Konsert Besar Sana Sini

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku…

Apa khabar semua saudaraku sekalian? Bagaimana percutian? Hebat, cuti saya biasa saja bersama keluarga di rumah. Santai-santai bersama keluarga di kota, hajat memang mahu pulang ke kampung halaman tapi apakan daya ada saja halangan yang mendatang.

Konsert Besar -PSY abang penari kuda
Konsert Besar -PSY

Orang Penang ada ke membaca di sini? Ada ke yang pergi melihat konsert besar tarian kuda, bukan tarian kuda kepang tapi tarian kuda si PSY yang menjadi satu fenomena pada 2012 dengan lagu ‘Oppa Gangnam Style’. Hebat sungguh kerana ada yang mampu membawa PSY ke mari yang saya dengar bayarannya yang terlalu mahal. Berapa harganya pun saya tidak tahu, sila lah tanya pada penganjur.

Sekarang ini saya melihat ramai sudah artis luar negara masuk mengadakan konsert besar sana sini. Ada saja jemputan dari artis luar untuk mengadakan konsert besar, bayaran mereka bukan murah dan bukan murah juga harga tiketnya. Tapi sambutannya tetap luar biasa. Mungkin orang kita sekarang ini terlalu suka berhibur?

Saya masih ingat suatu ketika dulu, jarang kedengaran konsert besar diadakan. Bukan saja artis Malaysia, artis luar negara lagi lah susah. Kalau ada pun tengok lah konsert kecil di fun fair. Ingat lagi pernah satu ketika, pernah saya melihat kumpulan May main di fun fair berdekatan rumah. Lagu ‘Jemu’ memang menjadi siulan ketika itu, jadi alang-alang mereka datang dan masuk percuma saya pun pergi lah tengok. Itu pun sebab percuma, kalau berbayar rasanya tidak saya pergi. Tidak mampu saya untuk membayar harga tiket, banyak lagi kepentingan lain yang perlu di utamakan.

Sekarang ini makin banyak pula konsert sana sini, makin menjadi-jadi. Bila baca di akhbar jualan tiket yang beratus-ratus tetap sold out. Ramai yang teruja untuk melihat artis pujaan agaknya. Berhujan tetap mereka redah untuk berhibur punya pasal. Apa saja sanggup dilakukan untuk menonton artis kegemaran mereka.

Kalau artis popular luar negara datang lagi lah, memang penuh saja stadium untuk konsert besar begitu. Ramai sudah menjejak kaki ke Malaysia untuk buat persembahan. Kalau mahu di bilang memang tidak terkira. Memang ramai rasanya cuma yang belum Metallica, Korn, Slipknot dan Iron Maiden. Kalau mereka datang saya tidak tahulah apa yang akan jadi, silap-silap saya pun join sama.

Saya juga sukakan hiburan tapi untuk mengeluarkan duit untuk tiket mungkin tidak. Tapi kalau Metallica datang dengan line up lama denganย  Jason Newsted sebagai basist memang saya tebuk tabung gajah untuk pergi layan head-bang. Hahaha…

Apapun, dalam sibuk kita berhibur jangan di lupa agama pula. Saya sangat suka dengan pendekatan Ustaz Azhar Idrus yang menggunakan elemen hiburan dalam berceramah. Memang berjaya memberi tarikan kepada orang muda untuk lebih dekat kepada agama. Jangan terlalu lalai dengan hiburan sampai kita alpha dan hanyut dalam keseronokan dunia. Ingat dunia ini hanya sementara.

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku.... Metallica adalah band kegemaran saya, dari remaja sampai
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua sahabatku... Sempena hari Jumaat dan Nuzul Quran yang mulia
Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Apa khabar semua? Harap sihat sejahtera semuanya. Sayang
(Visited 27 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

9 thoughts on “Konsert Besar Sana Sini”

  1. Dulu ada khabar angin Metallica nak datang KL. Kalau tak silap last year. Heboh time tu. Kawe siap check website Metallica nak pastikan betul atau tidak. Tapi sampai la ni, batang hidung Kirk Hammet & the geng pon tak nampak.
    Mungkin brutal sangat, so tak dapat masuk.
    Zaman ni, ramai yg bergaji besar terutama yg tinggal di KL. Ramai ex-classmates kawe yg tinggal di KL gaji kurang-kurang 5 angka. Cuma kejenya lah yg teruk. Ada yg kena stay kat negara org berbulan-bulan dan bertahun-tahun sebab keje. That’s why utk hilangkan tension they all belasah hiburan mcm ni kot. ๐Ÿ˜€
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..The LEGO Ideas BookMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge