Casio G-Shock GB-6900 Bluetooth Enable

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Minat terhadap barang-barang yang pernah menarik minat saya zaman persekolahan dulu mula menghantui diri sekarang ini. Banyak barangan impian semasa itu tidak dapat saya miliki kerana dek kekangan hidup semasa itu, kini saya cuba mendapatkan nya kembali. Antara barangan tersebut adalah Casio G-Shock yang pernah popular sekitar tahun 1998. Walaupun tidaklah semahal jam Rolex dan Rado, bagi saya ianya tetap satu koleksi yang mesti saya dapatkan.

Dalam dok memerhatikan beberapa model Casio G-Shock dalam pasaran terjumpa dan terbaca satu model iaitu Casio G-Shock GB-6900. Tetap mempunyai fungsi yang sama dengan model G-Shock yang lain iaitu Shock Resistant, 200m water resistant dan mengekalkan rekebentuk klasik G-Shock.

GB-6900

Apa yang membezakannya dari model G-Shock lain adalah model ini mempunyai built-in Bluetooth v4 (Bluetooth Low Energy) yang membolehkan ianya berhubung dengan iPhone 4S atau iPhone5. Fungsi ini membenarkan kita mendapat notifikasi tentang penerimaan SMS, Email dan calls. Jam ini juga mampu mengesan kedudukan handphone yang dihubungkan dengan nya. Casio menegaskan bahawa hayat bateri dijangkakan selama 2tahun sekiranya ianya disambungkan menggunakan Bluetooth selama 12jam sehari.

Harganya adalah $180. Dan rasanya ianya belum ada di pasaran Malaysia.

Apapun, ianya pasti pasangan yang baik bagi pemenang iPhone5 anjuran Tuan Denaihati nanti. Pada semua peserta, selamat berjaya saya doakan.

PS: Ada yang sudi hadiahkan saya Casio G-Shock GB-6900 tak?

Takeo Kukuchi jenama fesyen di Jepun Jenama fesyen Jepun Takeo Kikuchi
Sempena ulangtahun ke-50 Big Mac, satu kolabrasi andara McDonald's x G-Shock telah berlaku. Dua syarikat
Sabotage atau SBTG yang berasal dari Singapore telah diberi peluang untuk berkolabrasi dengan G-Shock. Kolabrasi
Dah agak lama juga rasanya tak follow mengenai jam G-Shock ni sebenarnya. Bukan tak minat,
Satu model baru G-Shock Rangemen telah diumumkan pada satu Majlis Ulangtahun ke-35 tahun G-Shock di
(Visited 47 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

28 thoughts on “Casio G-Shock GB-6900 Bluetooth Enable”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge