Site Management : Pentingnya Drawing

Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Dalam entri sebelum ini iaitu ‘Wordless Wednesday : Site Management Course‘ saya meletakkan dalam gambar seperti dibawah

Gambar itu menunjukkan dalam lukisan terdapat satu revision yang ditandakan ‘cloud’ tapi tiada penerangan. Dan ianya telah didefinasikan oleh pembaca pelan menjadi seperti gambar dibawah:

Fails: Penetration
Fails: Penetration

Siapa salah? Pelukis pelan atau site person? Ianya salah kedua-duanya, salah pelukis pelan adalah tidak sepatutnya meletakkan ‘cloud’ disitu jika tiada revision. Dan jika ada revision letakkan sekali rujukan atau penerangnya. Setidaknya letaklah ‘Please refer to architect or engineer’. Salah site person pula adalah terus membuat lubang pada lantai berbentuk ‘cloud’ tanpa bertanyakan pada pegawai atasan ataupun pengawai penguasa.

Itulah sebabnya dalam kerja di tapak bina, komunikasi adalah penting. Setiap arahan perlu jelas dan sampai maksudnya bukan saja di tapak bina malah dalam kehidupan seharian kita. Komunikasi amat penting.

Cuma ditapak bina kita banyak berkomunikasi dengan menggunakan lukisan. Melalui lukisan semua orang akan faham. Tak kiralah warga negara Malaysia atau import (Indonesia, Myammar, Bangladesh ataupun Vietnam) . Dan syarat utama untuk bekerja ditapak bina adalah boleh membaca lukisan. Kegagalan membaca lukisan akan memberi kesan yang amat buruk pada binaan yang di bina.

Melalui lukisan lah kita akan merancang segalanya di tapak bina. Merancang jadual kerja, merancang penggunaan tenaga, merancang penggunaan mesin, merancang cara kerja dan lain-lain lagi. Tiada drawing, kerja boleh menjadi huru-hara.

Drawing bukan setakat penting semasa pembinaan sahaja tapi penting juga selepas itu iaitu lukisan as-built yang akan menjadi rujukan utama sampai bila-bila untuk kerja selanjutnya seperti kerja penyelengaraan. Ketiadaan lukisan as-built sememangnya memberi masalah besar kepada pekerja penyelengaraan.Dan kemungkinan kita terpaksa mengeluarkan satu amaun yang besar semata-mata untuk melukis kembali lukisan as-built jika ianya tiada. Jadi jangan pandang enteng lukisan as-built ini, ianya elemen penting bagi setiap bangunan.

PS: Untuk jadi teknikal person, perlu tahu baca drawing.

Potret yang cool
Bila sebut Jumanji aku teringat zaman tonton guna VHF. Memang best filem Jumanji akibat satu
Hari ni pergi RHB Bank, pasal kad dah kena block. Rupanya dah kena tukar kad
Satu ketika dulu di bengkel M ‘Bang, abang punya arm ni lari sikit. Alignment dah
(Visited 56 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

6 thoughts on “Site Management : Pentingnya Drawing”

  1. Nah ini adalah menarik!Inilah sebabnya mengapa kita perlu untuk merancang dan menjadualkan perkara untuk menjadi lebih sempurna.Sebenarnya untuk memahami beberapa perkara yang kita mesti menunjukkan lukisan atau demonstrasi.
    chanikacha recently posted..Michael Laitman My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.