Belanjawan 2013 : Pandangan Saya

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat saudaraku semua…

Mungkin agak terlambat untuk saya menulis entri berkenaan Belanjawan 2013 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita pada 29 September 2012 yang lalu. Tapi saya tetap ingin berkongsi pandangan peribadi saya.

Belanjawan 2013

Antara yang menarik dalam Belajawan 2013 adalah seperti berikut:

  1. Bonus 1.5 bulan bagi kakitangan awam dan RM 500 bagi pesara. Bonus 0.5 bulan telah diterima sebelum Hari Raya yang lalu dan 0.5 bulan akan diberikan pada Disember 2012 dan 0.5 bulan lagi pada Januari 2013. (Yang tertinggi setakat beberapa tahun kebelakangan ini. Tahniah dan terima kasih)
  2. 123,000 unit rumah mampu milik akan di bina.
  3. BR1M 2.0 akan dilaksanakan pada awal tahun depan, individu bukang 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak terima RM 250.
  4. Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan sehingga RM50,000.
  5. Rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar kepada individu berumur 21-30 tahun dan berpendapatan kurang dari RM 3,000 sebulan
  6. Bantuan RM100 bagi pelajar sekolah dan baucer buku penuntut universiti dinaikkan kepada RM250.
  7. Subsudu gula dukurangkan sebanyak 20sen.
  8. Pelepasan cukai individu yang anak menuntut di universiti dinaikkan kepada RM6,000.
  9. 125,708 warga tentera terima insentif khas RM200 sebulan.
  10. Bekas tentera tidak berpencen menerima sumbangan RM1,000 secara ‘one-off’.
  11. Pencen minimum pesara kerajaan dinaikkan kepada RM820.

Jika dilihat secara umum memang banyak faedah kepada penjawat awam. Tahniah buat mereka yang menerima. Saya mungkin tidak akan menjadi sebahagian daripada mereka kerana saya dalam fasa peralihan keluar dari zon selesa ini.

Apapun, bagi saya banyak sudah yang kerajaan kita cuba membantu dengan sumbangan untuk Pelajar Sekolah dan Pelajar Universiti. Kalian sungguh bertuah, zaman saya belajar dahulu semua ini tiada. Hanya mengharapkan biasiswa atau pinjaman sahaja. Tiada istilah baucer buku yang dapat membantu para pelajar memiliki buku yang berkualiti yang mungkin tidak mampu untuk kita beli.

Belanjawan kali ini juga memberi penekanan kepada Usahawan IKS. Dan saya berharap Usahawan IKS selepas ini akan lebih berdaya saing, tidak seperti usahawan yang saya temui sekarang ini, yang tiada produknya tapi bising-bising sana sini, kata kerajaan tidak membantu dan sebagainya dan sewa kilang dan pinjaman perniagaan pun tidak berbayar. Bukan mahu berusaha tapi hanya tahu membising sahaja.

Kesimpulannya, berbaliklah kita kepada kata-kata hikmah yang selalu disebut semasa kita bersekolah dahulu iaitu ‘Usaha Tangga Kejayaan’. Walau Belanjawan mana pun diumumkan kalau kita tiada berusaha merebutnya maka tiada kejayaan bagi kita. Tiada yang akan datang bergolek kalau kita tidak berusaha.

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya memang tidak berminat untuk bicara perihal politik
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... 10 Cara Habiskan Masa
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya masa comel bersama
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam
(Visited 19 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

7 thoughts on “Belanjawan 2013 : Pandangan Saya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge