Tanah Runtuh

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Kejadian tanah runtuh di Setiawangsa pasti amat mengejutkan kita. Pagi tadi berkesempatan lalu berhampiran kawasan tanah runtuh itu ketika menuju ke Sri Rampai. Selama ini lalu di kawasan itu, hati saya sering terdetik, berani sungguh mereka yang menetap berhampiran. Tapi malang tidak berbau, bukit yang selama ini tersergam teguh kini telah runtuh.

Tanah Runtuh di Setiawangsa
Tanah Runtuh di Setiawangsa

Sebenarnya, membuat rumah di kawasan bukit atau tanah tinggi memang banyak risikonya. Oleh itu, banyak faktor yang perlu diambil kira bagi pembinaan rumah atau bangunan di atas bukit. Ujian tanah adalah suatu kemestian bagi mengenal pasti profail tanah dan keadaan air bawah tanah. Pembinaan cerun juga perlu mengikut speksifikasi bagi memastikan ianya tidaklah terlalu curam/menegak.

Kawasan berbukit biasanya menjadi kawasan tadahan air dan kawasan ini juga biasanya terdapat banyak pergerakan air bawah tanah. Pergerakan air bawah tanah ini akan bertambah apabila waktu hujan, pergerakan air ini biasanya akan mengubah struktur tanah di kawasan tersebut. Sebab itulah, langkah keselamatan diambil seperti membina retaining wall, gabion ataupun sabo dam. Pembinaan retaining wall adalah bagi mengurangkan pergerakan tanah.

Walau bagaimanapun, manusia punya asa Allah punya kuasa. Kita manusia hanya mampu merancang Allah menentukan segalanya. Pemikiran kejuruteraan manusia tidak dapat dibandingkan dengan kuasa Allah swt.

Dalam kes tanah runtuh di Setiawangsa, faktor usia retaining wall juga memainkan peranan besar, iaitu 22 tahun. Dari pemerhatian saya juga, rumah yang runtuh itu di bina terlalu dekat dengan cerun, dan rasanya ianya suatu yang tidak lagi di bolehkan dalam peraturan peguasa tempatan sekarang ini.

Mungkin selepas ini pihak berkuasa perlu memantau lebih kerap cerun-cerun yang dibina di seluruh negara. Kontraktor dan pemaju pula perlulah bersikap lebih profesional bukan sekadar mementingkan keuntungan semata-mata, pembinaan bangunan di kawasan cerun perlu dipastikan mengikut speksifikasi dan mengambil semua langkah keselamatan yang perlu. Kajian menyeluruh kesan pembinaan ke atas alam sekitar juga perlu dipandang serius.

Apapun, syukur alhamdulillah kerana tiada kes kehilangan nyawa yang berlaku.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Ramai yang mengeluh sebab Bonus ASB tahun 2015
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Sering kali kita menyatakan nanti lah dulu, biarlah,
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dari zaman sekolah kita di ajar untuk menghargai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Disiplin kerja amat penting sekali, tidak kira berkerja
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Latihan ilmiah, latihan industri ataupun praktikal adalah penting
(Visited 44 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

9 thoughts on “Tanah Runtuh”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge