Piala FA 2013 : Johor Darul Takzim Lawan Perak

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Sebentar tadi berkesempatan untuk menonton perlawanan bola sepak Piala FA antara Johor Darul Takzim lawan Perak yang berlangsung di Stadium Larkin, Johor.

Tahniah buat pasukan Johor Darul Takzim kerana telah berjaya mengalahkan Perak dengan 1-0. Gol dihasilkan melalui tandukan oleh Aidil Zafuan hasil dari sepakan penjuru. Gol tunggal perlawanan yang membawa Johor Darul Takzim ke pusingan seterusnya bertemu dengan Kedah yang telah berjaya menewaskan NS Betaria FC.

Banyak peluang menarik yang gagal di manafaatkan oleh pemain kedua-dua pasukan terutamanya Johor Darul Takzim yang kelihatan lebih menguasai permainan. Nurul Azwan Roya memainkan peranan penting dalam mengkucar-kacirkan kubu pertahanan Perak. Nor Shahrul Idlan Talha juga mempunyai beberapa peluang menarik.

 Video Perlawanan antara Johor Darul Takzim lawan Perak

Apapun, tahniah buat pasukan Johor Darul Takzim. Semoga Manchester City Malaysia ini akan membuktikan mereka adalah yang terkuat.

Walaupun, saya penyokong The Red Warriors, corak permainan dan persembahan Pahang adalah yang paling menarik perhatian saya setakat ini. Nyata kehadiran pasukan Pahang pada musim ini akan membuatkan gergasi-gergasi Liga M goyang.

Assalamualaikum dan Salam Ispirasi buat semua saudaraku... Dua minggu lepas saya ada menyaksikan National Junior
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Aziem (blue) in action...   Loqman (blue) in
Penyerang berprofil tinggi Zlatan Ibramovic berjaya mencuri tumpuan apabila jaringkan gol kemenangan Manchester United. Manchester
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Malam ini pasukan Harimau Malaya akan turun menentang
(Visited 26 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.