Maaf… Maafkan Saya….

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Agak lama tidak menulis dalam blog ini. Dah dekat seminggu, kekeringan idea bertambah dengan kemalasan yang melanda ditambah pula kesihatan tuan blog yang tidak menentu maka hasilnya adalah kesihatan blog yang turut merundum. Apapun, terima kasih pada saudara yang masih lagi sudi menyinggah ke sini. Terima kasih banyak-banyak.

Maaf… Apabila kita memaafkan seseorang sejauh manakah kita memaafkan seseorang itu? Adakah dibibir saja? Atau kita seikhlasnya memaafkan sesorang itu dari sudut hati yang dalam? Manakah kita?

Kekadang kita melafazkan maaf di bibir apabila seseorang itu meminta maaf tapi jauh di sudut hati berkata begini ‘Huh…Maaf tidak sama sekali’ atau begini ‘Hari ini hari kau, kau tunggu hari aku’ atau mungkin juga begini ‘Kau tunggu balasan aku’.

Tiada gunanya kita berbuat sedemikian. TIada gunanya kita menyimpan dendam dan amarah, ada baiknya kita memaafkan seikhlas hati kita. Pasti hidup kita lebih bahagia dan tenang tanpa perasaan dendam dan amarah.

Sekiranya, saya melakukan kesilapan dan menaikan amarah pada sesiapa dalam dunia maya atau nyata, Maafkan saya.

 

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... 10 Cara Habiskan Masa
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya masa comel bersama
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam
(Visited 9 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

10 thoughts on “Maaf… Maafkan Saya….”

  1. Hehe..biasa la kan..aku pun susah nak maaf kan org..malam2 sebelum tidur memang selalu niat dalam hati untuk memaafkan org lain..bila bgun pg, tgok muka mamat tu, terus rasa membara. bagaikan kemaafan aku tadi tidak hilang kemana pun..still melekat ditubuh dan fikiran aku..adoiii..
    Hafizul recently posted..Pengalaman Membina Pondok KecilMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge