Cara Pengiraan Dividen ASB

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku….

Entri kali ini adalah bagi menjawab persolan yang dikemukakan oleh ciknaktahu di ruangan komen entri ASB Loan : Cara Saya, soalanya adalah seperti di bawah:

Komen ciknaktahu
Komen ciknaktahu – saya baru ke baru loan asb ni baru setahun saya nak tanya bagaimana nak  guna duit dividen tu blk ek? bagaimana nak tahu berapa banyak dividen kita dapat?

Walaupun saya tidaklah pakar dalam bidang ini, saya cuba berkongsi setakat yang saya tahu. Maaf sekiranya jawapan yang saya berikan ini tidak tepat dan silalah betulkan.

ASB
ASB

Soalan ciknaktau adalah berapa banyak dividen kita dapat?, jadi disini saya ingin kongsikan cara pengiraan dividen ASB adalah:

Contohnya Pengiraan Dividen:

Dividen = (Purata baki minima terendah setahun) x (Pendapatan ASB)

Diveden adalah 7.75 per unit:

Januari : RM 5,100.25

Februari : RM 5,100.25

Mac : RM 5,100.25

April : RM 105,100.25

Mei :  RM 105,100.25

Jun : RM 105,100.25

Julai : RM 105,100.25

Ogos : RM 105,100.25

Sept : RM 105,100.25

Oct : RM 106,650.25

Nov : RM 106,650.25

Dis : RM 106,650.25

Purata bagi minima adalah :RM 965,853.00 / 12 = RM 80,487.75

Jumlah dividen yang diterima adalah = (RM 80,487.75)(7.75%) = RM 6,237.80

Contoh Pengiraan Bonus :

Bonus = (Purata baki minima terendah bagi 10 tahun) x (Bonus ASB)

Bonus adalah 1.15 sen per unit

Katakanlah purata baki minima terendah bagi 10 tahun adalah  RM 100,000.00

Bonus = (RM 100,000.00) x (1.15%) = RM 1,150.00

Jadi jumlah pendapatan ASB boleh dianggarkan dengan mencampurkan jumlah Dividen ditambah dengan jumlah Bonus ASB.

Diharap cara pengiraan dividen ASB yang saya terangkan di atas ini dapat membantu.

Untuk pengeluaran dividen ASB hasil dari pinjaman ASB (loan ASB) boleh dibuat seperti biasa. Jumlah pendapatan yang dipaparkan adalah jumlah simpanan kita dicampur dengan jumlah pinjaman. Cuma jumlah pinjaman itu tidak pernah dipaparkan dalam buku akaun ASB kita.

Diharapkan penerangan saya di atas ini dapat membantu dan menjawab soalan. Saya tidaklah arif tentang ASB ini, masih lagi mempelajari ilmu selok belok ekonomi dan kewangan ni. Masih banyak yang perlu saya pelajari.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dividen ASB 2012 Pengumuman
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Kirakan setiap sen yang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Hidup perlukan mentor? Untuk apa mentor sebenarnya? Penting ke
(Visited 88 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

12 thoughts on “Cara Pengiraan Dividen ASB”

  1. mengikut seorang kawan di Maybank, kalau loan ASB tahun pertama bulan Jan masih dikira setahun, masuk bulan 2 baru ada kaedah purata. target tahun kedua keatas untuk dapat dividen seperti diumum berita
    Nazri recently posted..Nak Jaga MakMy Profile

  2. terima kasih ye berkenaan jawapan yang diberikan. saya rasa macam dah faham. mungkin kena baca banyak kali baru faham sepenuhnya kot. hehe. terima kasih sekali lagi atas info yang diberikan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge