Mutu Pengadilan : Boleh Di Tingkatkan Lagi

Assalamualaikum dan Salam Ispirasi buat semua saudaraku…

Dua minggu lepas saya ada menyaksikan National Junior Taekwando Championship 2012 di Stadium Badminton Cheras. Ini bukan kali pertama saya menonto tournament seperti ini, sejak dari pembabitan 3 orang adik saya dalam beberapa siri tournament dalam beberapa tahun kebelakangan ini sering juga saya turun sebagai penonton.

Memang bagus tournament seperti ini yang mampu melahirkan bakat-bakat baru dalam seni bela diri. Memang kalau dilihat ramai bakat-bakat baru dapat dicungkil dari tournament seperti ini. Dan sudah pastinya ini merupakan satu aktiviti sukan yang sihat walaupun dilabelkan sebagai ganas oleh sesetengah masyarakat kita.

Walaupun tidak mengerti sangat pengiraan mata perlawanan taekwando ini tapi saya dapat lihat terdapat kepincangan disitu. Apa yang saya lihat terdapat tendangan dan sepakan yang tidak diberikan mata oleh pengadil perlawanan. Dan tiada pukulan tapi mata tetiba naik. Pelik dan ajaib jadinya.

Dan apabila terdapat bantahan dari pengurus peserta saya lihat pihak pengadil hanya berbincang sesama mereka. Tiada sumber lain seperti video untuk menjadikan sumber rujukan.

Kelihatan juga pengadil seperti mempunyai personal interest terhadap peserta atau pasukan tertentu. Ini kerana, ada sesetengah perlawanan pengadil bagaikan ambil sambil lewa saja menilai setiap tendangan peserta.

Apapun cadangan saya agar di masa depan, mutu pengadilan dapat dipertingkatkan lagi. Mungkin dengan penggunaan video camera untuk merakamkan setiap pergerakan peserta dan boleh dijadikan rujukan untuk sebarang bantahan. Kekadang pergerakan peserta terlalu pantas dan kekadang pandangan mata boleh terlepas dari aksi tersebut.

Saya pun melihat dengan lebih jelas sebab saya menggunakan lens 18-55 saya. Kalau tak memang saya pun tidak jelas setiap tendangan peserta.

PS: Kalau lah saya masih muda lagi, mahu juga saya jadi peserta tournament sebegini.

Majulah Sukan Untuk Negara

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah buat adik ku, Muhammad Aziemzul Hakiem kerana
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Aziem (blue) in action...   Loqman (blue) in
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Aktiviti di hujung minggu ini adalah menonton National
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya mahu jadi jutawan, ya saya menyimpan cita-cita
(Visited 15 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

7 thoughts on “Mutu Pengadilan : Boleh Di Tingkatkan Lagi”

  1. Ini adalah antara penekanan tentang isu sukan yang dinilai secara subjektif sebegini. Bukan sekadar sukan pertahankan diri, malah sukan terjun, berirama dan sebagainya pun mengalami masalah yang sama. Mungkin juga sudah tiba masanya untuk penambah baikan, agar sukan tersebut sealiran dengan keanggihan teknologi sedia ada…

    Sebagai contoh, lawan pedang menggunakan sensor, bolasepak bakal menggunakan sensor pada kawasan gol dan sebagainya mungkin konsep sebegitu juga dapat membantu?
    irsah recently posted..Google Menipu Pengguna Yang Menggunakan Teknik SEO?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.