Ikutlah Keperluan Semasa

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Apakah kehendak tuan/cik puan dalam hidup ini? Apakah kehendak tuan/cik puan dalam kerja seharian? Saya pasti setiap orang ada kehendak dan ianya pasti berbeza.

Saya sempat berbual dengan seorang ‘otai’, beliau mempertikaikan semangat kesatuan dan cintakan organisasi/kerjaya dalam muda mudi sekarang. Beliau juga mengatakan zaman beliau, muda mudi lebih ikhlas melakukan kerja. Dan yang pasti hasil nya lebih membanggakan.

Sama juga dalam pelajaran, ramai pelajar hanya mengambil mudah pelajaran yang dibelajar. Mentaliti cukup sekadar lulus makin banyak dikalangan muda mudi. Dan jika gagal bagai tiada langsung riak kecewa. Apakah akan jadi pada pemimpin masa depan?

Itu persoalan yang ditanyakan kepada saya oleh ‘otai’ tersebut. Persoalan itu ada juga benarnya. Tapi memang tidak dapat dinafikan hasil kerja muda-mudi sekarang juga banyak yang membanggakan.

Tapi, banyak aspek yang perlu dilihat yang menyumbang kepada semangat kesatuan itu sendiri. Saya tidak rasa anak muda akan berpersatuan jika mereka langsung tidak di dedahkan faedah yang bakal mereka dapat. Kelebihan kepada mereka. Sejauh mana perjuangan kesatuan. Adakah sekadar batuk di tangga? Dan jika berpersatuan pun jauh mana komitmen mereka?

Bagi kerja pula, kekadang saya sedih apabila masih ada sesetengah tempat yang menawarkan gaji bawah RM700. Sekarang makan nasi pun RM15 sekurangnya bagi makan pagi dan tengahari. Sebulan sudah RM450 untuk makan saja. Baki RM250. Belum lagi bayar untuk utiliti atau sewa rumah dan lain-lain.

Kekadang sedih apabila melihat sistem gaji yang berpuluh tahun dulu masih dipakai. Yang sepatutnya sudah direview mengikut keperluan dan taraf ekonomi sekarang. Dulu mungkin RM0.50 sudah dapat nasi lemak tapi tidak sekarang.

Dan bulan lepas berbual juga dengan seorang ‘otai’ juga yang berpangkat pengurus. Beliau menceritakan keperitan kakitangan bawahan nya yang hanya mendapat kenaikan RM30-RM50 setahun. Masih relevenkah nilai ini pada masa sekarang? Kalau setiap tahun seorang ahli keluarga bertambah seorang, cukup kah pendapatan isi rumah tersebut dengan kenaikan tersebut.

Jika dijanjikan laluan kerjaya yang lebih gemilang, saya pasti generasi kini akan lebih bersungguh berkerja kerana mereka tahu mana halatuju mereka. Mana destinasi mereka tuju. Bukan berkerja dengan laluan kerjaya yang samar lagi gelita. Ini pun bagi mereka yang sedar lah, kalau yang masih asyuk nak malam muda-mudi saja memang saya pun ‘no komen’.

Walau apapun, saya bersyukur dengan apa yang saya miliki hari ini. Alhamdulillah

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya masa comel bersama
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam
(Visited 16 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

11 thoughts on “Ikutlah Keperluan Semasa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge