Pelaburan : Ingin Cepat Kaya?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Seorang sahabat telah mengajak saya untuk menyertai satu pelaburan yang amat menguntungkan. Ya, memang amat menguntungkan. Bayangkan kalau pulangan pelaburan kita adalah 12% sebulan. Wow. Pakcik kaya.

Selama ini saya hanya mendengar pelaburan yang memberikan pulangan setahun sekali. Tapi kali ini amat berlainan sekali. Setiap bulan kita akan mendapat pulangan pelaburan. Memang mengasyikkan. Siapa yang mendengar pasti terpesona.

Saya bertanyakan kepada beliau, berapakah saiz dana tersebut? Dan berapa lamakah jangka masa pelaburan ini? Beliau kelu, terdiam. Beliau sibuk menyatakan pelaburan ini menguntungkan kerana pulangan adalah setiap bulan. Beliau menyatakan pelaburan ini adalah pelaburan hartanah di luar negara. Negara asal pelaburan ini pun adalah Ukraine (kalau tak silap saya).

Pelaburan
Pelaburan

Saya menerangkan kepada beliau setahu saya setiap pelaburan di negara kita perlu mendapat kelulusan Bank Negara. Jika tidak, memang kita mencari nahas sebenarnya. Cukuplah dengan kejadian Swisscash yang pernah melanda negara, tidak perlu gelombang kedua. Saya memang mahu kaya, dan semua orang pun mahu jadi kaya.

Namun, ajakan beliau dengan sopan saya menolak. Saya menyatakan saya tidak mempunyai keberanian untuk pelaburan sebegini. Jika saya mempunyai keberanian sekali pun saya tidak akan menyertai pelaburan yang meragukan. Saya lebih memilih untuk pelaburan saham dan FOREX, yang memang terkenal kerana risiko yang tinggi.

Kaya
Kaya

Sebelum berpisah saya sempat memberikan beliau kad saya. Saya mengajak beliau untuk melabur dengan cara yang lebih selamat. Pelaburan unit amanah yang diluluskan oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti.

‘Mungkin keuntungan pelaburan anda boleh dilaburkan disini untuk lebih selamat’ ujar saya pada beliau sebelum berpisah.

Bagi saya, biar lambat asalkan selamat. Mulakan sekarang dengan apa yang kita ada dan pilih lah dana pelaburan yang tepat untuk diri kita. Jangan terlalu mengikut nafsu nanti, binasa diri.

PS: Bak kata AC Mizal dalam 1,000,000,000 Money Drop, ‘Fikir dan labur’.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... Buat duit dari rumah dengan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua saudaraku... Terdapat 3 Golongan orang kaya iaitu: 1. Mengorbankan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Ingat lagi pada tahun 2007 semasa saya mula
(Visited 31 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

9 thoughts on “Pelaburan : Ingin Cepat Kaya?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge