Camille dan Kennerly Kitt : Harp Twin

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Hari cuti yang lalu, dek kerana bosan tiada apa-apa ingin dilakukan sambil mengadap blog saya, saya mencari video-video lama lagu Metallica, terjumpa video tentang Camille dan Kenerly Kitt the Twin Harp. Layan sekejap video mereka. Memang layan juga, saya memang suka muzik jenis ala-ala okestra yang kadang kala mampu memberi ketenangan. Sesekali lagi dari muzik head bang memang best juga.

 Camille and Kennerly Kitt
Camille dan Kennerly Kitt

Camille dan Kennerly Kitt adalah artis kelahiran Amerika yang mula bermain muzik sejak kecil bermula dengan piano dan kemudiannya beralih kepada harp. Camille dan Kennerly Kitt yang lebih dikenali sebagai Harp Twin pernah muncul dalam beberapa siri tv, iklan dan movie.

Camille dan Kennerly Kitt telah banyak memainkan lagu cover dari beberapa artis popular seperti  Metallica, Rolling Stone, Bon Jovi, Lady Gaga dan banyak lagi.

Camille dan Kennerly Kitt – Nothing Else Matters

Memang sangat berbakat Camille dan Kennerly Kitt ini. Sebelum ini saya tidak tahu sangat tetang muzik harp yang biasa saya tengok ketika okestra sahaja. Tapi bila melihat petikan harp mereka memang buat saya kagum.

Mungkin selepas ini akan ada artis hebat dari Malaysia yang akan seperti mereka, main gambus mungkin? Siapa tahu?

Hujung minggu lepas penuhi permintaan anak sulung aku yang nak tengok sangat Black Panther, puas
Perlawanan awal pagi semalam antara Arsenal melawan Everton menyaksikan kemunculan pertama Mkhitaryan dan Aubameyang untuk
Sabotage atau SBTG yang berasal dari Singapore telah diberi peluang untuk berkolabrasi dengan G-Shock. Kolabrasi
Pemergian Alexis Sanchez sememangnya adalah sesuatu yang sudah diduga sejak dari awal musim lagi. Malah
(Visited 24 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

10 thoughts on “Camille dan Kennerly Kitt : Harp Twin”

  1. Cover Metallica yang agak bagus. Cuma kalau nak lebih hebat boleh cari album “Plays Metallica By Four Cellos” oleh Apocalyptica. Yang ini lebih mantap! 😀

    Kalau cerita pasal gambus pula, boleh rujuk cari album Space Gambus Experiment. Anda tentu kagum dengannya.

    Mulakan pencarian di youtube! Semoga berjaya 😀
    anif recently posted..Puma Faas 250 – Motivasi Untuk Kembali BerlariMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge