Memburu Impian

Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…

Minggu lepas situasi saya agak kelam kabut, keadaan kesihatan mak mertua yang tidak begitu baik membuatkan masa untuk online saya agak terganggu. Daddydee.net telah terbiar pada minggu lepas demi menguruskan keluarga, aktiviti blogwalking saya juga terganggu akibatnya trafik blog agak merudum pada minggu lepas. Inshaallah minggu ini saya akan terus memburu impian, kembali berusaha.

Memburu Impian - Kejar cita-cita anda
Memburu Impian – Kejar cita-cita anda

Itu lumrah kehidupan, ada saja halangan datang menduga kita untuk menguji tahap kesabaran kita menghadapi dugaan dari Allah swt. Bagi saya itu semua tidak menghalang saya untuk memburu impian saya untuk berjaya dalam dunia online dan offline.

Sebulan dalam 2013 telah berlalu, kini bulan Februari sudah menjelma, bagaimana pencapaian saudara saudari ku sekalian sehingga kini? Sudah berapa peratus azam 2013 sudah tertunai? Apakah langkah seterusnya saudara saudari sekalian dalam memburu impian?

Dalam dunia online, saya masih lagi berusaha untuk menjenamakan blog Daddydee.net ini dengan acuan saya. Saya cuba menjenamakan dengan gaya penulisan gaya bahasa Melayu yang kelihatan agak formal. Tagline blog belum lagi saya gunakan, Inshaallah akan saya umumkan kemudian apabila header baru saya sudah siap. Memburu impian saya dalam dunia online untuk mejadi 10 blogger terbaik Malaysia masih banyak yang perlu saya lakukan. Kalian bagaimana?

Dalam dunia offline, bulan Februari akan bermula satu kesibukan bagi saya dalam memburu impian. Banyak yang akan saya lakukan bermula Ferbruari, kembali bergelar sebagai seorang pelajar sudah satu kejutan bagi saya. Setelah sekian lama meninggalkan dunia pengajian, kini saya kembali untuk belajar. Saya memohon ke hadrat ilahi agar saya dipermudahkan menerima ilmu.

Dalam dunia pekerjaan pula, banyak lagi yang perlu saya lakukan. Banyak lagi ilmu yang perlu saya tuntut untuk memantapkan pekerjaan saya. Bagi saya ilmu dan pengalaman adalah ubat terbaik untuk berjaya dalam pekerjaaan. Sebagai, penasihat unit amanah dan juga seorang pekerja senggaraan, masih banyak ilmu yang saya perlukan.

Video Memburu Impian, salah satu lagu kegemaran saya.

Dalam memburu impian, jangan pernah mengalah. Tidak kira berapa kali kita jatuh tersungkur itu tidak penting, yang penting adalah bagaimanakah kita bangun kembali untuk memburu impian. Ingat, usaha tangga jaya.

Saya mendoakan agar impian kita semua akan tercapai. Selamat berusaha dan berjaya saudaraku semua.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku... Teringat pada zaman muda mudi dulu masa bujang
Assalamualaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku... Saya mula membuat blog pada tahun 2007 dengan
Assalaamualaikum dan Salam Syawal buat semua saudaraku sekalian... denaihati.com Denahati.com satu
(Visited 35 times, 1 visits today)

Author: DaddyDee

Penulisan untuk perkongsian ilmu dan memberi inspirasi kepada diri dan pembaca sekalian. Blog kecil ini hanyalah salah satu sumber perkongsian dari penulis.

16 thoughts on “Memburu Impian”

  1. halangan, cubaan, ujian adalah warna2 kehidupan, apa pun keadaannya kita harus hadapi…KY doakan daddydee mampu mencapai impian walau dalam apa bidang yg daddy ceburi, kerna selagi ada kemahuan pasti ada jalan yg boleh kita rentasi..InsyaAllah…

    dan KY doakan ibu cepat sembuh
    KY recently posted..Benarkah Cinta Lelaki Lebih HebatMy Profile

  2. Memburu Impian pun kawe minat gak terutama ori version dalam filem ‘Gila-Gila Remaja’. Wah! time tu ramai yg nak jadi ‘Roy’ dan berangan bawa motor scrambler 😀
    Btw, kesibukkan itu asam garam kehidupan teutama yg dah ber’family’. Good thing pemilik blog ni memikirkan soal branding dan matalamat jangka panjang. Memang ponat nak kejar traffik kalau tak cuba tingkatkan jenama blog. Hopefully semua usaha tu akan menjadi bertukar menjadi kejayaan. All the best dan Happy Blogging!
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Election Is Coming And I’m Switching Off My FBMy Profile

    1. Versi orgininal Kaza memang feel habis. Tambah pulak bila layan video azroy tu…hahahah

      Terima kasih tuan. Atas sokongan tuan dan kawan-kawan lain insyallah saya akan terus berusaha.

Leave a Reply to hairulafiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge