Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Palestin turut berada di dalam kelas tersendiri dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam; sebuah unit elit yang amat digeruni oleh rejim Zionis.
Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.
“Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin,” katanya.
Apabila ditanya jumlah tentera al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya engga menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000
orang.
SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH
[1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
[2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
[3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
[4] Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
[5] Berdisiplin dan mentaati amir.
[6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.
Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.
Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.
Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.
Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.
Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana!
Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka….Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir!
via Dr. Zainur Rashid Zainuddin
Syarat no 1 paling utama. Subhanallah! Semoga pejuang2 Islam terus mendapat pertolongan dan diberi kekuatan oleh Allah utk menegakkan agamaNYA…ameen
Allahuakbar!
hafizmd recently posted..Menang Buku Percuma Sekarang!
semoga mereka istiqomah dalam perjuangan membela agama dan tanah air
redza recently posted..Main game komputer lima hari tanpa henti
Hr ni dgr citer zionis dah ngaku kalah
sohoque recently posted..Movie Review: Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2
semangat juang mereka memang tinggi
hairulafiz recently posted..2012 Tahunku Yang Kacak
Kehebatan yang digeruni oleh Tentera Israel.
Memang Hebat sungguh Al Qassam!
hafidz recently posted..Nuffnang CPUV (Cost Per Unique Visit) Campaigns 4
inilah tentera Islam yang sebenar.. tentera yang berperang kerana Allah.. tentera Allah yang sangat menyayangi Rasulullah.. tentera yang berjuang demi agama.. Syahid adalah impian mereka. sebab tu musuh2 Islam sangat2 takutkan dorang ni..sebab mereka ni tidak takut pada kematian.. mereka memang mengejar kematian untuk mendapatkan hadiah paling tak ternilai iaitu syurga. sebab apa zionis konon je nak menghantar 70k askar mereka untuk serangan darat, tapi tak hantar2 pun ? sebab mereka takut untuk berhadapan dengan 25k tentera islam ini. walaupun bilangan yang sedikit, tapi semangat mereka dan perjuangan mereka sangat2 dasyat.. zionis tau mereka tidak mampu mengalahkan mereka ini. kerana 25k tentera Islam ini tidak akan lari dari medan peperangan malah akan terus mara untuk mengalahkan tentera zionis. sebab tu mereka tak berani nak lancarkan serangan darat. bilangan mungkin ramai, 70k, tapi bila benar2 bertempur , adakah 70k ini benar2 akan berperang ataupun akan bertempiaran lari dari medan peperangan? inilah yang membezakan tentera islam Al-Qassam dengan tentera Zionis. Tentera Islam bertempur demi agama Islam dan Allah, tetapi Zionis berperang demi pemimpin mereka. Pemimpin yang memuja syaitan. Sebab tu mereka takut. sebab mereka tidak punyai semangat seperti mana tentera Al-Qassam. Hidup Palestin selamanya!!! Hidup Islam!! Allahuakbar!!!
boni kacak recently posted..iPhone 5 Gadget Impian
alhamdulillah mantap2 syaratnya….
cik tom recently posted..By: ciktom
syarat2 utk mereka yg mengejar syahid..
Jebeng Otai™ recently posted..66 Cubaan Hack Dalam 5 Hari
syarat no 1 tu memang yang terbaik
Juan recently posted..Usul Membeli Tanah Untuk Pengeluaran KWSP Bagi Pekerja Sektor Swasta
baru aku tahu. terlepas kot bila baca kat blog orang lain hari tu.
titan recently posted..Lu ada 1 minit untuk undi gua.