Kenapa Daddydee.net Begini?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua Saudaraku…

Indentity
Identity

Entri ini juga terhasil dari penyertaan Tuan Sop dalam Giveaway Pertama Daddydee.net. Terima kasih pada Tuan Sop, kerana review beliau yang bermakna dan memberi inspirasi untuk saya membuat satu entri ini.

Di sini biar saya jelaskan beberapa perkataan yang biasa saya gunakan dalam blog Daddydee.net dan kenapa saya gunakan perkataan tersebut:

  1. Salam Ispirasi : Perkataan terilham semasa saya berkursus bersama Tuan SK. Dan penggunaan Salam Ispirasi diharap dapat menjadi indentiti blog in.
  2. Saudaraku : Kerana semua blogger dan pembaca blog daddydee.net adalah saya anggap bersaudara. Lagi pun kita semua sama asal usulnya dari Nabi Adam as.
  3. Tuan / Cik Puan : Perkataan ini nampak formal kan? Tidak dinafikan lagi. Perkataan ini saya gunakan kerana saya hormat semua blogger kerana Tuan-Tuan dan Cik Puan- Cik Puan memang layak dihormati.
  4. Saya : Penggunaan ganti nama saya bagi saya lebih sejuk dan sedap di baca.
  5. Sekian, Terima Kasih : Ucapan penghargaan kerana pembaziran masa yang telah tuan/cikpuan korbankan untuk membaca blog saya.

Sebenarnya, saya melakukan penulisan sebegini mengunakan perkataan dan ayat yang skima serta membosankan ini adalah kerana saya tidak tahu siapakah pembaca saya. Saya tidak tahu siapakah mereka, mungkin mereka seorang Dato’, Ustaz, Pegawai Besar, Businessman, CEO atau lain-lain. Saya juga tidak tahu range umur mereka. Jadi pendekatan selamat saya pilih. Pendekatan bahasa Melayu skima yang saya gunakan adalah untuk keselesaan semua pembaca blog Daddydee.net.

Pendekatan ini diharapkan dapat menjadikan blog saya mempunyai identiti tersendiri dengan tujuan asal saya membangunkan blog ini adalah untuk memberi inspirasi kepada diri saya dan saudara sekalian.

PS: Salah satu tips penting dalam blogging adalah indentiti blog itu sendiri.

Sekian, Terima Kasih.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Mulai esok pasti ramai yang akan mula bercuti
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu ini adalah minggu yang agak kelam kabut
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Buat duit dengan Nuffnang, bukan lagi fantasi, sudah
(Visited 13 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

42 thoughts on “Kenapa Daddydee.net Begini?”

  1. Okey apa ayat skema. Dulu saya pun pernah cuba stail penulisan camtu, tapi tak bertahan lama. Entahlah, manusia ni kan tak tetap, kadang-kadang pendirian boleh berubah. Apa pun good luck to empunya badan kerana bersemangat menggunakan bahasa yang sepatutnya.
    Mama Murai recently posted..hilangkan kedut bawah mataMy Profile

    1. Saya pun pendirian saya tak kuat. Namun insyallah saya akan cuba kekalkan gaya ini sebagai indentiti daddydee.net.

      Terima kasih atas sokongan.

    1. Aah…saya pun tiada masalah.

      Review tuan SOP pun tiada masalah sebenarnya. Dari review dia terhasil entri ini. Itu yang best tu.

  2. Info asas semua bloggers perlu ambil berat kan bro.. supaya tidak lari dari mencipta identiti tersendiri. Thanks share.

    p/s: Buat Julung kali blog bro top rerfered to blog picisan Team Irsah. Sebagai penghargaan, Links blog dan artikel terkini bro akan dipaparkan tanda penghargaan untuk bulan Sept.. (mungkin penagan GA??…) Thanks support…
    irsah recently posted..Legoland Malaysia Inspirasi Keluarga Peluang EkonomiMy Profile

  3. Ada yg ambe setuju dan ada yg ambe tak setuju dgn isi entri kali ni.

    1. Setuju bila identiti sendiri menjadikan blog kita unik.
    2. Tak setuju bila daddydee kata yg kita melakukan pembaziran masa di sini =)
    Ambe rasa terisi dan cukup bertuah sbb ada rakan2 blogger yg sudi berkongsi info dan ilmu. Terima kasih kembali ๐Ÿ˜€
    hafizmd recently posted..V.Persie Hatrik!My Profile

    1. 1. Terima kasih tuan. Memang benar indentiti untuk blog itu penting..
      2. Sebab saya rasa blog saya masih kurang berilmiah. Terima kasih atas kesudian tuan datang berkunjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge