Preview : Canon PowerShot N

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua…

Kalau sebelum ini, saya ada menulis tentang speksifikasi Samsung Galaxy Camera yang bakal memudahkan para blogger dan pengguna sosial lain untuk upload terus gambar ke interner kerana kemudahannya yang menyokong pelan data. Kini satu lagi kamera compact yang menarik minat saya iaitu Canon PowerShot N, walaupun tiada sokongan pelan data kamera ini mempunyai sambungan WIFI. Jadi setiap foto tetap boleh diambil boleh di upload terus ke internet ataupun smartphone anda. Hebat bukan?

Canon PowerShot N
Canon PowerShot N

Saiz Canon PowerShot N iaitu 79 x 60 x 29 mm, pastinya memudahkan ianya dibawa kemana saja. Dan dijadikan teman mesra dimana saja anda berada. Skrin LCD yang boleh di condongkan (tilt), akan membantu kita menyerlahkan lagi kreativiti semasa menangkap gambar di sudut-sudut yang sukar. Pasti ianya suatu yang menyeronokan.

Canon PowerShot N
Canon PowerShot N

Speksifikasi Canon PowerShot N adalah seperti berikut:

  • Max Resolution : 4000 x 2248
  • Effective Pixels : 12.1 mega pixel
  • Sensor Typer : CMOS
  • Processor : DIGIC 5
  • ISO : Auto, 80-6400
  • File Format : JPEG 2.5
  • Focal Length : 28 – 224 mm
  • Optical Zoom : 8x
  • LCD : Tilting
  • Screen Size : 2.8 in
  • Max Aperture : F3.0-F5.9
  • Max Shutter Speed : 1/2000 sec
  • Built In Flash : Yes (LED)
  • USB : 2.0
  • Wireless : Built In

Canon PowerShot N memang menarik bagi saya kerana kemampuannya untuk mengambil gambar dari sudut sukar. Lagi pula, dengan saiz nya yang kecil memang banyak membantu. Walaupun ramai mengatakan DSLR mampu menyerlahkan kreativiti kita pada tahap optimum, tapi tidak selalu kita berjalan dengan membawa DSLR. Jadi kamera compact seperti Canon PowerShot N sudah pasti menjadi pilihan hati.

Saya bukanlah photographer tapi sekadar minat mengambil gambar, terutama potret keluarga. Saya belum lagi handal seperti blogger ini, blogger ini dan blogger ini. Saya masih belajar. Sekadar sedikit perkongsian dari saya.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Canon telah mengumumkan dua lagi baby DSLR nya
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Majlis Perkahwinan Khairul dan Nita di Tanjung Api,
(Visited 22 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

12 thoughts on “Preview : Canon PowerShot N”

    1. Saya tak tahu pandangan orang lain. Bagi saya dua-dua ada kelebihan masing-masing.

      Samsung Galaxy Camera- disokong oleh android dan pelan data. Jadi sangat mudah untuk di upload terus ke internet. Bila ada android pasti banyak software yang disokokng. Untuk blogger pasti banyak membantu. Ada built in GPS dan image stabilizer.

      Canon POwerShot N – ada built in wifi, boleh sambung ke internet jika ada wifi. Reka bentuk nya lagi kecil dari Samsung galaxy camera, lagi senang di bawa dan sesuai untuk candid. Flip skrin nya pasti membantu untuk ambil gambar yang menarik dari sudut yang sukar.

      Itu pandangan saya setakat ini. Insyallah akan saya buatkan satu entri pasal ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge