Al Fatihah Buat Kawan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat saudaraku semua…

Dua tiga hari ini, perasaan untuk kembali aktif dalam silat amat mebuak-buak. Terasa ingin kembali ke gelanggang latihan menggerakkan tulang empat kerat yang sudah lama tidak membuka langkah tari silat. Memang sudah agak lama saya meninggalkan ia, hampir 7tahun.

Dulu zaman sekolah ada juga belajar tapi hanya separuh jalan saja dan apabila masuk ke universiti peluang itu kembali terhidang. Jadi saya rebutlah ia, walaupun agak lewat. Tapi dalam belajar atau untuk berubah tiada istilah lewat sebenarnya. Selagi ada kemahuan disitu pasti ada jalan, hanya i’tikad dan usaha yang kita perlukan.

Penglibatan saya tidak lama apabila terpaksa berhenti selepas menjalani pembedahan apendiks, atas nasihat doktor dan nasihat dari ma abah saya.

Dua hari lepas saya terkenangkan kembali rakan seperguruan yang sama-sama belajar. Kekadang serius kekadang main-main. Senyum tawa rakan latihan di gelanggang. Persahabatan di gelanggang di bawa keluar, erat hubungan atas dasar persaudaraan persilatan dan sesama Islam.

Namun, ajal maut siapa yang tahu. Salah seorang sahabat lama yang tidak bersua muka dan berhubung rupanya telah kembali ke rahmatullah pada bulan Mei yang lalu. Tapi, saya hanya mengetahuinya pada dua hari lepas. Maaf saya wahai sahabat kerana tidak sempat kita bersua. Terasa amat kejamnya saya kerana baru dua hari lepas saya mengetahui berita kepergian Allahyarham.

Al Fatihah.

Al Fatihah buat kawan, Allahyarham M. AlHafiz B. Zulkifly. Bersama kita mendoakan kesejahteraan Allahyarham moga-moga Allahyarham dicucuri rahmat ke atas Roh Allahyarham.

Al Fatihah.

Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
(Visited 31 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

16 thoughts on “Al Fatihah Buat Kawan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.