Ayuh Kita Bersatu Berjuang…

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Di internet saya lihat ramai yang sedang melancarkan kempen ‘boikot’. Ramai sangat saya terbaca post sahabat saya yang mengajak ‘boikot’ produk yang dikaitkan dengan Israel antaranya McDonald’s, Starbuck dan lain-lain.

Boikot sepenuhnya. (Sumber : sabasun)
produk israel
Boikot Sebahagian (Sumber: Sabasun)

Saya tidak mahu menyeru untuk kempen ‘boikot’ ini. Saya tidak mahu mengulas perihal setiap produk yang disenaraikan di atas dan yang dikaitkan dengan Israel. Kalau saudaraku berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut silalah ‘google’ saya rasa banyak yang membicarakan tentang topik ini sekarang ini. Bagi saya, ‘boikot’ adalah hak individu, terpulang pada diri masing-masing. Tiada paksaan bagi saya. Sebab mungkin mereka mempunyai alasan masing-masing. Fikir-fikirkan dan pertimbangkan menggunakan akal fikiran kita yang waras kurniaan Allah swt selepas melihat kezaliman dan kekejaman Israel.

Namun begitu, saya sendiri tidak mampu memboikot sepenuhnya. Saya akui ini. Saya tidak mahu hipokrit. Sebab ada barangan yang berjenama yang perlu diboikot masih saya gunakan. Insyallah selepas ini akan saya elakkan untuk membeli produk mereka lagi.

Cuma saya agak kecewa dengan sesetengah individu yang  lantang bersuara menyeru agar mem‘boikot’ semua produk Israel ini, yang terlalu emosional. Ya, saya akui saya juga emosional apabila melihat kekejaman Israel. Tapi tidak perlu untuk terlalu emosional sampaikan bertikam lidah bagai mahu bergaduh dek kerana perbezaan pendapat.

Ingat ramai yang amat seronok apabila melihat kita bertelingkah. Ramai yang akan menangguh di air yang keruh. Kerana di saat kita bertelingkah, lebih senang mereka memecah belahkan kita.

Hanya perlu tambahkan minyak pada pecikan api pertelingkahan itu, pasti kebakaran besar akan terjadi. Dan jika ini terjadi, semakin sukar untuk kita padamkan apinya.

Berbaliklah kita pada ajaran Agama Islam yang kita cintai yang sememangnya menyeru kita kepada perpaduan. Bersatulah kita mempertahankan agama dan bangsa kita. Tiada orang lain akan mempertahankan agama dan bangsa kita kalau bukan bermula dari kita. Usah menyalahkan orang lain jika kita sendiri yang tidak bertindak. Bersatulah kawan, bersatu kita berjuang.

Lebih molek sekiranya, kita semua bersatu hati mendoakan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia terutamanya di bumi Palestin dan menyumbangkan sedikit sedekah seikhlas hati bagi membantu semua umat Islam di dunia. RM1 yang kita sumbangkan insyallah besar buat mereka dan besar ganjarannya.

Unite and Fight.

Assalamulaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sekarang ini masih ramai yang menilai dari warna
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku....... Semangat kekitaan yang hilang? Betul ke semangat kekitaan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Semalam kita dikejutkan satu lagi post yang hina
(Visited 41 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

15 thoughts on “Ayuh Kita Bersatu Berjuang…”

    1. Pening melihat mereka bergaduh pada benda yang tak perlu.

      Sepatutnya dalam keadaan begini kita bersatu bukannya bertikam lidah.

  1. Saya setuju dengan pendapat Daddy. Boikot tak salah, tapi yang tak best bila dibuat secara bermusim… IMO. Paling penting kita sesama umat Islam perlu bersatu padu utk mengelakkan pihak2 ketiga menangguk di air yang keruh. Kalau dilihat balik apa yg berlaku di Palestin,.. antara salah satu punca keadaan sedemikian berterusan adalah disebabkan perpecahan yang wujud di kalangan mereka (pemimpin Hamas & Fatah). IMHO
    shraqs recently posted..Aplikasi Android Untuk Blogger TegarMy Profile

    1. Itu masalah utama. Lagipun sudah termaktub kebangkitan umat islam adalah apabila umat Islam kembali bersatu memperjuangkan agama Islam. Tapi situasi sekarang masih mengecewakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge