Sungguh Kejam

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Tadi sempat menjeling sekejap melihat berita di TV3. Berita tentang ‘Bayi di Campak dari Tingkat 3’, polis telah berjaya menangkap suspek yang melakukanya iaitu seorang perempuan, pekerja kilang dan belum berkahwin. Dan kelihatan dalam TV tadi suspek datang bertudung, kemungkinan besar suspek adalah Melayu dan Islam.

Mungkin suspek mengalami tekanan perasaan, dan kemungkinan juga ‘bapa’ kepada bayi yang di campak enggan bertanggung jawab dan telah melarikan diri meninggalkan wanita itu sendirian.

Pilu hati saya seorang bapa apabila melihat dan terbaca berita begini di TV mahupun akhbar. Kecewa kenapa manusia begitu kejam sekali. Bayi yang dikandung sanggup dibuang begitu saja.

Walau apapun, kenapa dibunuh bayi itu? Dosa berzina telah dilakukan ditambah pula dengan dosa membunuh? Kejamnya.

Kenapa bayi itu tidak diserahkan pada yang sanggup menjaganya? Kenapa dicampakkan? Kalau manusia dewasa pun boleh cedera parah ataupun mati kalau jatuh dari tempat tinggi, inikan pula bayi?

Saya melihat anak saya hampir jatuh katil pun dah bagai nak luruh jantung saya. Apatah lagi jatuh dari tingkat 3?

Yang salah adalah kita, yang mahu berseronok tanpa batas sehingga terbunting. Kenapa pula bayi itu yang mahu dihukum? Bayi itu suci bersih tiada dosa nya. Demi menutup aib, manusia sanggup membunuh. Apalah sangat dengan hinaan manusia berbanding hinaan dari Allah swt? Fikirkanlah.

Mungkin ibu bapa dengan kerjasama dengan Majlis Agama Islam perlu mendekatkan lagi masyarakat muda mudi kita kepada Islam yang sejati. Mungkin dengan berbalik pada agama sajalah penyelesaian pada masalah pembuangan bayi di negara kita.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan Salam 1 Inspirasi buat Saudaraku Sekalian. Dalam entri sebelum ini, Kejamnya Manusia, saya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua saudaraku... Tahniah, Tahniah, Tahniah. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya.
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku. .... Perlawanan akhir Pestabola Merdeka antara Malaysia lawan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku...... 31 Ogos sudah berlalu, sambutan Hari Merdeka Malaysia
(Visited 12 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

9 thoughts on “Sungguh Kejam”

  1. rasa2nya… undang2 kena beratkan lagi hukuman… kena bermula dengan hukuman bagi mereka yg ditangkap khalwat.. rasanya hukuman untuk khalwat tu boleh ditambah dengan 30 kali sebatan.. atau 50 kali sebatan, walau suka sama suka,. kerana dengan adanya undang2 macam ni, siapa yang berani nak bermaksiat?? walau pun tgh sangap macam mana pun, kalau ada hukuman berat tu, tak ada siapa berani nak bermaksiat..
    boni kacak recently posted..Antara Sebab Blog Berat Dan Lambat LoadingMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.