Kawasan Larangan Merokok : Tolong Tambah Ilmu Sivik Sikit….

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua…

Pertamanya, saya ingin meminta maaf jika entri ini, Kawasan Larangan Merokok : Tolong Tambah Ilmu Sivik Sikit…. menimbulkan kemarahan pembaca blog Daddydee.net semua. Entri ini agak lari dari kebiasaannya, kerana ini mungkin entri lepas geram dari saya. Maafkan saya.

Kawasan Larangan Merokok - Pasti ada tanda sebegini
Kawasan Larangan Merokok – Pasti ada tanda sebegini

Saya bukan jenis manusia yang anti dengan perokok. Tapi bagi perokok-perokok hensem dan cantik sekalian, silalah tahu dimanakah kawasan larangan merokok, tidak kira menggunakan rokok biasa atau rokok elektronik. Menghisap apa jua rokok adalah tetap di kategorikan sebagai merokok. Tolong jangan merokok di kawasan larangan merokok.

Kalau belum tahu biar saya bagitahu, semua kawasan awam biasanya diwartakan sebagai kawasan larangan merokok seperti sekolah, hospital, kompleks dan lain-lain lagi. Semua tempat tu saya tak kisah lagi kalau nak hisap juga terpulanglah pada diri masing-masing. Berani buat berani tanggung.

Kawasan larangan merokok - Berani ke merokok begini?
Kawasan larangan merokok – Berani ke merokok begini?

Tapi paling saya tak tahan adalah manusia yang jenis merokok dalam lif. Lif adalah sejenis mesin angkat sahaja, yang bersaiz kecil biasanya 6 kaki x 6 kaki dan ada yang lagi kecil ada yang lagi besar. Saiznya bukan sebesar banglo besar-besar di Puncak Setiawangsa tu. Ianya sangat kecil dan sekadar untuk mengangkat manusia dan barangan dari tingkat ke tingkat.

Merana sangat ke? Boleh mati ke? Kalau tak hisap rokok selama beberapa minit sementara dari tingkat bawah nak ke tingkat yang nak di tuju. Kalau tak tahan sangat nak merokok, jangan naik lif dulu, habiskan rokok dahulu. Ataupun pilihan terbaik merokok sambil daki tangga. Tak kira lah rokok apa yang di hisap, rokok elektronik mahupun biasa, dalam lif janganlah merokok.

Tolong sedar dalam lif adalah ruang sekecil itu ada orang tua, anak kecil dan juga insan-insan lain. Mungkin juga ada yang alergi dengan rokok dalam lif tu, mungkin juga ada yang tidak sihat. Hormatilah orang lain jika mahu dihormati. Tolong ada sifat kemanusiaan dan kemasyarakatan walaupun dirimu hanyalah katak bawah tempurung. Tolonglah.

Jangan tunjukkan yang diri kalian terlalu biadap, bodoh dan bangang umpama binatang yang tiada berakal dan terlalu mementingkan diri dengan merokok dalam lif. Kalau kalian amat kacak dan cantik, jangan lah buat kerenah buruk ini.

Tunjukkan kita ada nilai pekerti yang mulia, berbanggalah dengan pekerti mulia, jangan ditonjol sifat hodoh itu.

Assalamulaikum dan salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Bulan Ramadhan bulan 1000 rahmat, tersembunyi pelbagai kebaikan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Pasti masih ada yang tertanya-tanya jual rokok elektronik
Rokok... Menurut penganalisis, berdasarkan anggaran kenaikan duti cukai itu harga sekotak
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Rokok elektronik memang menjadi satu fenomena sekarang ini.
(Visited 35 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

6 thoughts on “Kawasan Larangan Merokok : Tolong Tambah Ilmu Sivik Sikit….”

  1. bab merokok kat dalam lif ni..memang aku tak suka. minum todi tertumpah pun..aku tak suka. Penat aku tengok makcik cleaner sental lantai lif tu..siap sembur minyak wangi lagi..

    last-last..aku kata..makcik pakai downie aje. bancuh..isi dalam botol penyembur..sembur hari-hari..tak yah pakai minyak wangi dah..
    titan recently posted..Komisen ke 13 dari Jobdirumah.comMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge