Kesan Rokok Elektronik?

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Entri saya sebelum ini, Rokok Elektronik : Pandangan Saya, ramai yang telah mengemukakan pandangan masing-masing, saya cukup seronok membacanya. Pelbagai pendapat yang dikemukakan malah ada juga yang agak emosi. Semua mengulas dan berkongsi pengalaman mereka.

Walaupun saya bukan perokok premier, saya hanyalah perokok sekunder kerana hampir 85% kawan-kawan saya (lelaki) adalah perokok. Dan saya tidak pernah menghalang mereka merokok, itu hak mereka, walaupun saya tahu perokok sekunder lebih banyak mendapat kesannya.

Rokok yang pernah boss saya hisap dulu

Kesan Rokok Elektronik – Kelihatan seperti rokok biasa.

Berbalik kepada rokok elektronik, ada yang menulis dalam ruangan komen entri sebelum ini, menyatakan bahawa kerajaan mengharamkan rokok elektronik (e-cig) ini kerana cukai bukan atas dasar kesihatan sebenarnya. Memang tidak dinafikan bahawa rokok adalah penyumbang pendapatan cukai negara yang paling tinggi.

Tapi pernahkah kita melihat kesan rokok elektronik kepada masyarakat? Terutamanya pengaruh dan kesan rokok elektronik kepada golongan kanak-kanak dan remaja?

Rokok Elektronik

Kesan Rokok Elektronik – rekabentuk rokok elektronik yang popular kini.

Apa pun, bagi saya gejala ini tetap perlu di bendung dan penjualan perlu dikawal terutama dikalangan pelajar sekolah. Kalau dulu pelajar yang merokok boleh dikesan melalui asap atau bau, tetapi apabila rokok e-cig ini tiada bau dan asap memang agak sukar untuk cikgu mengesan kegiatan merokok di kawasan sekolah. Sama juga dengan ibu bapa, sukar bagi mereka untuk mengesan anak mereka merokok dalam rumah dengan menggunakan rokok elektronik ini.

Walaupun bukan perokok, saya pernah merasai nikmat lari lintang pukang dek kerana dikejar guru disiplin kerana merokok. Saya tidak merokok tapi tukang cover line. Jadi berkongsi saham lah, kena kejar sama-sama lari sekali. Sampai sanggup menyorok dalam longkang.

Kemungkinan juga, rokok elektronik yang sepatutnya menjadi alat membantu untuk berhenti merokok bagi perokok tegar, akan tetapi ia juga mungkin menjadi alat bantu bagi pelajar yang baru mula belajar merokok. Seperti yang kita ketahui, rokok elektronik adalah lebih ringan walaupun harganya agak mahal tapi ia bukan penghalang. Tidak mustahil dari keseronokan suka-suka menghisap rokok elektronik bertukar kepada rokok, menghidu gam, ganja dan dadah. Tidak mustahil bukan? Jika keteguhan hati, jiwa dan iman mereka tidak kuat pasti mereka terpengaruh.

Di pejabat juga, penggunaan rokok elektronik bagi saya perlu diharamkan. Walaupun tiada bau dan asap serta dikatakan tidak merbahayakan orang lain, perbuatan menghisap rokok elektronik dalam pejabat tetap perbuatan merokok. Kelihatan agak tidak sopan apabila rokok elektronik dihisap dalam pejabat. Sebab ini yang berlaku di pejabat saya sekarang. Dan ada juga yang menghisapnya sementara menunggu mesyuarat bermula di depan bilik menyuarat.

Diharapkan kesan rokok elektronik kepada masyarakat adalah satu yang sihat iaitu dapat mengurangkan jumlah perokok tegar dan bukannya menjadi alat mula masalah sosial yang lain. Ini adalah pendapat saya semata. Apa pandangan saudara saudari pula tentang hal ini? Jom kita kongsi.

Entri yang telah lama diperap. Rasanya sudah matang untuk dihidang.

34 thoughts on “Kesan Rokok Elektronik?

    1. mohd dzulfikrie fahmie

      Sya slah seorg pengguna rokok elektronik… merujuk apa yg saudara kemukakan…. rokok elekktronik memberi pengaruh utk pelajar sekolah.. tpi bagaimana kpd seseorg yg mcm sya sejak bangku skolah telah mengisap rokok dan hari ney berhenti akibat menggunakan rokok elektronik…

      Reply
  1. suri

    dunia makin moden rokok dpt aura baharu. lepas dah ada original puya rokok elektronik akan dtg akn adapula ciplak punya produk.bila ciplak tu mesti akan ada satu dua kes nnti tersalah guna alat ni sb masuk wad blh..blh…blh..

    …baru masuk blog orang nogori sembilan pun kisah ini juga ahaii…
    suri recently posted..Ikut Kepala Dia SahajaMy Profile

    Reply
  2. JMR

    baru aku up satu iklan rokok ni 2 bln lepas..skang ni jadi isu, siap boleh dikenakan denda kepada pengedar..aiyoo..kena pk blk nih..

    Reply
  3. fiezaradzi

    rokok, elektronik ke tak, pada saya kalau mendatangkan kemudharatan, harap2 dihindarkan. pada saya, mmg perokok ada hak utk merokok, tetapi yg tak merokok pun ada hak utk tidak mnghisap bau rokok dan kesan sewaktu dgnnya..
    jadi kepada semua perokok, boleh merokok kalau nak, cuma hormati hak mereka yg tak merokok esp di tempat awam.. nak2 de mak ngandung dan anak2 kecil..
    fiezaradzi recently posted..Layak ke Blog Ini Tercalon??My Profile

    Reply
  4. E-Liquid Cheras

    Maaf kepada penulis blog, sebagai penjual rokok elektrik, aku xpenah nampak lagi budak2 remaja mampu membeli starter kit rokok ini, malah untuk membeli liquid pun kos nya berkali mahal dari rokok biasa… secara terus terang, adakah dengan langkah mengharamkan rokok elektrik dapat membendung remaja merokok???

    yang mencari rokok elektrik kebiasaannya mereka yang cuba untuk berhenti merokok, pil nikotin etc terus terang cakap memang tidak efektif lanusng berbanding rokok elektrik…
    E-Liquid Cheras recently posted..Ce5, Smoktech UDT , Vcore 2.0 dan rasanyaMy Profile

    Reply
  5. abangsidi

    Salam,

    Saya tak bersetuju kalau ada yg berpendapat e-rokok ni lebih menarik minat budak2 sekolah. Mungkin yg berpendapat sebegitu ialah orang yang tidak pernah merokok samaada rokok tembakau ataupun elektronik.
    Buat makluman, menghisap rokok elektronik ni bukanlah semudah yg disangka dan tidaklah murah. Starter kit saja pun dah beratus ringgit, dan cecair nikotin tu bukanlah senang nak diperolehi mcm rokok batang di kedai mamak yg boleh dibeli dgn harga RM1 sebatang. Itu blum campur nak caj bateri lagi, budak sekolah mana berani nak caj bateri rokok di rumah? Dan blum campur nak kena ganti aksesori mcm coil (Rm15-20), tank (RM30), bateri (RM70) yang kerap kali rosak atau terbakar. jika anda budak sekolah, sya ragu2 jika anda sanggup tahan cabaran2 ni, akhirnya saya rasa, budak2 ni akan kembali ke kedai mamak beli rokok batang seringgit kemudian kongsi ramai2..

    Reply
  6. abangsidi

    ironinya, kerajaan sanggup buat mcm2 nak hentikan gejala menghisap rokok elektronik ni, pelaksanaan akta racun, sekat import dan penjualan, create public awareness, bentangkan kajian2 dari’ pakar’..tapi kerajaan tak pernah buat benda yang sama bila melibatkan rokok tembakau.. saya bukanlah penjual rokok-e ni, sy cuma pengguna. Dan saya cuma akan berhenti guna rokok-e ni bila kadar kematian akibat rokok-e ni nanti lebih tinggi dari dari rokok tembakau. Skor terkini yg sy dapat (rokok tembakau 50,000 mati setahun VS rokok-e 0 setahun)

    Reply
    1. DaddyDee Post author

      kena perjuangkan tu. Tambahan nak ngundi ni, perokok kena bersatu hati biar kerajaan goyang skit. Heheheh

      Reply
  7. ebalngek

    salam 1malaysia =D
    saye just nk share cket.. setiap bnde ade baik ade buruk.. saye pn hisap rokok elektrik ni dn rokok biasa.. actually rokok ni dpt jimatkn duit dn kurgkn hisap rokok tembakau. memang mule2 nk beli mahal. tp xla mahal mne. pling murah bole dpt rm70 je. n liquid pling murah sebotol rm10 je, byngkn rokok sekotak skrg dunhill rm10.20. bole thn sehari ke 3hari je. tp saye hisap rokok elektrik ni sebotol bole thn seminggu ke 2minggu. mksdnye rm10 utk seminggu berbanding rm40 ke rm70 seminggu klau isap rokok tembakau.
    nikotine yg kite hisap xla byk mne n xtrlalu byk racun atau bhn kimia yg lain berbanding rokok tembakau. n mulut pn tak busuk. haha.
    tp kesan yg buruk yg saye dh dengar dr kwn saye plk pakcik dye xisap rokok tembakau. just isap rokok elektrik ni je.. dlm bpe2 bln air liur pakcik dye ni asik meleleh klau xhisap rokok elktrik ni.. n skrg dye asek kne buat rwatan kt hospital.
    2 antre kesan baik n buruk yg sye nk share.
    kesimpulannye, kajian msih belum knl psti kesan yg akn dpt bile isap rokok elektrik ni.
    wt karangan plk aku . haha
    bye

    Reply
    1. ebalngek

      salam.
      saye nk wt penambahan.. utk liquid rokok ni ade mcm2 jenis yg elok dn x. n ade jenis nikotine. ade 18mg ade yg 12mg ,11mg smpai la ke 0mg.. mksdnye. kite bole krng2 kdr nikotine dgn isap rokok elektrik ni. jd nikotine yg kite hisap kite bole kawal sndiri brbnding rokok tmbakau. tp hati2 sbb ade yg tiruan..
      sekian..

      Reply
  8. maizul

    saya penguna e-rokok memang merokok tidak baik untuk kesihatan tetapi dgn e-rokok boleh menghindar dari racun yang berada dalam rokok tembakau,e-rokok hanya ada nokotin sahaja.dan nakotin boleh di sukat samaada ingin banyak atau sedikit.e-rokok tidak merbahaya kepada orang sekelilig.

    Reply
  9. Smoke Hunter

    Assalamualaikum.
    Daddydee.Net,
    Saya tertarik terhadap entri yg dikemukakan. Secara jujurnya, saya salah seorang bekas perokok tegar (Nusantara + Suria) yg lain x layan & kaki shisha yg tegar. Hampir 4 malam layan shisha berturut2x setiap minggu. Bergantung pada keadaan poket. andai kata ada duit jer, memng malam ajak rakan2x layan sekali. Sekadar berkongsi pengalaman. Memang betul, hampir semua orang tidak suka pada keadaan berasap, lebih2x lagi pada asap rokok. Menyebabkan pelbagai kesukaran. Seperti sebelum ini, terdapat keluaran Smoker Heaven. E-Cig yg menggunakan karto yg kecik dan harganya agak tinggi. Tetapi saya tetap mahu mencuba, pada mulanya agak pelik. Lama kelamaan, beransur baik. X sampai 2 minggu. mula menunjukkan kesan sampingan pada diri saya, kepala kerap pening. Maka, saya berhenti ambil Smoker Heaven. Kembali pada asal. Nusantara Hijau + Suria + Shisha. Terus hilang simptom pening kepala tersebut. Kini terdapat keluaran terbaru. E-Cig or Personal Vapor. Walaupun ianya sudah lama di pasaran. Sejak tahun 2010 lagi. Saya pada asalnya ragu2x untuk mencuba, risaukan kesan yg silam. Tetapi niat di hati mahu berhenti merokok & shisha, saya tetap mencuba. Ego-T kit permulaan yg saya cuba dahulu. Saya cuba hampir sebulan. Alhamdulillah, tiada kesan sampingan yg berlaku. Hari terakhir saya merokok dan juga shisha adalah pada 20/12/2012. Saya mula vape sejak itu, dengan Ego-T + Vivi Nova Tank, bersama Flavor Hanseng yg mempunyai kadar nikotin 12mg. Memang agak perit bagi sesetengah orang yg hisap. Dalam seminggu, kandungan nikotin semakin berkurang, dari 12mg ke 0mg (e-juice). Keinginan untuk merokok berkurang kerana kandungan nikotin memadai. Akan tetapi keinginan untuk shisha pula yg meluap2x kerana sedutan bagi Kit ini amat terhad. Jauh berbeza ngan shisha. Maka, ambil keputusan untuk upgrade kepada advance kit. DS Mod + Aga-T + Flavor DIY 0mg. Ternyata jauh beza ngan starter kit. Maka hingga kini, berjaya berhenti rokok & shisha. In Shaa Allah, bulan 4 ini, saya mahu jalankan pemeriksaan kesihatan, scan bagai semua. untuk melihat perubahan.

    Dan sekadar berkongsi tips untuk e-cig. Ramai risaukan kesan sampingan akan datang. Boleh cuba cara saya lakukan sekarang.
    – Kerap minum air kosong (elak tekak kering)
    – Vape mengikut keadaan, suasana yg panas tidak digalakkan (mengekalkan keselesaan pernafasan)
    – Komposisi flavor memainkan peranan. Nikotin, Gula, PV & VG. ( elak campuran nkotin yg berlebihan)
    – Amalkan permakanan yg sihat.
    – Bersenam & Bersukan

    Walau apa pun, ini sekadar berkongsi pengalaman, lain orang, lain ragamnya. Rokok E-Cig or PV adalah batu loncatan untuk berhenti tabit merokok dan shisha. Dan ada juga, Orang yg tidak merokok mempunyai penyakit yang lebih teruk dari yg merokok. Dan memilih kemudharatan adalah keburukan. Jangan sesekali kita yg tidak merokok ini mengeji orang yg merokok. Walaupun kita dan dia tahu merokok itu bahaya. Sekian sahaja berkongsi pengalaman dan pendapat. Agar ianya dapat berikan manfaat pada yang lain.
    “Segala yang baik, datangnya dari Allah, dan segala yang buruk itu juga datangnya dari Allah, tetapi bersandarkan pada kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini”

    – Vape On!-

    Reply
    1. rokokcheras

      saya setuju dengan tulisan tuan… dan syabas tuan terus kekalkan dengan 0mg nikotin… ramai pelanggan sy yg sy kenal dh ramai beli yg 0mg nikotin.. ok je tengok mereka. saya pun ada cuba2 hisap yang 0mg nikotin, still x rasa nak hisap rokok jugak, bleh je hisap walaupun 0mg nikotin….

      Reply
    2. DaddyDee Post author

      Terima kasih tuan atas perkongsian yang penuh informasi berdasarkan pengalaman tuan. terima kasih banyak banyak

      Reply
  10. SuaraSekitar

    Assalamualaikum,
    mmg betul lah apa yg penulis ckp, dr segi sosial mmg perkara sebegitu berlaku. cuma sy t’tarik psl kesan rokok e ni yg mampu mghilangkan tabiat merokok atau pendorong utama bg golongan bwh umur t’jebak dgn rokok. Bagi sy, golongan bwh umur juga berisiko besar untuk memiliki rokok e, faktor kewangan? hal itu x jd mslh, dorg bkn xde mak bapak yg boleh dorg curi duit mereka.. alah, kalau da merokok pun boleh bwt sewenangnya, inikan lg mencuri.. apalah sangat.. jd rokok e ini haruslah diharamkan, jika x bawa keburukan dr segi kesihatan pun, dr segi sosial shj sudah cukup kita menggeleng kepala, dah la menunjukkan adab sopan yg buruk dgn merokok, tmbh pula dgn mencuri jika bg yg xde duit.. sgala apa yg sy tulis ni ikut pndgn sy, klau ada yg silap bgtahulah.. terima kasih..

    Reply
    1. DaddyDee Post author

      Terima kasih atas pandangan tuan. Saya nampak ada besnas hujah tuan. Memang duit bukan satu isu besar bagi saya pun, budak sekarang sanggup buat apa saja untuk duit dan kepuasan.

      Reply
      1. SuaraSekitar

        maaflah, saya baru 17.. saya ckp ni pun berdasarkan apa yang berlaku kt sekeliling saya.. jd saya rasa tiada yang salah pun dgn apa yg sy bgtau ni..

        Reply
  11. Ahmad Fauzi Bin Ibrahim @ Iberahim

    saya merupakan salah seorang penguna rokok elektronik dan pada pandangan saya pula, pengunaan rokok elektronik ini dapat mengurangkan perbelanjaan tabiat merokok tegar saya. satu hari saya mampu menghabiskan rm 20.40 memandangkan harga rokok tembakau berjenama berharga agak tinggi. dengan rokok elektronik saya hanya menggunakan rm 25.00 sebulan untuk perbelanjan rokok saya. peringkat permulaan perbelanjaan agak tinggi tetapi dalam jangka masa panjang ia agak menjimatkan. ianya juga dapat mengurangkan kekerapan saya menghisap rokok. ini adalah pengalaman saya sendiri dan tidak semestinya pendapat saya sama dengan pendapat anda semua…

    Reply
  12. smart

    right on..aku adalah perokok tegar selama 30 tahun..dr benson 7 btg ke marlboro..peter styvessant..dunhill dan yg plg lama menghuni paru2 aku ialah dunhill light..konon ringan la skit..kesiankan jantung kahkahkakh..skang ni dah lebih 50 hari aku x sentuh langsung rokok sbb pd 18feb aku terbeli rokok elektronik vamo vv..secara jujur sbg penghisap..antara rokok tembakau atau rokok elektronik tetap ada kesannya TAPI kalau nak pikir kesan gerenti takde yg nk menghisap kedua2 rokok ni..cam aku la..cuma bg aku skang dpt la mengalihkan duit beli rokok dunhill light ke benda2 lain..yg plg penting family aku dah boleh senyum sbb bau tarak..asap tarak..habuk tarak..walaupun gitu aku sendri x tau sampai bila..sbb utamanya..benda ni pakai liquid..skang msh senang dpt..manalah tau sok sok payah plak..apa nak hisap..ni masalah nya..whatever la ek..que sera sera..enjoy life, fulfill yur wish and STAY HEALTHY

    Reply
  13. zac

    Assalamualaikum

    ok ok.. sini nk share pengalaman ak pasal e-cig nih. dulunya aku ni perokok tegar selama 14 tahun.. sehari mesti nk 2 kotak punya.. akibatnye 20 ringgit sehari utk rokok saje. satu hari tu mmbe rekomen aku utk e-cig nih. aku x caye malah aku pelekehkan dia. aku kate semua tu tipu.. x mungkin bole brenti semua tu auta jer.. tah camne aku try skali.. batuk belahak aku dibuatnye.. keras. mcm first time isap shisha. smplah aku setuju utk beli sebijik e-cigarete nih. harga nya dalam 3 ratus lebih, siap bole adjust power ohm dier. pastu mmbe aku bagi aku e liquid dengan kndungan 12mg nikotin.. kat situ la aku mula isap e-cig. nk tau ape aku rase? bila aku sedut dua tiga pam, aku terus lupa kt rokok dunhill aku.. ilan terus ketagih aku nk merokok. memang xde rase nk merokok dah.. mula2 tu aku isap e-cig ni mcm mkn nasik jgak.. pus pus pus dopompat jam.. lepas 3-4 hari aku turunkan kadar nikotin dlm cecair tu sikit2.. smpla sekarang aku guna cecair dgn kndungan 6mg nic jer.. aku akan turunkan smplah 0mg nic.. pastu brenti.. insyaallah.

    nak tau ape jadi? dah 3 bulan aku amik mende ni dan dah 3 bulan jugak aku x sentuh rokok dunhill aku.. rokok dunhill yg aku beli 3 bulan lepas msih ada 19 batang.. ak cuma smpat isap sbtang. da msuk angin da. msih aku simpan rokok tu buat kenangan dihari tua aku nnti. haha. alhamdulillah..

    tapi, e-cig ni pun ada jugak kesan sampingan nya.. sepanjang aku amal bnda ni, ia buat tekak cepat kering.. bergantung jugak pada jenis liquid yg kita ambil.. jadi sila berhati-hati dalam memilih cecair nikotin tu ye.. cecair tu mungkin ada yg tiruan dan mungkin juga ada campuran yg x elok. pilih betul2..

    so penjimatan yg aku dapat, dalam sebulan aku guna dalam 3-4 botol e-liquid 10ml. harga sebotol e-liquid dalam rm15-rm18. jadi 4 botol sebulan bersamaan dgn rm72.. berbanding rm600 sebulan masa aku hisap rokok danhil dulu.. so aku jimat RM528 utk rokok sebulan. (tak campur lagi dengan 20sen yg baru naik tuh)

    dan lagi kebaikan yg aku dpt rasa sekarang ni, aku tak lagi semput atau cepat mengah. kalo dulu aku lari 10 langkah aku da sempot sbb bnyk sgt merokok.. sekarang dada aku da rasa ringan. dalam bilik dan dalam kereta akupun da xde bau asap rokok lagi..

    keburukannya, buat masa ni aku x rase ape2 keburukan lagi.. malah duit aku da jimat bnyk… BNYK SGT..

    sebenarnya aku bukan nk galakkan sesiapa utk merokok atau ‘merokokletrik’ nih.. seeloknya jgn merokok terus. tp aku paham bg perokok yg mmg susah nk brenti mcm aku.. bila ada alternatif mcm ni, apa salahnya cuba.

    Aku akan berhenti juga satu hari nanti bila aku da smp tahap 0mg nikotin.. heheh.. insyaAllah. Tepuk dada tanya selera bro.. yakin boleh!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge