EPL #22 – Arsenal vs Manchester City

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Perlawanan bola sepak English Premier League pada minggu ke-22 ini agak menarik dengan dua perlawanan besar yang menjadi tumpuan utama iaitu Manchester United vs Liverpool di Old Trafford Stadium dan Arsenal vs Manchester City di Emirates Stadium.

Liverpool vs Man Utd
Liverpool vs Man Utd

Perlawanan Manchester Uniterd vs Liverpool, pasti menjadi perhatian peminat dua gergasi ini iaitu peminat The Reds dan The Red Devils. Sudah pasti, ketajaman serangan yang dikemudi oleh bekas penyerang Arsenal, Robin Van Persie pasti menjadi tumpuan utama. TIdak kurang menjadi perhatian adalah penyerang kontroversi Luis Suarez yang menjaringkan gol dengan tangan. Kedua-duanya merupakan penjaring terbanyak EPL setakat ini iaitu Robin van Persie (16 gol) dan Luis Suarez (15 gol)

Persie vs Suarez
Persie vs Suarez
Arsenal vs Man City
Arsenal vs Manchester City

Satu lagi perlawanan tumpuan adalah Arsenal vs Manchester City. Sebagai penyokong Arsenal pastinya saya mengharapkan Arsenal akan menang dalam perlawanan malam ini. Walaupun, jika dilihat dari segi barisan pemain dan kekuatan individu pastinya ianya akan memihak kepada Man City yang mempunyai barisan bintang. Tapi dalam bola sepak barisan bintang bukan jaminan kemenangan.

walcott and cazorla
walcott and cazorla

Jika Manchester City memenangi perlawanan pada malam ini, ianya akan menjadi kemenangan pertama bagi tempoh 37 tahun. Dan jika mereka gagal, rekod ini akan kekal. Tumpuan saya sudah pasti pada Theo Walcott dan Santi Cazorla.

Keputusan Penuh EPL #22

QPR 0- 0 Tottenham

Aston Villa 0 -1 Southampton

Everton 0-0 Swansea

Fulham 1-1 Wigan

Norwich 0-0 Newcastle

Reading 3-2 West Brom

Stoke City 0-4 Chelsea

Sunderland 3-0 West Ham

Man Utd 2-1 Liverpool

Arsenal 0-2 Man City

Chelsea 2-2 Southampton

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Awal pagi nanti akan berlangsung satu perlawanan epik
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal Juara Liga 2013? Kemungkinan sentiasa ada, apa
Assalamualaikum dan salam Inspirasi buat semua saudaraku... Arsenal English Premier League (EPL) sudah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Selepas kekalahan kepada Chelsea 2-1 pada hari Ahad
(Visited 13 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

10 thoughts on “EPL #22 – Arsenal vs Manchester City”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge