Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Menghormati ibu bapa adalah suatu kemestian bagi manusia terutamanya bagi umat Islam. Menghormati ibu bapa yang telah berkorban nyawa dan harta demi mebesarkan kita. Dari umur 1 hari dalam kandungan sehingga kita besar, lebih besar lagi apabila ibu yang sanggup menahan sakit yang paling sakit dalam dunia ini iaitu sakit bersalin. Betapa besarnya pengorbanan ibu bapa.
Setelah kita besar, dan berkahwin bukan bermakna kita sudah lepas dari tanggungjawab sebagai seorang anak. Malah, tanggungjawab kita semakin bertambah, bukan sekadar tanggungjawab pada pasangan suami/isteri tetapi juga tanggungjawab kepada ibu bapa mertua kita. Ibu bapa mertua adalah sama dengan ibu bapa kita. Jadi kita tetap perlu menghormati mereka.
Menghormati ibu bapa adalah tidak kira siapa mereka, walau apapun sejarah mereka dan taraf mereka. Mereka tetap mulia. Dan kita sebagai anak perlu menghormati dan memuliakan mereka walaupun mereka adalah pelacur sekali pun. Tidak menghormati mereka bermakna kita adalah anak derhaka.
Seperti Hadith di bawah ada menyebut :
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)
Lihatlah betapa besar nya martabat ibu bapa yang telah banyak jasanya membesarkan kita dari kecil hingga dewasa. Pengorbanan yang tiada mampu kita terbalas walaupun dengan apa pun yang kita lakukan apatah lagi dengan wang ringgit.
Bersamalah kita menghormati ibu bapa kita, bersama kita mendoakan kesejahteraan mereka. Selagi ibu bapa kita masih bernafas, hormati dan berbaktilah mereka. Jangan menyesal apabila sudah terbujur kaku jasadnya. Kerana ketika itu tiada lagi yang dapat kita lakukan kecuali berdoa.
Setiap yang pergi tidak akan kembali, rebut kesempatan yang ada untuk kita berjasa kepada ibu bapa kita. Jangan tunggu di saat akhir, kerana kita tidak tahu bila nyawa yang dipinjamkan kepada kita dan mereka akan di tarik kembali.
Sekian.
mereka sentiasa di hati, kerana merekalah permulaan hidup kita, al-fatihah buat arwah bonda
KY recently posted..Apabila Kerajinan Melanda, Inilah Jadinya
Betul tu KY. tanpa mereka tiadalah kita.
Al Fatihah buat bonda KY juga.
Doa buat mereka selepas setiap kali solat tu jangan dilupakan. Jasa mereka sememangnya tak terbalas oleh kita.
Faris Al-Muhandisu recently posted..Hidup ‘Simple’
Itu yang terbaik Tuan.
Semoga kita akan menjadi anak yang soleh dan ibu bapa yang baik. AMin
Berbuat baik dan hargai mereka sementara mereka masih ada…
anif recently posted..Cuti Lagi? Alhamdulillah..
yup berjasa la selagi mereka masih ada di dunia
WRizuan recently posted..Permulaan yang baik bagi domain.my
Itu yang sebaiknya setiap anak lakukan.
Semoga kita akan menjadi anak yang soleh.
btul2..restu ibu bapa pnting tuk anak2 troskn idup dgn pnuh kbrktn
Katak Comel recently posted..LIVE STREAMING MALAYSIA VS IRAQ 1 FEBRUARI 2013
Kalau hilang mereka ni memang tak akan ada pengganti yang serupa 100%, jadi doakan kebaikan untuk mereka setiap kali solat. Jadilah anak yang baik.
nazray recently posted..Evasi0n | Perisian untuk untethered jailbreak iOS 6.0 dan 6.1
tak kormat ibubapa tak berkatlah hidup…
hairulafiz recently posted..Kelebihan pokok Kantan