Rokok Elektronik : Pandangan Saya

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Rokok e-cigerette kini dilihat menjadi satu fenomena dan trend. Kalau dilihat ramai yang mula terjebak dengan rokok elektronik yang dikatakan tidak merbahayakan kesihatan. Sana sini saya pergi kelihatan ramai yang mula lepak dengan menayangkan rokok e-cigerette.

E-cigeratte
E-cigeratte

Saya dapat tahu pasal rokok e-cigeratte ni sejak 3 tahun lalu, apabila diperkenalkan oleh kawan. Namun harganya hampir RM300 lebih tapi kini rokok e-cigeratte boleh didapati dengan harga RM100 lebih sahaja. Kalau dulu, hanya buatan Eropah atau Amerika sahaja dipasaran kini sudah ada buatan China.

Ramai yang menyatakan rokok elektronik salah satu penyelesaian untuk berhenti merokok. Ia juga dinyatakan juga tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya hanya wap air berbanding rokok biasa yang asap.

Pada pandangan saya ianya bukan penyelesaian untuk berhenti merokok. Bagi saya untuk berhenti merokok adalah terpulang kepada diri sendiri. Jika mahu berhenti merokok tak perlu pengganti, rokok elektronik atau rokok tradisional, ianya tetap rokok.

Laporan tentang rokok elektronik atau e-cigerette.

Setahu saya juga rokok e-cigerette juga tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Seperti yang dilaporkan di dalam Utusan Malaysia pada hari ini (8 Januari 2013) bertajuk ‘Penjualan Rokok Elektronik Salah’. Dalam laporan itu ada menyebut bahawa ‘menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik adalah satu kesalahan di bawah Akta racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana didalam cecair e-cigerette terdapat kehaidran nikotin dalam amuan tertentu’. Dalam laporan itu juga ada menyebut bahwa ‘nikotin adalah bahan yang dikawal dibawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan dalam procuk tembakau. Penjualan produk ini hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi yang berlesen sahaja’.

Walaupun saya bukan pengguna e-cigerette dan bukan perokok, nasihat saya bagi semua adalah usah menggunakan produk yang belum terbukti kesahihan dan keberkesananya. Dan setahu saya setiap produk berasaskan kimia pasti ada kesan sampingan yhang tidak kita ketahui dalam jangka panjang. Jika mahu berhenti merokok berhentilah merokok kerana kita mahu berhenti.

Jalani hidup sihat pasti kita akan bahagia. Jom jalani hidup sihat dengan panduan dari Kevin Zahri.

 

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku.... Pasti masih ada yang tertanya-tanya jual rokok elektronik
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku... Entri saya sebelum ini, Rokok Elektronik : Pandangan
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Rokok elektronik memang menjadi satu fenomena sekarang ini.
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku... Pengalaman adalah satu pembelajaran yang paling berguna dalam
(Visited 40 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

24 thoughts on “Rokok Elektronik : Pandangan Saya”

  1. skadar brkongsi pndapat tntang rokok elektronik (e-cig).
    ‘e-cig’ berfungsi sbg wap air yg dari cecair (e-liquid) yg mrupakan dari
    bahan: (1) PG(propylene glycol) yg slamat dgunakan dan di iktiraf U.S. Food and Drug Administration, (2) VG(vegetable glycerin) yg mrupakn dr minyak tumbuhan2, selalu dgunakan utk perasa, ingredient utk kek, produk kecantikan dan kulit. (3) Nikotin. wlupun ada nikotin, tp pngguna bleh memlih utk nikotin rendah atau tiada nikotin.
    Brbanding rokok yg mngandungi racun, bahan kimia, nikotin, dll, e-cig hanya mngndungi bahan2 trsebut shj. kalau nk sebut tntang nikotin, buahan2 spt tomato pun ade sdikit nikotin, prlukah farmasi shj yg bleh mngeluarkan?
    Untuk perokok tegar agak ssah utk trus brhenti dn perlukan alternatif, wlaupun segelintir org ckp snang. tepuk dada tanya selera. siapa perokok tegar faham sy ckp.
    ni ada video doktor pakar brkata tentang e-cig.
    http://www.youtube.com/watch?v=x_MAOyU3ybk&feature=player_embedded

    *kalau e-cig ni ada tax, baru legal agaknye. hahaha

    1. Saya setuju dengan pandangan saudara Edy tu. Ada benarnya mungkin sebab isu tax pun salah satu puncanya.

      Namun begitu, ada rumors yang saya dengar tentang kajian sebenar tentang e-cig ni yang tidak didedahkan dimana ianya ada kesan kepada kesihatan. Tapi sebab tidak ada kesahihan saya tidak mahu tulis di sini.

      Dan sebenarnya banyak research yang tidak didedahkan demi menjaga kepentingan sesetengah individu.

  2. tula, sepatutnya dgn rokok2 tembakau banned skali.
    ni yg xde tax lak yg banned. tp ye la, rokok adalah antara sumber pendapatan negara terbesar melalui cukai šŸ™‚

    1. Ya, betul tu. Sebab zaman sekolah dulu pun nak nampak macho punya pasal sanggup tak makan sebab nak beli rokok Dunhill atau Surya pakai batang.

      Isap rokok real baru boleh wat asap bulat. Hehehehehe

  3. kalau dah namanya rokok, memang ada kesan. mungkin kesannya kita akan rasa dalam tempoh yg lama. pucuk pangkal perokok tu sendiri. hakikatnya, seorang perokok susah nak berhenti sebab nikotin dah sebati dalam badan. bila kurang nikotin, badan jadi lemah.
    effortlab recently posted..Tempat Letak Kereta BertingkatMy Profile

  4. Salam..x perlu nk pertikaikan sgt kt org yg pilih nk pakai rokok elektronik ni..sekurang2nya xde la amik benda2 yg jelas merbahaya mcm tar etc. Sy setuju yg isu ni ditimbulkn just sebab XDE CUKAI tu..
    maklum sgt la KERAJAAN kite skrg ni mmg dh takut dgn bayang2 sendiri.. semakin ramai yg pilih e-rokok ni, smkin xbape nk laku la rokok2 yg diorg kutip cukai byk2 tu..
    Dh blh nampak ke dpn, klu betul ramai yg blh berenti rokok dgn amik e-rokok ni sbg alternatif, ilanglah slh satu punca diorg nk kaut duit..fikir2kn lah..
    xperlu nk buat2 x nampak n x paham..
    sy tahu sbb dh ramai family sy yg DPT BERENTI MEROKOK dgn menggunakn ROKOK ELEKTRONIK ni..
    ALHAMDULILLAH..

    1. Saya tidak mempertikaikan pengunaan nya sebenarnya.

      Apapun, tahniah pada keluarga anda yang telah berjaya berhenti merokok.

  5. apebile semakin ramai org isap rokok elektronik… kerajaan makin kurang kutip tax rokok…
    nikotin adelah penyebab org ketagih…senang ceta.. nikotin nih sejenis dadah
    nikotin bukan aje terdapat dlm rokok.. dlm kopi pon ade (sebab tu ade org ketagih kopi)

    untuk menghentikan ketagihan nikotin.. nikotin harus diamek secare berjadual.. (kurangkan kandungan nikotin)
    sebab tu ade nicorette dan niquitin untuk benti merokok…

    beza rokok eletronik ngan rokok bese…
    rokok bese lagi byk kemudaratannyer dari rokok elektronik..
    rokok bese gak akan mengeluarkan asap pasif yg bahaya kepade org disekeliling perokok..
    dan percent utk org yg tidak merokok untuk kene kenser lagi tinggi (sekirenya dok ngan perokok)
    kerna hanya 25% bahan kimia berbahaya disedut oleh perokok.. 75% di bebaskan dlm asap pasif..

    rokok eletronik hanye membebaskan wap air…
    salah satu punca kegagagalan perokok untuk berhenti rokok menggunekan product seperti niquitin dan nicorette adelah disebabkan
    habit perokok… (pegang rokok, hisap dan hembus)

    ape yg aku tau.. kandungan nikotin dlm rokok eletronik ade banyak…
    ade yg 16mg, 10, 8, 2 dan ade yg langsung takde…

    aku dah jumpe beberape org yg isap rokok eletronik…
    dan dorang cakap mmg dorang tak beli rokok langsung..
    jadik berape byk dah gomen akan hilang tax kolo makin ramai isap rokok elektronik…?

    habis yg kena kanser paru2 kenapa tak saman gomen pasal benarkan jual rokok? (walaupun cukai tinggi)

    Sebenarnya kerajaan tu bukan ikhlas sangat nak sekat rokok..mereka lebih kpd nak dpt duit lebih. Kalau betul2 nak sekat, haramkan terus jualan rokok mcm mereka haramkan dadah. Sebab tu bila ada rokok elektronik, ancaman kehilangan hasil cukai sungguh serius berbanding isu2 lain spt rokok seludup. Sebab tu menggelabah semacam aje..

  6. as salam… , ni pulak komen aq , aq seorang perokok tegar , dari dulu lg aq berniat nk benti merokok ni , penah aq berenti , tp selama beberapa hari je , lps tu sangkut balik, bg yg hisap rokok tu tahu la cm ne rasa nya klu x hisap beberapa hari , tp bila aq hisap rokok eletronik ni , aq memang dh x igt dh kat rokok tembakau , itu baru seminggu aq hisap rokok eletronik ni , klu sebulan , bau hasap rokok tembakau pun busuk , ini bukan aq yg kata , tp org yg dh lama hisap rokok eletronik ni , bg yg bg komen pasal rokok dan x de pengalaman merokok , jng sembang pandai la…

      1. aku dah masuk 2 bulan tak bli dan tak isap rokok biasa….rasa ketagih nk isap rokok biasa pun dah tak dak…apa la nak pau kawan2…sebulan pengunaan liquid hanyalah 2 botoi setengah ja…..baru rm30….sebelum ni isap rokok murah sehari rm4 kalau sebulan???

  7. Xdpt tax mcm tula.
    Tax sekotak rokok rm3.80 x 365 hari = rm1387 seorang utk setahun.
    Pengguna e-cig 3 ribu katakan x rm1387 tax setahun = rm4,161,000 setahun krajaan xdtp tax. Itu kalau 3k org e-cig
    . Sebatang rokok 1.2mg nicotin x 20 btg = 24mg nicotin sehari di sedut.
    1 botol liquid 12 mg / 5 hari = 2.4 mg sehari. Mana lagi bahaya belum masuk TAR dan toksid. Itu kalau dunhill kalau gdang garam 1.8 mg sebatang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge