Kisah Teladan : Antara Harta atau Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Terlebih dahulu saya ingin nyatakan di sini, kisah yang saya ingin kongsikan pada hari ini adalah kisah tentang harta atau keluarga, cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia, nama watak hanyalah rekaan semata-mata berdasarkan satu kejadian sebenar yang diceritakan oleh seorang kawan (ralat). Kisah antara harta atau keluarga saya kongsikan hanyalah sebagai pengajaran buat semua. Semoga kita besama memperoleh manafaat dari kisah antara harta atau keluarga ini.

Antara Harta atau Keluarga : mana lebih bermakna?
Antara Harta atau Keluarga : mana lebih bermakna?

Antara Harta atau Keluarga

Aziz dan Fizah adalah satu pasangan suami isteri yang bersemangat tinggi. Mereka menyewa di sebuah apartment di tengah ibu kota. Kedua-duanya merupakan lulusan universiti luar negara. Mereka berdua sentiasa mendapat pujian dan anugerah pekerja cemerlang kerana berdua amat komited dalam kerja yang dilakukan.

Walaupun telah pelbagai kejayaan yang dikecapi mereka masih lagi tidak puas. Mereka berusaha dan terus berusaha. Ternyata mereka mencapai apa yang mereka inginkan selama ini, hasil usaha mereka memegang jawatan pengurus di syarikat tempat mereka bekerja dan menerima gaji lima angka.

Di kemuncak kejayaan juga, sinar kebahgiaan hadir dalam hidup mereka. Fizah disahkan mengandung. Aziz dan Fizah amat gembira dengan berita yang mereka terima, rumah yang sunyi selama ini akan mula di serikan lagi dengan kehadiran cahaya mata. Selepas 15 tahun berkahwin inilah cahaya mata pertama mereka.

Setelah genap 9 bulan, Fizah telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang amat comel. Kegembiraan Fizah dan Aziz memang tidak tergambar ketika itu. Putera ini telah dinamakan Adam. Putera ini amat lincah dan pintar. Putera ini telah ditinggalkan di rumah pengasuh kerana Fizah dan Aziz terlalu sibuk dengan kerja mereka.

Rezeki anak, mereka di naikkan pangkat dan gaji lagi. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Usaha mereka membuahkan hasil lagi.

Mereka telah membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang lebih selesa demi masa depan anak mereka. Mereka telah memilih untuk membeli sebuah rumah di puncak bukit. Mereka fikirkan suasana yang tenang dan sunyi mampu mengubat kepenatan mereka bekerja seharian. Pengasuh Adam kini tidak lagi mengasuh Adam. Mereka menghantar Adam ke Taska.

Hari-hari Fizah dan Aziz semakin sibuk. Mesyuarat sana sini tidak kira hujung minggu atau hari cuti. Kejayaan demi kejayaan mereka kecapi.

Hari-hari Adam pula makin kesepian dan kesunyian. Kesibukan Fizah dan Aziz menyebabkan mereka dahagakan belaian kasih sayang ibu dan bapa. Kekadang seharian Adam tidak akan bertemu dengan ibu bapa mereka, mereka pergi bekerja saat Adam masih lena dan pulang saat Adam telah dibuai mimpi nan indah. Begitulah seharian Adam, itu belum lagi ketika Aziz dan Fizah di tugaskan di luar kawasan.

Ternyata kejayaan itu juga satu dugaan buat mereka. Adam yang dahulunya lincah dan aktif kini telah menjadi pendiam. Fizikal mereka kelihatan baik saja. Tapi mungkin emosi dan batin mereka telah tercalar.

Fizah dan Aziz telah membawa Adam berjumpa Doktor Pakar Kanak-Kanak bagi mendapat jawapan bagi perubahan yang telah berlaku pada Adam.

‘Maaf puan, anak puan kami syaki mengidap Autism’

Meraung Fizah tatakala mendengar jawapan dari Doktor Pakar Kanak-Kanak itu. Bagaikan jantungnya direntap, kesedihanya tidak tergambar lagi. Wang ringgit yang mereka kumpulkan selama ini untuk masa depan Adam tiada bermakna lagi. Wang ringgit tidak dapat mengembalikan Adam yang dulu lagi.

Tuan Kecik - anugerah yang paling berharga dalam hidup saya.
Tuan Kecik – anugerah yang paling berharga dalam hidup saya.

Pengajaran : Antara harta atau keluarga kedua-duanya adalah penting. Tapi bagi saya keluarga lebih utama. Sesibuk manapun kita, cubalah luangkan masa untuk bersama keluarga. Anak adalah anugerah terindah dari Allah swt, hargai mereka.

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Tips Hidup Berjauahan dengan
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Tengahari semalam, selepas saya melakukan rutin kerja saya,
Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Biasa kita dengar ayat 'Disebalik kejayaan seorang lelaki
(Visited 37 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

15 thoughts on “Kisah Teladan : Antara Harta atau Keluarga”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge