpa mempedulikan penganiayaan ke atas orang lain yang dilakukan. Mereka ini lebih pentingkan diri.
Ada juga yang berbuat sebegini bukan sahaja untuk mengelakkan hukuman tetapi bagi menunjukkan kepada pegawai lebih atas beliau lebih terbaik. Terbaik dari semua orang. Walaupun, kadang kala orang sebegini hanya tahu bercakap sahaja. Mulut manis umpama gula, tapi hati busuk.
Bagi Saya
Saya bukan budak yang baik, bukan insan berhati murni. Saya insan biasa yang penuh dosa dan alfa, saya bukan ingin berlagak baik tapi cuba menjadi yang terbaik. Pendiriaan saya, sekiranya saya salah, saya akan akui itu silap dan salah saya kerana saya tidak pernah lari dari kesalahan kerana saya insan cuma.
Jadi Mangsa
Kalian pernah jadi mangsa dalam situasi begini? Saya pernah. Dan ini pernah jadi antara sebab mengapa saya ‘resign’ dari kerja saya dulu. Bila semua jari menunjuk pada saya, dan saya tidak lagi mampu memperbetulkan dan memperjelaskan keadaan sebenar. Tambahan tiada lagi ruang untuk berkata-kata. Saya nekad untuk ‘resign’ dari saya terus berkerja dalam keadaan yang terpaksa. Dalam hiudp saya saya pegang pada dua iaitu ‘mengalah bukan bermakna kalah’ dan ‘kebenaran sentiasa menyinar cuma antara lambat atau cepat’. Better seek others opportunity than stuck for me.

Cingu saya pernah berkata ‘Kebiasaannya bila seseorang itu menunjuk pada orang lain, dia sendiri tidak menyedarinya iaitu 1 jari dituntuk pada orang lain tapi 3 jari akan menunjuk padanya’.
Sekiranya saya bersalah, maafkan saya. Tiada niat untuk mempersenda. Sekadar menulis luahan rasa dari dalam.
itu belum dicampur kerja bercampur dengan semua bangsa dia punya dengki mengalahkan orang melayu berniaga.
onlajer recently posted..Wordless Wednesday : Myanmar Olympic?
adat dunia yang tak pernah senang melihat orang lain jaya…
yaaa betul tu…kat pejabat aku pun ada 2,3 orang jgk yang perangai mcm ni..kadang2 aku sendiri pun terkena..adoi..apa yang boleh buat..redha je la walaupun kita tak salah..huhu
Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #15 – Ikan Lapang Hasil Menjala
Lumrah dunia dan attitud orang kita yang susah untuk diubah. Mahu saja menyalahkan orang lain…
ginilah adat dunia…mcm2 ragam…nak tak nak..kite kene sabar utl sesuap nasi…
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #23 Oh! Kung Fu Mentadak…
Sebab bersabar saya masih bekerja…malas nak ikutkan kepala angin saya lagi…
kdg2 perkara seperti mcm lumrah di tempat kerja..selagi kita bekerja..selagi itu lah ‘politik’ tempt kerja ni berlaku..huhu
Jebeng Otai™ recently posted..Keputusan Rasmi Giveaway JebengOtai
aaah…politik pejabat kekadang lagi kejam dari politik sebenar…
betol3.. cik ana penah x pnh la lg dipersalahkan dlm soal kerja atau ape.. tp pernah diperdajaikan oleh kwn sekerja.. jenis manusia yg “mulut manis kemain tp hati busuk ya amat” tu la.. kemain dia kipas big boss kata semua idea bernas tu dtg dr dia la kononnya.. uitt kipas kuat kemainla.. smpaikan boss tutup mata tutup telinga xmo dgr lgsung la idea kami2 yg lain ni.. ms tu punya la rasa terpinggir.. tp alhmdulillah last2 kantoi jugak bila allah nk tnjuk… dan dia sndri resign mybe sbb malu kot..
slm ramadhan,
cik ana
Biasalah manusia jenis tak boleh tengok orang lebih memang camtu. Selamanya pun camtu…Dengki je kerja nya…Usah kita ikut jadi seperti mereka.
kata-kata yg akhir tu.mmg chii setuju sgt..mmg x ramai yg sedar..lebih2 lg bila seseorg itu terlalu mendabik dada dan seringkali menunjukkan satu jari tnpa menyedari 3 yg lain sedang menghala diri sendiri..
hurm..setakat ni.alhamdulillah..chii x pernah alami situasi yg sama ngan daddy..mesti mcm2 rasa ada dlm hti kan
chii recently posted..Wordless Wednesday #28 – Miss Little Cinderella
Aaah…Kekadang amik masuk kiri keluar kanan malas nak layan. Simpan dalam hati pun tak guna juga. Kita je yang sakit nanti…heheheh
mmg bhaya kalau ade sikap camni..inilah ciri2 manusia takabbur! wanau’zubillah
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #23 Oh! Kung Fu Mentadak…
Ramai manusia begini, lupa diri bila dah senang….
Ni yg malas nak keje dgn org kita. Semua selfish. Nak buat camne kan, susah nak ubah kecuali ada kesedaran dlm diri sendiri. Huhu
susah kak. Terutama orang Melayu kita..Yang sentiasa pentingkan diri…
cikgu aku pun ada cakap benda yang sama macam tu…tapi aku tak pernah la merasa di persalahkan atas isu yang bukan aku buat. cuma kerja-kerja yang aku lakukan selalunya kurang mendapat kredit balik kepada aku. orang lain yang dapat
azwan recently posted..Analisis Dua Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya
Mungkin situasinya berbeza. Saya sememangnya terus dipertanggungjawabkan keatas situasi itu..itu yang pening kepala
klu berkerja dlm 1 kumpulan yg ramai mana tak geramnnya hee..kita pada mula nak pertahankan diri terus tak jadi bla ada kayu pengapinya jer
suri recently posted..Saat Itu Aku Akan Pergi
itulah manusia ni bila dah ada hasad dengki memang rosak bangsa dan negara….
Main tunjjuk tunjjuk ler plak…tunjjuk dekat Blog Mummy ler camtu! Hehehe
Jom “Follow” Blog Mummy dan Join “Projek Amal EQQ” di http://elqashrinqaisara.blogspot.com/2012/08/segmen-jom-follow-blog-el-qashrin.html
Mummy Akmar recently posted..Segmen: Jom "Follow" Blog El Qashrin Qaisara untuk "Projek Amal EQQ"
biasalah tu. nama pun manusia. kerjanya suka main tunjuk-tunjuk.
titan recently posted..Komisen pertama Rahsia Malam Pertama.
aah…betul tu tuan…lepas tunjuk tunjuk…suka pula menunjuk nunjuk….rasa nak je pelempang..hahahha
ingtlan sy ikan digi kot yg dia tunjuk dia ada jaring panjang
jenis sy klu rasa serbasalah cpt2 sy mitk maaf hee tambah2 klu org tu sy tak kenal rpt heee
suri recently posted..Pirogen
Itu yang terbaik CikPuan Suri….Maaf dan memaafkan….
bgi suri mgpa nak tahan sabar klu dh lama sabar ..baik pindah klu tu lebih baik dr persekitaran sblum ni
suri recently posted..Karang Gigi Part II
1. Bro berbuka ade budu n petai…bhaye2…ambe payah nak stop klau ade ade dua ni…hohoho
2. Ambe mmg tak pernah alami situasi camni, setakat ni majikan mmg tau menghargai kami yg tak berapa ramai ni…
3. Tp, dr setakat cerita kwn2, mmg politik tmpt kerja amat ganas dan sadis…..
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #23 Oh! Kung Fu Mentadak…
Saya wajib ada budu bulan puasa ni….Tak de petai, kacang panjang pun jadi…
Kekadang kerja dalam komuniti yang kecil lagi bagus dan senang tuan….
sama lar bro.. dalam kumpulan yang kecil lebih terkawal dan dapat participate secara menyeluruh. kurang sikit tunjuk menunjuk tuh.. sama2 akan bantu antara satu dengan lain.
irsah recently posted..Skandal Janda Ibu Tunggal Kasanova Masalah Moral Sosial
Setuju tuan. Saya pun teringin nak bekerja dalam kumpulan kecil yang lebih memahami dan teamwork..