Tutorial : Recover FIle yang Telah Terpadam

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku sekalian…

Pernahkah saudara mengalami tekanan jiwa apabila fail penting telah ter’delete’? Ataupun fail lama yang sudah di ‘delete’ ingin digunakan kembali? Saya akui saya kerap kali mengalami masalah ini samaada fail kerja mahupun fail peribadi. Yang menderita adalah apabila ia melibatkan fail kerja atau sebarang assigment.

Hari ini saya ingin kongsikan satu software percuma yang boleh digunakan untuk recover file yang telah hilang dari drive kita iaitu Pandora Recovery. Untuk menmuat turun software Pandora Recovery.

Bagi saya penggunaan Pandora Recovery ini amat senang dan membantu.

1. Apabila, ikon Pandora Recovery di klik. Paparan berikut akan keluar.

Pandora Recovery
Paparan Tetingkap Pandora Recovery

Boleh klik ‘exit wizard’ saja. Kalau mahu ikut arahanya  pun boleh.

 

2. Pilih Drive

drive, pandora recovery
Pilih drive

Pilih ‘drive’ atau hardisk (pada sebelah kiri seperti mana dalam bulatan didalam gambar di atas) yang mana tersimpannya fail/data yang telah hilang yang ingin di recover (internal ataupun external). Percubaan yang saya lakukan ke atas ‘pendrive’ juga berjaya. Tuan-puan boleh cuba juga.

 

3. Collecting Data

collecting data, pandora recovery
Collecting Data – Scanning

Apabila ‘drive’ sudah dipilh, Pandora Recovery akan melakukan pengumpulan data-data yang terdapat dalam drive tersebut sama ada fail itu masih wujud atau telah hilang.

 

4. Paparan Fail/Data yang di kumpul

Senarai Data/Fail, pandora recovery
Senarai Data/Fail

Paparan seperti di atas akan kelihatan. Fail yang masih wujud dan telah ter ‘delete’ dipaparkan. Biasanya fail yang telah di ‘delete’ akan tersenarai di bawah ‘Unlocated Files’ (seperti dibawah). Jadi pilih dan semaklah senarai dalam ‘Unlocated Files’ untuk mencari fail yang telah hilang.

Unlocated files
Unloacated Files

 

5. Recovery

Recovery Icon

Apabila sudah memilih file yang mahu di recover jadi langkah seterusnya adalah dengan mengklik ‘Ikon Recovery’ (Seperti dalam gambar di atas). Selepas ‘Recovey Icon’ diklik tetingkap ‘Recover’ akan dipaparkan. Di tetingkap ‘Recover’, kita boleh memilih lokasi drive atau folder yang mahu kita simpankan fail yang mahu di recover. Sila pastikan drive yang ingin disimpan mempunyai kapasiti ruang yang mencukup untuk proses recover.

Apabila drive untuk recover telah dikenal pasti, boleh lah terus klik button ‘Recover Now’. Selepas itu, fail yang dipilih akan direcover ke lokasi yang telah kita tetapkan.

Recovery Back

 

Peringatan : Proses recover ini tidak dapat menjamin fail anda dapat digunakan sepenuhnya. Ada kemungkinan kerosakan pada fail yang direcover akan terjadi.

Selain dari Pandora Recovery terdapat juga software recovery yang berbayar seperti  Recovery My File. Software yang berbayar pasti akan lebih terjamin keberkesanannya. Tetapi untuk saya cukuplah sekadar Pandora Recovery.

PS: Percubaan pertama untuk menaip entri tutorial. Maaf jika ada silap maklumat.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Tukarkan ke PDF Kekadang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Ninetology telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Ninetology
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Teringat pada zaman muda mudi dulu masa bujang
(Visited 93 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

24 thoughts on “Tutorial : Recover FIle yang Telah Terpadam”

    1. Boleh. Setakat yang saya cuba. Tapi tidak semua file akan dapat discan dan tak semua fail boleh berfungsi seperti sebelumnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.