Apakah Itu Unit Trust?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Apabila menyebut unit amanah atau unit trust ramai orang diluar sana akan mula goyang dan takut, menunjukkan respon kurang berminat. Dan pelbagai persoalan akan diajukan antaranya:

  1. Betul boleh untung ke?
  2. Kau boleh jamin yang semua ini tidak akan rugi?
  3. Sudah terbukti ke keberkesanannya?

Itu adalah antara soalan yang biasa akan menerjah ke telinga apabila saya menyebut berkenaan Unit Amanah. Dan ramai juga yang akan bertanya apa sebenarnya Unit Trust / Unit Amanah ni? Lalu saya bertanya kembali ada melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) tak? Dan dijawabnya ‘Ada’.

Ini bermaksud ramai pelabur di luar sana tidak faham apa itu ASB tapi tetap melabur dalam ASB. Ini kerana sepatutnya apabila kita melabur dalam ASB, kita sepatutnya sudah memahami erti unit amanah itu kerana ASB adalah salah satu dari beratus dana unit amanah di luar sana.

Maksud Unit Amanah

Unit Trust atau Unit Amanah adalah merupakan skim pelaburan terkumpul yang menggabungkan dana pelabur yang mempunyai matlamat yang sama, dalam sebuah ‘amanah’ yang diuruskan oleh pengurus dana profesional.

Q : Mengapa ramai dikalangan kita berani melabur dalam ASB tapi tidak ramai memilih untuk melabur dalam unit amanah?

A : Pada pendapat saya, adalah kerana kita tidak di dedahkan dengan ilmu tentang unit amanah ini. Tapi kita sering mendengar ramai yang berbual tentang bagusnya ASB. Dan rasanya hampir tiada orang yang berbual tentang bagusnya unit amanah.

Q : Betul ke wang yang dilaburkan dalam unit amanah tidak boleh dikeluarkan?

A : Tidak, wang pelaburan anda boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja. Tetapi ingat matlamat pelaburan asal unit amanah adalah untuk jangka panjang iaitu sekurangnya 3-5 tahun. Namun begitu, duit pelaburan tetap boleh dikeluarkan sebelum tempoh itu, tetapi mungkin pulangannya kurang. Pelaburan unit amanah dikenakan caj perkhidmatan pada awal pelaburan.

Q : Apa lebihnya Unit Amanah berbanding dengan Emas, Fix Deposit ataupun ASB?

A : Semua pelaburan di atas adalah bagus dan masing masing ada pro dan cons dia. Setiap pelaburan mempunyai risikonya dan terpulang pada matlamat pelaburan kita. Yang penting kaji, labur dan nikmati hasilnya. Tepuklah dada tanyalah selera.

Harapnya perkongsian saya pada kali ini dapat menjelaskan kepada saudara sekalian tentang apa itu unit amanah /  unit trust. Sekiranya ada persoalan atau perkongsian pendapat boleh dikemukakan, insyallah kita berbincang.

 

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Ramai yang masih meangangap Pelaburan dan Simpanan adalah
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Menjadi 'weekend husband' sememangnya banyak masa lapang di
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kirakan setiap sen yang
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Hidup ini mesti ada matlamat, sama juga dalam
(Visited 68 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

25 thoughts on “Apakah Itu Unit Trust?”

    1. Insyallah Tuan Mus akan saya kongsikan lagi tentang unit trust. Akan saya kumpulkan bahan untuk dikongsikan.

      Ini percubaan pertama saya untuk berkongsi tentang unit trust.

  1. melabur dlm unit trust ni amat bagus utk orang yang nak involve dlm pelaburan di share/stock market tetapi
    – tidak cukup modal utk labur direct kesana kerana kos satu lot share agak tinggi utk pelabur runcit dan kecil
    – malas nak belajar ilmu pelaburan di stock market
    – kurang arif berkenaan dengan stock market
    – malas nak kaji/study company fundamental/asas untuk pilih kaunter share.
    – takut risiko yang tinggi di stock market

  2. kalau nak reach financial freedom kena ada banyak wang dalam unit trust..saya sedang mencari2 lagi unit trust yang boleh bagi pulangan lebih baik dari asb dan mengikuti syariah

  3. Sharing yang bagus to blog owner. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) – agen unit trust investment untuk Public Mutual & berlokasi di Johor Bahru. Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
    .
    Jas
    Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
    Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
    T: +6017-7055 381
    E: jas.elegant@gmail.com
    W: http://www.facebook.com/investment.unittrust
    .
    ” Why not try, let’s say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! “

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge