Preview Movie : Rurouni Keshin Live Action

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Peminat manga atau anime pasti tahu Rurouni Keshin atau Samurai X yang popular sekitar tahun 2000, dan kini Rurouni Keshin Live Action telah diterbitkan. Saya tak pasti movie Rurouni Keshin ini disiarkan atau tidak di pawagam di Malaysia. Tapi vesri DVD sudah boleh di dapati di kedai-kedai yang terpilih.

Rurouni Keshin Live Action Thriller

Sinopsis Rurouni Keshin Live action

Rurouni Kenshin (Live action)
Rurouni Kenshin Live action – Barisan Pelakon

HItokiri Battosai telah mengambil bahagian dalam Pertempuran Toba-Fushimi. Beliau telah membawa diri dari medan perang apabila Imperialis meraikan kemenenagan. Selepas sedekad, beliau kembali ke Tokyo dengan menggelarkan dirinya sebagai Himura Kenshin.

Di Tokyo, Himura Kenshin telah bertemu dengan Kamiya Kaoru, pemilik sekolah Kendo yang diwarisi dari bapanya dan mempunyai seorang pelajar sahaja iaitu Myojin Yahijo. Tekad untuk tidak membunuh orang lain lagi, Kenshin telah menciptakan satu pedang yang mempunyai bilah terbalik. Pada masa yang sama, muncul seorang samurai yang mengaku dirinya, Hitokiri Battosai.

Kenshin mula menyertai Kendo berkenaan selepas menyelamatkan Kendo berkenaan dari serangan samseng yang ingin menhapuskan Kendo berkenaan atas arahan Kanryu Takeda.Turut tinggal bersama mereka adalah Takani Megumi yang telah melarikan diri selepas dipaksa membuat candu oleh Takeda.

Rurouni Keshin Live Action - Kenshin dan Sonusuke
Rurouni Keshin Live Action – Kenshin dan Sonusuke

Takeda cuba memujuk Kenshin agar menyertainya apabila mengetahu Kenshin adalah Hitokiri Battosai, tetapi Kenshin telah menolaknya. Sagara Sanosuke menawarkan diri untuk menggantikan Kenshin tetapi diarahkan Takeda untuk mengalahkan Kenshin terlebih dahulu. Selepas gagal menumbangkan Kenshin, Sanosuke telah berkawan dan menyertai Kenshin. Bengang dengan apa yang terjadi Takeda telah meracun penduduk setempat, berjayakah Kenshin dan kawan-kawannya menyelamatkan mereka?

Takeda juga telah mendapatkan bantuan Hitokiri Battosai palsu dan membeli senapang Gatling, dalam menjayakan rancangan jahatnya untuk menghapuskan Kenshin. Takeda telah bertindak menculik Megumi sebagai umpan. Berjayakah mereka mengalahkan Takeda dan Hitokiri Battosai palsu? Berjayakah mereka menyelamatkan Megumi dan Kaoru?

Pandangan / Komen

Movie ini boleh dikatakan movie adaptasi anime yang paling berjaya yang pernah saya lihat. Jalan cerita dan plot memang menarik hampir menyamai anime, selain itu backdrop yang digunakan membawa kita ke alam pemerintahan Meiji. Sebagai salah sorang peminat anime Rurouni Kenshin, movie ini memang best bagi saya. Gerak langkah permainan pedang samurai yang ditonjolkan juga menarik.

Pengajaran dari Movie Rorouni Kenshin Live action

  1. Kita yang menentukan jalan yang kita pilih. Hanya kita dapat mengubah diri kita.
  2. Kekerasan bukan penyelesaian segala masalah.
  3. Jangan letakkan tanda harga pada diri kita. Kerana maruah kita amat tinggi nilainya.
  4. Persahabatan dan perpaduan adalah ubat segala kebencian.
  5. Jangan membiarkan diri kita di tindas sewenang-wenangnya.

 

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Perkenalan dalam tempoh yang lama, berkawan dalam masa
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku..... Siapa yang bodoh dan siapa yang tidak bodoh?
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya mahu jadi jutawan, ya saya menyimpan cita-cita
(Visited 74 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

18 thoughts on “Preview Movie : Rurouni Keshin Live Action”

    1. Pelakon utama dia adalah pelakon Kamen Rider Den-O….

      Ya hampir sama dan yang penting jalan cerita dia pun hampir sama tak seperti Dragonball:Evolution.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.