Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Sudaraku…
Hari Raya Aidilfitri sudah menghampiri, Ramadhan pula sudah dekat penghujung bakal meninggalkan kita lagi.
Pasti ramai yang sibuk membeli belah untuk persiapan raya pada saat akhir. Ya lah semua kalau boleh mahu ditukar kepada yang baru. Selain pakaian baru yang sedondon dan berkodi-kodi itu. Pasti ada juga yang nak tukar langsir, tukar perabot, tukar cat, tukar itu tukar ini. Sebolehnya semua mahu baru.
Tapi dalam tukar semuanya baru. Jangan lupa juga untuk servis kereta bagi yang memandu sendiri ke kempung. Memastikan kereta dalam keadaan baik sebelum meneruskan perjalanan adalah amat penting. Membuat persediaan perjalanan yang selamat.

Terbeban dek Hutang
Yang muda pula pasti sibuk mahu bergaya sakan, sibuk tukar aksesori kereta. Pasang itu pasang ini. Macam macam lagi. Ya lah, nak bergaya sakan dengan sahabat di kampung.
Tapi ingatlah,dalam sibuk membeli belah, menukar itu ini yang baru. Pastikan kita mengukur baju pada badan sendiri. Berbelanjalah mengikut kemampuan kita. Jangan berlebih-lebih dan membazir. Ingat, membazir itu amalan syaitan.
Jangan terlalu seronok berbelanja. Swap sana swap sini tidak terhingga. Selepas raya tepuk dahi bila melihat jumlah hutang yang melambung. Cukuplah berbelanja setakat termampu. Janji kita bahagia. Biarlah bersederhana saja.
Semua ini nasihat untuk diri saya juga.
Posted with WordPress for BlackBerry.
Sebaik-baiknya kekal besederhana. Tak pening kepala nanti..
anif recently posted..Persiapan Hari Raya 2012 #1
rasanya kerajaan kena naikkah gaji minima ketahap rm3k sebulan,
sebab barang di malaysia sangat mahal
topijerami recently posted..Setahun Berblogging dan pengalaman dalam masa setahun
Naik gaji memang bagus. Jangan barang ikut sekali naik sudah.. Hahaha
betul daddy…kdg2 membeli xingt..lebih2…pastu bln depan sesak…huhu
Hehe..masa swap sedap jer…cukup bulan baru tepuk dahi…raya ni ala kadar pun ok dah..asalkan kita dapat hayati apa yang tersirat disebalik hari raya tu…huhu
Hafizul recently posted..Dapat Kad Raya
Yup.. itu patut dipertimbangkan. planning penting. Jangan cepat terpengaruh.
irsah recently posted..JKR Panas – Siling Runtuh Hospital Serdang Lagi?
buat ala kadar aje persiapan tahun nih..
titan recently posted..HAU, HAU, HAU!
Kalau baju tahun lepas masih boleh guna dan cantik lagi, apa salahnya pakai je yg tu. berjimat cermat.
Cikgu Hairul recently posted..5 tips shopping last minutes
tahun ni tak berapa sangat raya cuma kt anak jer hee.. sederhana sahaja perlu asal dpt jumpa kluga dh baik.
cuba berjimat cermat.. dlm jimat2 pun abis juga,..

mmg x leh berjimat musim perayaan
sop recently posted..Baby Auni menemani Papa berblog
aah la bro..besederhana tu lah yg terbaik..
Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : Masyarakat Yang Dilupakan