Mesin Cash Deposit Buat Hal

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Pernah terbaca dalam blog, ada saudara blogger bercerita tentang pengalaman mereka, bank-in duit dengan cash deposit machine dan transaksi ditolak tetapi duit tidak dikembalikan. Kawan sepejabat saya juga pernah mengalami situasi begini, dan terpaksa berkejar ke bank bagi menyelesaikan masalah ini.

Dan malam semalam, saya pula mengalami masalah dengan cash deposit machine tetapi dengan kes yang berbeza. Seperti biasa setiap gaji diterima, perkara pertama yang akan saya lakukan adalah melangsaikan semua hutang piutang saya.

Untuk hutang bank, saya lebih memilih untuk menggunakan cash deposit machine kerana memudahkan. Seperti biasa duit yang dikeluarkan dari Bank A akan saya masukkan ke Bank B. Di Bank B, saya mengira dahulu jumlah yang ingin dimasukkan.

Saya masukkan 12 keping not Ringgit ke dalam cash deposit machine. Selang beberapa detik, sekeping not telah ditolak. Namun, jumlah kiraan mesin menunjukkan 10 not sahaja. Saya batalkan transaksi dan kiraan saya buat menunjukkan sememangnya 11 not dikeluarkan. Ini bemakna kiraan mesin cash deposit machine tidak selalunya tepat.

Selepas ini saya perlu lebih berhati-hati semasa berurusan dengan cash deposit machine.

Moral of Story : Kena hati-hati apabila berurusan dengan mesin.

9 Mei 2018 yang lalu jadi tanggal penting dalam sejarah Negara Malaysia apabila Parti Barisan
Filem Deadpool 2 sudah mula di tayangkan pada Selasa. Dan pasti ramai yang menunggu untuk
Takeo Kukuchi jenama fesyen di Jepun Jenama fesyen Jepun Takeo Kikuchi
Eddie Putra adalah salah satu photografer yang amat aku segani. Dia memang antara legend lah.
(Visited 45 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

17 thoughts on “Mesin Cash Deposit Buat Hal”

    1. dapat balik selepas saya cancelkan transaksi. Duit yang keluar dalam kuantiti yang cukup tapi pengiraan mesin tersilap.

      Harap-harap orang lain tidak terkena.

    1. Ya ada terbaca dalam blog Tuan tentang hal ini.

      Kawan sepejabat saya pun pernah alami hal yang sama . Harap pihak bank boleh ambil perhatian.

  1. Nasib baik la tak teruskan transaksi tu. Saya kira ramai yang dah terkena dengan CDM ni. Paling teruk saya pernah dengar cerita, duit dah masuk, resit tak keluar, tapi transaksi gagal. Bila call pihak bank, macam biasalh ayat penyedap ati.. akan siasat. Tapi akhirnya duit tu burn cam tu je. Sangat perlu berhati-hati. Kalau curiga dengan CDM buat byaran di kaunter.
    Cikgu Hairul recently posted..Berjaya Aku Gagal EngkauMy Profile

    1. Memang ada yang kena cam tu. Dah ramai yang kena. Itu lah pihak bank kena pandang serrius isu ini. Jangan sampai pelanggan boikot.

  2. saya pernah alami perkara nie sekali sewaktu di bukit jalil… masukkan duit 300 tapi di mesin kira 200 jer… angin satu badan… lepas tu esok gie pada hq maybank tu… nasib baik lah ada cctv tu rekod saya masukkan duit berapa…. legaaa rasanya…
    farah recently posted..Upgrade Template Thesis 1.8.5My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge