Hargai Masa Orang Lain

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Dari zaman sekolah kita di ajar untuk menghargai ‘masa‘. Jadual-jadual waktu dalam kelas di jadualkan bukan untuk menetapkan masa kita belajar semata-mata tapi adalah untuk menghargai masa. Jadual adalah suatu perancangan, perancangan di buat supaya kehidupan menjadi teratur dan berdisiplin terhadap masa. Semua ini saya sendiri tidak sedar semasa di sekolah, hanya saya sedari apabila menjejak kaki ke Kolej.

Hargai masa orang lain - Masa tidak dapat kita hentikan
Hargai masa orang lain – Masa tidak dapat kita hentikan

Kita juga sering mendengar perumpamaan iaitu ‘Masa itu emas’. Adakah masa itu emas? Tidak, cuma masa adalah suatu yang amat berharga. Masa yang berlalu tidak akan datang kembali.

Dalam Islam ada menyebut ingat 5 sebelum 5 iaitu:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : ” Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati.” (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Dalam kelima-lima elemen ini adalah berkenaan dengan masa. Menghargai masa kita, dan hargai masa orang lain.

hargai masa orang lain - tepatilah masa
hargai masa orang lain – tepatilah masa

Saya sebenarnya cukup bengang dengan orang yang tidak hargai masa orang lain. Mungkin mereka tidak kisah masa mereka dibazirkan begitu saja. Tapi hormati hak orang lain, hargai masa yang mereka luangkan. Sekiranya berjanji cubalah untuk tepati janji.

Saya juga tidak suka istilah ‘Janji Melayu’, kenapa lekeh sangan ke Melayu? Semua orang ‘Melayu’ kah yang tidak tepati janji? Jangan samakan semua orang. Tidak semua orang Melayu yang tidak menghargai masa. Melayu moden dan maju sudah ramai yang sudah bergerak lebih pantas dari masa.

Jangan jadi orang yang gagal. Ubahlah diri kita kerana hanya kita yang mampu mengubahnya mulakan dengan hargai masa kita dan hargai masa orang lain.

10 blogger terbaik Malaysia pun mesti orang yang jenis menghargai masa. Betul tak?

Sebelum ini banyak saya melakukan pembelian atas talian baik dari dalam Malaysia dan juga luar
Bila aku melihat remaja sekeliling aku hari ini aku rasa aku semakin tua. Semakin dunia
Bulan puasa ramai yang cakap tiada masa untuk bersenam. Lagipun mereka katakan badan lemau dan
(Visited 73 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

14 thoughts on “Hargai Masa Orang Lain”

  1. Part ni mmg paling panas la… bila org dok sebut janji Melayu ni, bajet Melayu je la kan jenis mcm tu. Tp bila belajar kat universiti, rupanya ni masalah global. Haha. Cina ke, India ke, semua sama. Afrika dan Arab apatah lagi. Kalah janji Melayu. Haha. Paling penting bab ni ialah disiplin. Kena amik masa untuk bentuk. Tapi kalo dari sekolah pun dah bentuk, masuk zaman kerja tak setel2 lg, mmg org tu ada masalah
    Faris Al-Muhandisu recently posted..Hidup ‘Simple’My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.