Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…
Bunga pahar begitu sinonim dengan adat perkahwinan orang Melayu. Itu jugalah yang dijadikan motif dalam Anjung Pengantin MARA 2012 yang telah tamat pada semalam 30 Disember 2012, iaitu Bunga Pahar Terbesar. Bunga Pahar Terbesar ini telah diiktiraf oleh Malaysia Books Of Record dan dijayakan dengan kerjasama MARA Wilayah Persekutuan dan GiatMARA.

Dalam majlis penutup yang telah berlangsung tengahari tadi sepasang pengantin baru iaitu, Kamal Firdaus dan pasangannya, Siti Nor Aishah telah diraikan dengan penuh adat istiadat Melayu. Pasangan Raja Sehari ini telah diarak dari Jalan Raja Laut melalui Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tengku Abdul Rahman sebelum kembali ke Jalan Raja Laut menaiki Pumpkin Ride.


Pumpkin Ride ini adalah satu ciptaan oleh GiatMARA.
Selesai diarak, pasangan pengantin disajikan dengan persembahan silat dari Persatuan Silat Sendeng. Semoga semangat waja akan abadi dalam diri kedua mempelai mengharungi dunia rumah tangga. Majlis selepas itu diteruskan lagi dengan majlis menepung tawar dan makan beradat.
Semoga pasangan pengantin tersebut akan kekal bahagia selamanya. Saya doakan istana cinta yang mereka bina akan kekal utuh selamanya.
Satu rekod baru, iaitu bunga pahar terbesar telah dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records. Mengikut maklumat yang saya perolehi bunga pahar itu berketinggian 6 meter dan menggunakan sebanyak 7000++ kumtum bunga pahar. Tahniah pada semua yang terlibat.
7000 lebih kuntum?? pergh..banyak betul…
boni kacak recently posted..Filem Pendek – Terlambat
Biar betul. Siapa dapat anugerah Malaysia Books of Record.
akubiomed recently posted..Perkhidmatan Pesakit Luar Hospital perlu transformasi Part 1
MARA tuan. Untuk gubahan bunga pahar terbesar.
2 3 hari ni kenapa post daddy pasal kahwin ye. Ada hidden message agaknya ni haha
effort lab recently posted..Kajian Harian