Kesan Inflasi Kepada Kita

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Inflasi adalah bermaksud kenaikan tingkat dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan. Faham? Saya pun baru sahaja memahami maksud perkataan inflasi pada tahun lepas. Baru sangat kan? Walaupun perkataan itu telah lama saya dengar tapi saya tidak jelas maksudnya.

Apakah kesan inflasi dalam kehidupan kita? Inflasi adalah suatu fenomena biasa dalam ekonomi tatapi kesannya terhadap individu amat terasa sekali. Jika pada tahun 1997, kita masih boleh membeli nasi lemak pada harga bawah RM 1. Kini pada tahun 2013, harga nasi lemak adalah RM 1.50. Nyata sekali kesan infalsi akan dirasai oleh individu, menjejaskan kewangan seseorang itu.

Inflasi
Inflasi : Bahaya kesannya

Seperti dalam gambar di atas; pada tahun 1998, dengan RM 50 kita boleh membeli satu troli penuh barangan keperluan. Manakala, pada tahun 2005, kita hanya boleh membeli separuh troli barangan keperluan. Dan kini, pada tahun 2012, hanya beberapa barangan keperluan sahaja dapat dibeli dengan RM50. Fikirkan saudaraku?

Inflasi biasanya terjadi apabila keadaan pasaran dimana permintaan lebih tinggi daripada bekalan dan peningkatan kos pengeluaran. Cara terbaik dan mudah untuk mengawal inflasi adalah mengawal perbelanjaan harian kita.

Untuk mengelakkan kita terkesan dek kesan inflasi ini, kita mesti mencari pelaburan yang mempunyai pulangan yang lebih tinggi dari kadar inflasi semasa. Sebagai contoh; sekiranya kadar inflasi semasa adalah 4% setahun dan pelaburan kita memberikan pulangan sebanyak 6% setahun. Ini bermakna keuntungan sebenar kita adalah 2% sahaja. Bukannya 6%, kerana pulangan 6% perlu ditolak dengan kadar inflasi 4% dan bakinya adalah keuntungan sebenar pelaburan kita.

Banyak pelaburan yang sah diluar sana yang menjanjikan pulangan yang berbaloi. Hanya kita yang perlu mencari dan menentukan pilihan kita. Biarlah kita bersusah sekarang, asalkan kita boleh bersenang kemudian. Dari bersenang kini, merana kemudian. Bukan begitu saudaraku?

Melaburlah untuk jangka masa yang panjang, biarkan kuasa kompaun memainkan peranannya ke atas wang pelaburan kita. Biar kuasa kompaun mengembangkan pelaburan kita.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Ramai yang masih meangangap Pelaburan dan Simpanan adalah
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Apabila menyebut unit amanah atau unit trust ramai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Dividen ASB 2012 Pengumuman
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... Perlukan modal besar atau modal kecil yang diperlukan untuk
(Visited 72 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

7 thoughts on “Kesan Inflasi Kepada Kita”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge