Site Management: 3 Elemen Penting

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua…

Dalam pengurusan tapak bina (site construction management) 3M adalah elemen terpenting. Apakah itu 3M? 3M itu adalah Man, Machinery dan Material.

Pengurusan tiga elemen ini dengan tepat dapat memastikan projek yang dilaksanakan adalah sempurna dan kos efektif. Kelemahan dalam pengurusan 3M menyebabkan ramai yang mengeluh projek rugi. Kontraktor Melayu adalah yang paling ramai dan lemah dalam pengurusan 3M ini.

Kenapa Pentingnya 3M Ini?

Boleh dikatakan 3M ini adalah saling berkaitan dan kesan utama adalah pada ‘DUIT’. Dimana, kegagalan pengurusan tapak bina akan menyebabkan suatu kerugian pada kontraktor tersebut.

Man

Tenaga buruh
Buruh

Sebagai contoh, kontraktor A ingin menjimatkan kos tenaga buruh dengan megupah buruh tidak mahir dengan bayaran RM45 per hari seramai 10 orang bagi kerja-kerja konkrit dan telah mengambil masa selama 15 hari. Namun begitu, hasil akhir adalah tidak memuaskan dan tidak diterima klien dan kontraktor terpaksa membuat semula. Ini, telah menyebabkan kos dan masa adalah berganda.Kos dan masa adalah ‘DUIT’ bagi sebarang projek.

Sekiranya, kontraktor A menggunakan tenaga mahir dan separa mahir kos upah adalah antara 65-100 per hari dan memerlukan tenaga kerja seramai 5 orang dan menggunakan jangka masa yang sama. Namun begitu, hasil akhirnya berkemungkinan lebih memuaskan.

Machinery

Crawler Crane
Crawler Crane

Tidak semua kontraktor mempunyai kelengkapan machinery yang cukup. Dan kebanyakan kontraktor memilih untuk menyewa peralatan tersebut dari pembekal machinery. Apabila, machinery adalah disewa, kebiasaan penyewaan akan dibuat secara harian ataupun bulanan.

Sebagai contoh, ‘crawler crane’ biasanya akan disewa secara harian, kiraan kos adalah berdasarkan berapa hari ‘crawler crane’ berkerja ditapak kita. Dan sekiranya, kerja lebih masa akan dikira berdasarkan jam berkerja. Oleh itu, perancangan kerja yang teliti adalah perlu bagi memastikan ‘crawler crane’ yang disewa adalah ‘full utilize’. Sekiranya tidak, tempoh hari yang diperlukan mungkin akan menjadi lebih panjang dan kos akan bertambah.

Material

Material adalah satu elemen utama dalam pengurusan tapak. Sesetangan pengurus tidak mementingkan kualiti bahan yang digunakan. Alasan mereka cukup mudah iaitu untuk menjimatkan kos. Penggunaan bahan yang berkualiti biasanya lebih tinggi kosnya berbanding dengan bahan yang kurang kualitinya. Namun tanpa mereka ambil kira kos yang tersembunyi disebaliknya sekiranya binaan yang dibuat terpaksa dibuat semula akibat kualiti yang tidak memuaskan.

Kesimpulan

Ketiga-tiga elemen ini iaitu man (tenaga kerja), mechinery (mesin) dan material (bahan) adalah penting kesemuanya. Ketiga-tiganya memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran kerja dan mencapai kualiti yang terbaik.

Biar untung sedikit dari langsung kerugian. Bukan gitu? Rasanya dalam pengurusan apapun 3 elemen ini adalah penting cuma pengunaannya mungkin berbeza.

Sekian.

9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
Takeo Kukuchi jenama fesyen di Jepun Jenama fesyen Jepun Takeo Kikuchi
Eddie Putra adalah salah satu photografer yang amat aku segani. Dia memang antara legend lah.
(Visited 26 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

12 thoughts on “Site Management: 3 Elemen Penting”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge