Safety First : Bekerja di Tempat Tinggi

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Semua Saudaraku…

Dalam entri sebelum ini, Wordless Wednesday : Safety First kalau diperhatikan gambar itu betul-betul, terdapat tali harness kelihatan di pakai oleh pekerja terbabit. Kalau di lihat memang agak gayat dan ngeri tapi itu adalah hakikat dalam kerja pembinaan. Hati tetap mahu kering.

Bekerja di tempat tinggi

Bekerja di tempat tinggi

Bagi sesiapa yang bekerja di tempat tinggi atau bekerja dalam industri ingat, ada undang-undang melindungi kalian semua iaitu dalam ‘Occupational Safety and Health Act (OSHA) 1994 : Akta 514′ iaitu :

Majikan

  1. Seksyen 15 (1) – Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya.
  2. Seksyen 15(2)(e) – pengadaan dan penyenggaraan persekitaran bagi pekerja-pekerjanya yang, setakat yang praktik, selamat, tanpa risiko kepada kesihatan, dan memadai berkenaan dengan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja.
  3. Penalti Seksyen 19 – Melakukan suatu kesalahan apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pekerja

  1. Seksyen 24(1)(a) – untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja
  2. Seksyen 24(1)(C) – untuk memakai dan menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatannya
  3. Seksyen 24(1)(D) – untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya atau mana-mana orang lain melalui atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat dibawahnya.
  4. Penalti Seksyen 24(2) – seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM1000 atau dipenjarakan selama tidak lebih 3 bulan atau kedua-duanya.

Itu adalah sebahagian OSHA yang melindungi para pekerja yang bekerja di tempat tinggi. Jadi adalah menjadi tanggung jawab kedua-dua majikan dan pekerja untuk memastikan mereka adalah dalam keadaan selamat. Kegagalan mematuhinya akan menyebabkan mereka boleh dikenakan penalti jika disabitkan kesalahan.

Untuk bekerja ditempat tinggi, pada ketinggian 3 meter atau lebih dari aras bawah mesti memakai PPE yang sesuai sebelum memulakan kerja.

 Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) bagi Bekerja di Tempat Tinggi

List PPE - Berkerja di tempat tinggi

List PPE – Bekerja di tempat tinggi

  • Topi keselamatan (safety helmet) yang sesuai
  • Kasut keselamatan (safety shoe)
  • Safety Harness (Abah-abah) – Jangan menggunakan safety belt kerana banyak kes terjatuh yang maut dan cedera parah walaupun memakai safety belt. Perlindungan safety belt adalah tidak menyeluruh. Masih banyak syarikat membekalkan safety belt kerana ianya lebih murah.

How To Use Safety Harness

Pakaian Perlindungan Peribadi (PPE) dan langkah keselamatan lain adalah langkah kita bagi mengelakkan sebarang risiko kemalangan. Sekurangnya kita mengambil langkah keselamatan. Jangan pandang mudah semua ini kerana nyawa kita tiada galang gantinya.

Safety first.

 

13 thoughts on “Safety First : Bekerja di Tempat Tinggi

  1. joraksenawi

    assalam daddydee, boleh sya tanye, akta or cop or prosedur mana yg mana menetapkan working at heights adalah kerja yg melebihi 3 meter,sbb sya cari x jumpe…terima kasih…

    Reply
    1. DaddyDee Post author

      Wasalam,
      Ini antara legal law yang biasa digunakan untuk working at height. Harap dapat membantu. Terima kasih.

      OSHA 1994
      Section 15 (1)– Duties Of Employer
      To ensure the safety, health and welfare of his employees
      Section 24 (1) (c) –Duties of Employee
      to wear or use at all times any protective equipment or clothing provided by the employer for the purpose of preventing risks to his safety & health;
      FMA 1967
      Section 20-Duties of Persons Employed
      Shall make use of appliance and means for securing his safety, health and welfare
      Section 21- Duties of Occupier
      Shall all time maintain all safety appliance

      Regulation 12, SHW 1970
      Where any person is required to work at a place from which he will be liable to fall a distance more than 10 feet, means shall be provided to ensure his safety and such means shall where practicable include the use of safety belts or ropes
      Regulation 15 (2), BOWEC 1986
      Every employee who is provided with a safety belt shall be instructed in the proper method of wearing and using it, as well as attaching to the life line

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge