Hukum Karma

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Ma abah saya cukup tegas bab anak-anak walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi. Masa zaman saya kanak-kanak, kami mesti masuk ke rumah tepat jam 7.00 malam dan siap mandi serta bersedia untuk solat Maghrib. Selepas, Maghrib semua kena siap sedia untuk mengaji Quran. Kalau tak ikut aturanya, siap sedialah untuk merasa nikmat rotan hinggap ke badan.

Tapi bila sudah melangkah ke alam kolej, abah mula melonggarkan syarat ketatnya saya dibenarkan keluar sehingga pukul 10 malam. Kalau mahu pulang balik agak lewat, laporan mesti diberikan kepada ma abah. Setiap pergerakan saya akan dilaporkan. Itupun, diberikan kebenaran atas dasar kepercayaan. Yang pasti kepercayaan ma abah tidak saya khianati. Tidak sama sekali.

Dan sehingga kini saya sudah berumah tangga, ajaran itu tetap kekal abadi selamanya dalam diri saya. Selamanya ma abah tetap yang terbaik dan tiada galang gantinya. Terima kasih ma abah yang telah membesarkan saya. Terima kasih.

Tak dinafikan saya agak nakal dan mungkin sukar untuk ma abah. Tapi mereka tabah mendidik dan membesarkan saya. Dan kini saya menjadi ayah. Saya pula perlu mendidik anak saya.

Saya harap saya juga dapat menjadi ayah yang baik pada anak saya dan mendidik anak saya. Ya Allah, berikan saya kekuatan.

Jika dulu saya dididik, sekarang saya perlu mendidik.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya,
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Sinopsis Movie Elysium Movie Elysium adalah satu filem
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dalam minggu ini kita dikejutkan oleh beberapa siri
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam
(Visited 10 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

11 thoughts on “Hukum Karma”

  1. Dulu semasa kecil, hanya boleh keluar bermain selepas pukul 5 dan pulang sebelum pukul 7 malam, memang sudah menjadi aturan seperti itu yang ditetapkan oleh papa. Semuanya demi mendisiplinkan anak beliau. Disebabkan perkara ini, aku sentiasa ada memakai jam untuk memastikan tidak balik lewat.

    Mendidik anak pada zaman sekarang bagi aku adalah lebih mencabar dengan pelbagai teknologi dan pendedahan yang perlu dikawal dengan lebih rapi, semoga bro dapat mendidik anak bro dengan cara yang terbaik.
    Eizil recently posted..Re: Semangat yang hilang – bonikacak.comMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge