Menulis Untuk Berkongsi

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Saya mula membuat blog pada tahun 2007 dengan menggunakan blogspot, dan mula aktif berblog setahun kemudian dengan menggunakan domain blogspot juga. Namun saya akui tulisan saya dahulu memang rojak, karut, hentam keromo dan merapu. Memang boleh dikatakan 89% bahasa pasar saya gunakan.

Pada tahun 2011 saya telah tukarkan blog saya kepada domain berbayar dan masih menggunakan hosting blogspot. Cadangnya cuba untuk melakukan penjenamaan semula namun saya akui saya gagal melakukannya. Lagipun penwujudan blog dulu sememangnya tanpa perancangan yang terperinci dan akibatnya rojak dan pasar di sana. Dan kini sudah terabai beberapa lama tanpa kemaskini kerana buntu idea.

Kewujudan Daddydee.net

Belajar dari pengalaman lalu, saya cuba mewujudkan satu blog yang lebih tersusun dan didorong oleh nafsu cemburu apabila melihat ramai blogger professional seperti denaihati dan ariffshah menggunakan self-hosting wordpress, saya ikuti langkah ini walaupun ilmu wordpress saya adalah kosong.

Pada Mei 2012, saya telah mendaftarkan daddydee.net. Setapak demi setapak saya pelajari selok belok wordpress. Memang sukar pada mulanya dan kini saya rasakan masih kurang ilmu saya tentang wordpress. Banyak lagi yang perlu saya pelajari.

Pada mulanya, saya juga tercari-cari apakah yang sebenarnya ingin saya tulis dalam blog ini. Dalam masa tercari-cari akan identiti untuk menulis dalam blog ini saya telah menerima tawaran untuk berkursus. Dan sifu saya yang mengajar kursus tersebut iaitu Tuan Shamsudin Kadir telah membuka minda saya. Pesan beliau pada saya adalah ‘Baca buku untuk tambahkan ilmu, Kemudian cuba menulis kongsikan ia. Insyallah akan lebih berkat dan bermanafaat ilmu itu’.

Tulis Untuk Berkongsi

Dari situ, saya mengorak langkah mulakan menulis untuk berkongsi ilmu saya yang tidak seberapa ini dan secara tidak langsung menambahkan ilmu saya sendiri.

Sebenarnya, Bahasa Melayu dan English saya adalah amat teruk. Tidak kiralah dalam menulis ataupun pertuturan. Dan kini saya cuba meningkatkan ilmu saya dalam Bahasa. Melalui blog ini juga saya cuba sebaiknya untuk menggunakan Bahasa Melayu dan sesekali saya menulis dalam English, tujuannya tiada lain melainkan untuk menajamkan lagi gaya penulisan saya yang tidak seberapa ini.

Gaya bahasa yang formal yang saya gunakan dalam blog ini, insyallah akan saya kekalkan dan jadikan ia sebagai identiti blog daddydee.net yang tidak seberapa ini. Diharapkan saya akan kekal bersemangat untuk memperjuangkan blog ini dan tuan-tuan/cik puan-cik puan akan selesa membaca blog kecil saya ini.

Saya ucapkan ribuan terima kasih pada tuan/cikpuan semua yang sudi menyokong blog ini. Terima kasih banyak-banyak. Saya amat suka.

Terima kasih pada tuan Eizil kerana menganjurkan satu kontest yang amat menarik ini.

 

 

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Buat duit dengan blog bukan suatu mitos, ia
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Minggu lepas situasi saya agak kelam kabut, keadaan
Assalaamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku sekalian... denaihati.com Denahati.com satu
(Visited 20 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

25 thoughts on “Menulis Untuk Berkongsi”

  1. Salam perkenalan bro daddydee,

    Setiap langkah untuk memperbaiki apa yang kita lakukan pasti akan membuahkan hasil yang lebih baik, pengalaman adalah antara bahan pembelajaran yang terbaik boleh kita gunakan, apa yang kita telah lakukan dan sedar ianya tidak berapa menarik dan ditukar pula kepada yang lebih tersusun (dalam kes ni blog bro).

    Semoga suatu hari nanti, blog daddydee ini juga akan setanding blogger2 yang telah membuatkan bro cemburu sehingga wujudnya domain ini… πŸ™‚
    Eizil recently posted..Perancangan dan impian yang ingin dicapaiMy Profile

  2. Selamat berkenalan. daddydee adalah seorang ayah ke? berdasarkan perkataan daddy, saya terus assume daddydee adalah seorang ayah. Jika benar, pasti daddydee mempunyai banyak pengalaman yang menarik. Jika tidak pun, sama lah juga.

    Teruskan usaha menulis. menulis melalui pengalaman adalah lebih bagus kerana ada emosi yang terikat antara penulis dan pembaca dan pengkomen di samping memberi lesson terbaik kepada orang lain. Yeah!!
    LilyNrman recently posted..Biadap #1: Parkir KeretaMy Profile

    1. Ya CikPuan LilyNrman saya memang seorang ayah. Tentang pengalaman tu tidak lah banyak, masih mentah juga, banyak lagi yang perlu saya pelajari dalam dunia ini.

      Terima kasih atas sokongan CikPuan LilyNrman, amat saya hargai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge