Hala Tuju Daddydee.net

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Puncak jaya

Seperti yang dibicarakan dalam entri saya sebelum ini, saya menulis adalah untuk berkongsi. Walaupun masih cetek ilmu dalam kehidupan dan juga blogging, nafsu untuk menulis dan berkongsi dengan semua pembaca sungguh membuak-buak dalam diri saya. Sungguh seronok apabila dapat berkongsi dan bertukar pandangan dengan saudara sekalian.

Apakah yang ingin saya capai dalam masa 3 tahun mendatang?

Dalam interview saya pernah ditanya soalan sebegini, dan jawapan saya sudah pasti berkait dengan ‘career path’ yang ingin saya capai dan kejayaan. Dan apabila Tuan Eizil bertanyakan apakah yang akan terjadi kepada blog daddydee.net dalam masa 3 tahun yang akan datang memang sukar untuk saya menjawabnya. Berikut adalah yang ingin saya capai dalam masa 3 tahun yang mendatang:

Kejayaan yang saya inginkan.
  1. Seorang Blogger – tetap menulis untuk berkongsi pengalaman hidup saya dan juga sedikit ilmu yang saya miliki. Dan berharap blog ini akan terus mendapat sokongan dari semua saudara dan sahabat. Harapnya blog ini tidak akan terkubur.
  2. Ranking Blog – Sudah pasti ingin sekali saya melihat blog ini mencapai PR3 dan juga Alexa Rank bawah 100000 dan bawah 1000 bagi Malaysia. Impian awal semasa menulis blog.
  3. Jaringan Maya dan Nyata – Saya berharap melalui blog ini saya akan mengenali lebih ramai blogger ataupun tidak yang mampu menjadi sahabat dan saudara saya. Saya suka berkawan. Berkawan membuatkan saya berasa lebih besar dan yakin. Hidup didunia ini pasti lebih indah jika kita bersatu dan bermasyarakat. Bukan begitu?
  4. Menjadi Penulis – Impian saya untuk memiliki sebuah hasil karya bercetak sendiri. Sebelum ini sudah ada karya saya yang dicetak hasil kolobrasi dengan blogger lain. Dan selepas ini saya berharap saya mampu memiliki sebuah karya bercetak sendiri. Insyallah. Blog adalah medan saya menajamkan seni menulis saya.
  5. Menjadi Jenama – Saya mengharapkan Daddydee.net akan menjadi suatu jenama yang akan membanggakan diri saya suatu hari nanti. Insyallah, itu akan saya usahakan.
  6. Membantu – membantu seramai boleh sahabat dan saudara saya melalui blog saya yang tidak seberapa ini.

Itu adalah antara impian yang ingin saya capai dalam masa 3 tahun yang akan datang sebagai seorang blogger.

Secara kesimpulannya, apa yang saya mahu dalam hidup saya adalah KEJAYAAN. Menjadi seorang blogger yang berjaya, seorang bapa yang berjaya, seorang anak yang berjaya dan menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya saya.

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Melihat dari sudut pandang yang berbeza adalah amat
Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Budak Kampung Yang 'Bodoh'... 'Bodo mung' dah lali
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Apakah matlamat tukar kerja?
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara yang ke 57. Alhamdulillah
(Visited 30 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

13 thoughts on “Hala Tuju Daddydee.net”

  1. Pentingnya halatuju sebegini bagi mengelakkan dari kita hilang fokus. Harap ia akan tercapai buat DD dan ianya tidak mustahil. Percayalah, dengan perkonsian sebegini, akan sentiasa merelvankan DD dan blog DD kepada readers. thks berkongsi.

    p/s: Sebagai tanda terima kasih dari pihak kami, Blog DD tersenarai sebagai Top referer bulan Okt 2012. (3 bulan berturut) Links dan artikel terkini disediakan disidebar seperti biasa. Harap dapat dimanfaatkan bersama. sekali lagi terima kaih.
    irsah recently posted..Kedai On-Line Shopping Cart-My Dengan Checkout Laman CustomMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.