Convert form Microsoft Office or etc to PDF

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Tukarkan ke PDF

Kekadang kita perlu menukarkan suatu dokumen/fail itu kepada PDF sebelum boleh di emelkan kepada pihak tertentu supaya ianya tidak dimanupulasi sewenangnya. Terdapat pelbagai cara untuk menukarkan suatu fail kepada PDF, antaranya:

Secara Online

Tukarkan fail dari Microsoft Office kepada PDF bukanlah suatu yang sukar sekarang ini kerana banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan tukarkan sebarang file kepada format PDF secara percuma seperti freepdfconvert.com, nevia dan pdfonline. Sememangnya banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan sebegini anda boleh cuba search menggunakan kata kunci ‘PDF convertor’, pasti akan dapati banyak web yang menyediakan perkhidmatan ini secara percuma.

Free PDF convertor

Penggunaan laman web sesawang ini adalah amat mudah sekali, langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Uploadkan file yang ingin ditukarkan (convert) ke laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan ini. Sesetenga laman sesawang membenarkan kita untuk menamakan file tersebut.
  2. Masukkan alamat emel anda pada ruang yang disediakan.
  3. Tunggu admin laman tersebut emel kembali files yang telah di tukarkan kepada PDF.

Namun begitu, penggunaan laman web begini terdapat beberapa kelemahanya iaitu:

  1. Sekiranya file itu sulit sudah pasti kita tidak mahu ada pihak lain tahu.
  2. Biasanya laman web begini, akan meninggalkan ‘watermark’ pada PDF file yang telah di ‘convert’kan.
  3. Sudah pastinya perkhidmatan ini memerlukan talian internet. Tidak semua tempat mempunyai jaringan internet.
  4. Kekadang pekhidmatan ini agak lambat.

Secara Offline

Sebagai alternatif dan suatu yang lebih saya suka adalah dengan menggunakan Adobe Acrobat Professional (AAP) dan doPDF.

Adobe Acrobat Professional adalah satu software berbayar. Dan amat menarik kerana fail PDF boleh kita edit dengan sesuka hati antaranya membuang page yang tidak perlu, mengkombinasikan 2 atau lebih fail PDF dan editing teks dalam fail PDF itu.

Untuk lebih murah dan menjimatkan kos, saya memilih doPDF (sekarang ini versi doPDF7). Fail installer doPDF boleh didownload secara percuma di laman web doPDF.

Bagi menukarkan (convert) sebarang fail, menggunakan samada Adobe Acrobat Professional dan doPDF adalah sama iaitu dengan memilih APP atau doPDF sebagai printer.

Tutorial doPDF
Tutorial doPDF

file-> print -> select printer (AAP ataupun doPDF) -> click print

Selepas klik print akan keluar satu paparan ‘save file’ akan keluar. Rename dan pilih lokasi untuk simpan fail PDF anda. AAP atau doPDF akan terus menukarkan fail anda kepada fail PDF dengan nama fail dan lokasi seperti anda tetapkan.

Sejujurnya AAP dan doPDF banyak membantu saya dalam kerja seharian saya. Diharap perkongsian kali ini akan memudahkan para saudara juga.

PS: Perisian ini pasti amat berguna kepada penulis e-book.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku sekalian... Pernahkah saudara mengalami tekanan jiwa apabila fail
(Visited 15 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

11 thoughts on “Convert form Microsoft Office or etc to PDF”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge