Liga Super : Kelantan vs Johor Darul Takzim

Assalammualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Baru saja selesai menonton perlawanan dua gergasi iaitu Kelantan vs Johor Darul Takzim yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baru, Kelantan.

The Red Warriors
The Red Warriors

 

Johor Darul Takzim
Johor Darul Takzim

Keputusan Penuh Perlawanan

Kelantan 1 – 1 Johor

Norfarhan Muhammad 38′

Daniel Guiza 53′

Walaupun sikit kecewa kerana Kelantan gagal memenangi perlawanan ini. Tapi tahniah tetap saya ucapkan kepada semua pemain Kelantan. Perlawanan malam ini memang menarik bagi saya. Kedua-dua pasukan saling menyerang dengan bersungguh-sungguh.

Paling menarik adalah melihat dua gol paling cantik yang dijaringkan setakat ini dalam Liga Super 2013. Gol jaringan Norfarhan Muhammad amat menarik bagi saya dengan rembatan deras dari luar kotak penalti. Gol Daniel Guiza juga tidak kurang hebatnya dengan sepakan percuma kencang dari Daniel Guiza nyata gagal ditangkis oleh Apek.

Tahniah kepada Obinna yang kental bertahan pada malam ini. Dan tahniah juga buat gandingan mantap Inderaputera, Piya, Shakir Shaari dan Norfarhan. Apapun, prestasi Kieta Manjou tetap mengecewakan bagi saya.

Apapun, perlawanan Kelantan vs Johor Darul Takzim ini adalah amat menarik bagi saya. Dan pastinya yang paling menarik adalah perlawanan antara Pahang vs Johor Darul Takzim sebelum ini, dengan Pahang melakukan comeback di separuh masa kedua.

Liga Super 2013 masih baru lagi, sukar untuk meramal pemenangnya, pasukan mana pilihan saudara-saudari?

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... JDT dikhabarkan sudah mengambil Pablo Aimar. Team lain
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Alhamdulillah misi untuk mencari putu bambu telah berjaya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua... ATM Juara ATM telah muncul
(Visited 24 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

9 thoughts on “Liga Super : Kelantan vs Johor Darul Takzim”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge