Tahniah Pada Semua Adik-Adik

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Keputusan UPSR

Tahniah pada semua adik-adik yang telah mendapat keputusan UPSR yang keluar semalam. Kalian semua telah berjaya. Tahniah sekali lagi walau apapun keputusan yang adik-adik terima terima dengan hati yang terbuka kerana saya pasti adik semua telah melakukan yang terbaik.

Tidak berjaya mendapat 5A dalam UPSR bukan kerana adik bodoh, bukan kerana adik gagal. Tapi mungkin adik hanya tidak bernasib baik sahaja. 5A bukanlah pengukur kejayaan kerana perjalanan kita masih panjang. Tidak mendapat 5A bukan bermakna adik-adik tidak akan berjaya dalam hidup. Teruskan berusaha. Ini semua hanya permulaan.

Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Pada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang (5A) yang berminat untuk meneruskan pelajaran di MRSM bolehlah mendapatkan no pin MRSM di Pejabat-Pejabat MARA yang berdekatan mulai semalam.

Kemasukan MRSM
Kemasukan MRSM

 

Tuntutlah Ilmu

Adik-adik tuntutlah ilmu sehingga akhir nyawa dan jangan sesekali jemu menuntut ilmu.

Terus berusaha,

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tahniah adik adik yang telah berjaya mendapat keputusan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.... Telah lama saya impikan kejayaan. Berjaya mendapat semua
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... UPSR sudah berlalu, PMR pula bakal menjelma. Sudah
(Visited 18 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

10 thoughts on “Tahniah Pada Semua Adik-Adik”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge