Hari Kekasih Buat Kekasihku

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku…

Hari kekasih adalah hari untuk kita terapkan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan kekasih halal kita. Bila saja hari kekasih, hari menghargai kekasih pasti tidak lari dari hadiah. Ya, hadiah yang tulus ikhlas dari hati.

Hari Kekasih - Kukuhkan ikatan cinta
Hari Kekasih – Kukuhkan ikatan cinta

Hari kekasih di bulan Februari? Hari kekasih a.k.a Hari Velentine Day itu haram disambut bagi kita umat Islam. Ulama seluruh dunia telah sependapat bahawa ianya haram disambut.

Usah kita berbangga menjadi sebahagian dari angka statistik tangkapan khalwat sempena hari bermusim ini seperti hari kekasih, malam tahun baru dan malam merdeka. Tapi berbangga jika kita menjadi statistik angka ahli masjid.

Hari kekasih yang saya maksudkan adalah hari-hari. Hari-hari kita mesti semai dan bajai hubungan kita suami isteri dengan cinta dan kasih sayang. Biar cinta kita mekar harum selamanya.

Bosan juga jika hadiah hanya akan diterima secara bermusim sahaja. Buah durian pun dah tiada musim, tak akan hadiah masih mahu bermusim. Elemen kejutan dalam hubungan suami isteri perlu bagi menimbulkan keasyikan dalam hubungan cinta suami isteri.

Tidak percaya? Cubalah hantarkan jambangan bunga beserta sekeping kad ucapan terima kasih ke pejabat isteri atau suami keesokannya apabila mereka berkorban berjaga malam untuk menjaga anak kecil kita yang tidak sihat. Lihatlah betapa berbunganya hati pasangan kita di saat menerima bunga tersebut. Bukan nilai hadiah yang menjadi ukuran tapi keikhlasan.

Sentiasalah ciptakan kejutan dan kelainan dalam menghargai pasangan anda dalam memastikan keharmonian rumah tangga yang kita bina. Kejutan itu pasti menjadi detik indah dalam perhubungan kita. Apa yang penting kita mesti kreatif.

Mencintai kekasih halal itu sangat indah. Tak percaya, cubalah?

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Suami Baran? Saya juga suami yang baran di
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat Saudaraku Sekalian. Alhamdulillah. Badan makin sihat. Walaupun kepala masih stim
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua. Tinggal bersama mertua selepas berkahwin?? Pasti ramai akan berkata
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua... Bila isteri membebel Hari ini,
(Visited 26 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

30 thoughts on “Hari Kekasih Buat Kekasihku”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.