1ST Giveaways BudakFelda.Com : Siapakah beliau?

Assalamualaikum dan Salam Ispirasi Buat semua saudaraku sekalian…

Budak Felda? Ya, BudakFelda. Kalau tak kenal lagi boleh lah berkenalan dengan beliau budakfelda.com. Secara jujur saya ingin berkenalan sangat dengna blogger seperti beliau dan jika diberikan kesempatan saya memang ingin bersua empat mata dengan blogger hebat seperti beliau, jebengotai, irsah, denaihati, hafizul, titan dan lain-lain.

Ya lah, dari alam maya, dari alam blog kita bawa ke dunia nyata, mengeratkan perhubungan silaturahim antara kita. Bak kata orang tua-tua ‘tak kenal maka tak cinta’. Bak kata orang-orang MLM pula ‘Ini bukan sistem piramid tapi networking’. Menambah network dalam dunia maya dan nyata sememanya indah. Indah dunia ini jika kita bersatu dan bermasyarakat. Kita blogger juga bersatu. Bukan begitu?

1st Giveaways BudakFelda

Bersempena giveaway pertama dari budakfelada disini saya kongsikan serba sedikit tentang blog budakfelda adalah merupakan antara blog awal yang saya jalinkan network apabila saya buat blog daddydee.net. Dan alhamdulillah, beliau juga ada mempelawa saya untuk menulis diblog budakfelda. Setakat ini hanya 2 entri saya sumbangkan ke blog budakfelda. Bagi saya itu adalah satu penghormatan daripada beliau kerana sudi menjemput saya untuk menulis disana. Insyallah lepas ini akan ada lagi entri saya yang akan menempel disana.

Pencapaian blog budakfelda juga amat mengkagumkan bagi saya antaranya:

  • Alexa.com – pencapaian ranking alexa sedang mencanak naik. Suatu pencapaian yang amat membanggakan. Kalau semalam saya tengok ranking beliau adalah 300k ++ dan hari ini adalah 290,801. Penangan giveaways agaknya.
Alexa blog budakfelda
budakfelda.com 

  •  Pagerank – pagerank budakfelda.com adalah 2, samalah dengan blog daddydee.net. Tapi mungkin budakfelda akan pecut meninggalkan daddydee.net selepas ini.
Kenapa saya suka melepak di blog budakfelda, kerana mestilah pertama nya sebab saya telah menjadi penulis jemputan disana. Hehehe… Gurau saja. Sebenarnya banyak juga ilmu yang saya dapat dari blog budakfelda antara entri beliau yang mengancam bagi saya adalah:
Dari entri-entri beliau juga saya rasakan yang beliau ini merupakan salah seorang dari jutaan The Reds fans, You’ll Never Walk Alone. Dan juga salah seorang blogger yang perihatin dengna dua entri beliau yang membantu blogger lain iaiut Projek EQQ dan Save Jejai. Blogger we are unite.
Kesimpulan yang dapat saya tuliskan di sini ialah blog budakfelda.com adalah bukan blog budak-budak banyak ilmu yang penulis kongsikan dengan pembaca blog beliau. Dan saya yakin juga yang beliau bukanya budak.
Pada saudara semua jangan lepaskan peluang untuk turut sama menyertai  1st Giveaways BudakFelda.Com. Syaratnya pun cukup mudah iaitu:
  1. Diwajibkan buatkan satu entri khas di blog. Tajuk mesti ada keyword ini “1ST Giveaways BudakFelda.Com” – contoh tajuk : 1ST Giveaways BudakFelda.Com : Bajet Macho.
  2. Diwajibkan buat review di alexa saya. Klik banner review alexa di atas. Bagi mewujudkan “win-win situation” saya akan kembali review blog anda di alexa.
  3. Tinggalkan link review dan entri penyertaan anda di ruangan komen.
  4. Tidak dibenarkan sama sekali mengunakan blog contest.
  5. Penaja yang terlibat dibenarkan turut serta dalam giveaways ini.
  6. Tarikh tutup adalah pada 11:59 malam 23hb September 2012.
  7. Di akhir entri masukkan

“Mari memeriahkan 1ST Giveaways BudakFelda.Com yang ditaja oleh cahayacinta.com, pondokkecil.com, awanpagi.com, ecadwinkyasha.com, elqashrinqaisara.blogspot.com, daddydee.net serta Fivio.com selaku penaja utama.”

 

 

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku.... Yeahhh.... Esok hari raya. Esok hari raya. Esok
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Kering idea punya pasal, jadi saya nak riak
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Duit raya oh duit raya... mana nak cari
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Hari Raya bakal menjelma tidak sampai lagi 10
(Visited 10 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

27 thoughts on “1ST Giveaways BudakFelda.Com : Siapakah beliau?”

  1. Ada jugak kami… thanks bro… erk Tuan… siapa lar kami.. dapat berkongsi dan sharekan sahaja bersama semua…
    Gud luck DD untuk GA BF.. kami dalam draft lagi… insya-Allah akan turut bersama seperti biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge