Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…
Thriller Upside Down
Sinopsis Upside Down
Movie ini mengisahkan tentang percintaan Adam Kirk (Jim Sturgress) dan Eden (Kristen Dunst) yang datang dari dua bandar yang berbeza gravitinya iaitu Upworld dan Downworld. Manusia dari Upworld (kaya) dan Downworld (miskin) adalah dilarang sama sekali berhubung dan ianya menjadi satu kesalahan.
Adam dan Eden telah bertemu secara tidak sengaja di sebuah bukit apabila Adam cuba mencari rahsia tentang ‘flying pancakes’. Setelah beberapa tahun berkawan, mereka bertemu dan Eden telah datang ke Downworld, mereka telah dikesan dan diburu. Semasa Adam cuba menghantar Eden ke Upworld menggunakan tali, Adam telah ditembak dan menyebabkan Eden terjatuh. Adam menyangkakan Eden telah meninggal dunia.
Selepas 10 tahun, Adam baru mengetahui Eden masih hidup selepas menontonnya di television. Adam nekad untuk bertemu kembali dengan Eden telah menyertai syarikat ‘Transworld’. Berjayakah Adam mendapatkan kembali cintanya dan berjayakah dia memulihkan ingatan Eden?
Komen Dan Pengajaran
Bagi saya movie ini agak menarik walaupun tunggang langgang sebab dunia dua graviti. Memula menonton agak pening melihat movie Upside Down ni. Imiginasi pengarahnya memang agak unik menyebabkan saya menghabiskan juga movie ni. Dan ada juga pengajaran yang ingin ditonjolkan iaitu:
- Jangan pernah putus asa, setiap usaha kita pasti akan membuahkan kejayaan.
- Perjuangkan matlamat kita pasti kita akan menggenggamnya.
- Tiada perbezaan antara manusia. Yang membezakan adalah usaha kita.
Setahu saya movie ini masih lagi disiarkan di pawagam di Malaysia. Bagi yang ingin menonton di pawagam boleh la ke panggung wayang yang berdekatan dan bagi yang malas boleh menonton di youtube.
dah lama x layan movie…kalau layan pun langgan di VOD Unifi cerita kartun untuk anak-anak hehehe
WRizuan recently posted..Astro Liga Malaysia 2013 Bermula
Saya pun banyak layan di rumah saja tuan. Nak masuk wayang anak kecil memang tak kan lah jawabnya.
wah…kreatif juga pengarah filem ni
boni kacak recently posted..Bila Aku Menggila Atas Pentas
Memang kreatif dan memeningkan
Mau pening kepala kalau tonton cerita ni..
anif recently posted..Astro Liga Super Malaysia 2013 – Pahang vs Johor Darul Takzim FC – Live Online
Memang memeningkan pada mulanya..
kena tengok cerita ni. mesti best.
Klik je link youtube tu. Ada full movie kat youtube. heheheh
kat youtube tu ada full movie ke tuan?
sohoque recently posted..Terharu Dengan Anak
Ada link dia yang saya bagi tu. Sebab movie ni dah ditayang kat US pada Mac.
Cerita ni memang kreatif, w’pun jalan ceritanya kurang menarik bagi saya. Terteleng2 kepala masa tonton. ha ha
shraqs recently posted..Official Jellybean 4.1.1 Firmware Galaxy Tab 2 10.1 – GT-P5100
dah semakin kreatif diorang buat movie ni..
hairulafiz recently posted..Wordless Wednesday # 11 : Besarnya buah nangka tu!