Buat Duit Melalui Blog : Jaga Etika Penulisan

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Buat duit melalui blog itu bukan lagi fantasi, ianya adalah realiti. Saya bukan blogger hebat yang telah berjaya buat duit melalui blog, saya menulis sekadar perkongsian ilmu yang tidak seberapa. Sekadar satu nukilan hati.

Buat Duit Melalui Blog - Blogger Speak
Buat Duit Melalui Blog – Blogger Speak

Tapi yang nyata sudah ramai blogger yang berjaya buat duit melalui blog seperti redmummy, shakiddo, broframestone, earncent, wanwidget, abanghensem, eyriqazz dan ramai lagi blogger-blogger hebat yang menjana wang melalui blog. Apa rahsia mereka? Tanya lah mereka, kerana hanya mereka yang bisa menjawabnya.

10 blogger terbaik Malaysia juga pasti hebat dalam memjana wang melalui blog.

Dari pemerhatian saya, antara rahsia mereka adalah:

  • Identiti / Jenama Blog – Mereka mempunyai identiti blog mereka yang tersendiri, memang lain dari yang lain. Bukan gaya penulisan yang ikut-ikutan.
  • Pengikut tetap – Kalau perhatikan jenama blog mereka ini sudah mempunyai pengikut tetap tidak kira sama ada silent reader atau hyper talk reader.
  • Tulisan sendiri – Entri mereka adalah entri fresh dari ladang. Bukannya entri sekadar copy paste.
  • Entri Bermutu – Entri tulisan mereka adalah amat bermutu. Ini menarik minat pembaca untuk terus membaca dan membaca.
  • SEO – Yang ni saya tak tahu nak ulas, sebab saya pun tak reti bab SEO ni. Tanya mereka sendiri.
Buat duit Melalui Blog - Memang boleh
Buat duit Melalui Blog – Memang boleh

Antara laman web yang menyediakan peluang untuk blogger buat duit adalah Nuffnang, Says.my, Google Adsense, Komli, Adverlet dan pelbagai lagi. Tidak kurang juga blogger-blogger yang hebat yang berjaya membuat duit dengan membuat entri berbayar dan menjual ruangan untuk pengiklanan bagi mereka yang berminat. Sememangnya, pelbagai cara untuk buat duit melalui blog ini.

Seperkara lagi yang pasti, tulisan mereka kebanyakan adalah tulisan yang bermanafaat dan menarik untuk dikongsikan bersama. Ini kerana mereka sedar dalam mereka menjana wang di dunia, mereka juga menjana bekalan untuk hari akhirat.

Perkongsian ilmu yang bermanafaat pastinya akan membantu kita pada hari akhirat kelak. Itu adalah janji yang pasti. Ayuh kita menjadi penulis yang beretika.

Tulisan ilmu yang bermanafaat akan menambah saham akhirat. Tulisan fitnah juga menambah saham akhirat. Fikirkanlah saham mana yang kita mahu, pilihan adalah di tangan kita.

Insha allah, akan saya terus menulis selagi termampu dek jiwa raga ini. Sekian.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Kesukaran untuk menulis blog adalah apabila kekeringan idea.
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku..... Syukur alhamdulillah. Ada yang sudi memandang pada blog
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Siapa tidak mahu duit angkat tangan? Saya rasa
(Visited 18 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

27 thoughts on “Buat Duit Melalui Blog : Jaga Etika Penulisan”

    1. Biasalah tu. Saya pun pernah duduk dalam situasi saudara. Memang agak sukar tambahan terlalu ramai blogger sekarang ini.

  1. jgn mudah putus asa klu org blh buat kita blhkan. kata org klu tak berjaya 100% skit2 akan kecapi juna nilai kejayaan tu. bermula dri bwh dah menaik dari atas satu persatu klu terus up nnti down teris pun payah huhu..

    selamat berblogging tu admin 🙂

  2. Juga terdapat banyak cara untuk membuat wang dalam talian dan salah seorang daripada mereka adalah menjual ebook beberapa.Ambil perhatian bahawa kita perlu jelas dan memberi banyak maklumat sebelum menawarkan rencana kami atau ebook untuk menjual.
    chanikacha recently posted..Organization Bnei Baruch My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.