Assalamualaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…
Kalau dulu saya pernah menulis tentang satu model G-Shock yang boleh dihubungkan dengan bluetooth ke iPhone. Hari ini saya ingin berkongsi 5 model G-Shock impian yang inign saya miliki suatu hari nanti. Kenapa impian? Buat masa sekarang saya belum lagi menyimpan model G-Shock, walaupun pernah pakai semasa belajar dulu.
In sha Allah, tahun dalam tahun 2013 ini saya akan gengam satu model G-Shock yang telah sekian lama saya perhatikan, dan ini akan menjadi jam digital pertama dalam koleksi saya. Model G-Shock dalam perhatian saya adalah:

GWA1000F – Model G-Shock aviation ini adalah antara jam dalam radar pemerhatian saya. Saya tidak pasti ianya sudah memasuki pasaran Malaysia ataupun belum. Tapi kalau mahu memiliki model G-Shock ini memang saya kena puasa lah, khabarnya harganya $600.00 bukan di Malaysia, mungkin lebih tinggi apabila masuk ke sini. Saya suka akan reka bentuk dan kombinasi warna yang amat menarik selain fungsinya yang amat mengujakan saya.

GA-100-1A1 – Model G-Shock x-large ini merupakan salah satu model idaman saya. Saya suka akan kombinasi warna flat black dengan jarum yang berwarna putih serta kombinasi analog dan digital. Mungkin ini akan saya sambar dulu. Untuk sambar model aviation terlalu mahal. Model ini dalam lingkungan RM500-RM600 di Malaysia.

G9300-1 – Model ini boleh dikatakan salah satu model keluaran G-Shock yang mempunyai fungsi yang lengkap iaitu Tough Solar, Digital Compass, Thermometer dan Moon Graph. Model ini pastinya boleh dijadikan partner terbaik untuk aktiviti outdoor. Harganya dalam lingkungan RM750-RM900 kalau tak salah saya.

GX-56 – King Of G-Shock saya suka akan reka bentuknya. Reka bentuk klasik G-Shock yang dibesarkan cukup menarik minat saya. Walaupun fungsinya kurang berbanding 3 model yang saya senaraikan di atas ianya tetap memukau di mata saya. GX-56 mempunyai fungsi world time bagi 30 bandar di seluruh dunia selain dari fungsi Tough Solar. Harganya dalam lingkungan RM550.00 di Malaysia.
Apapun, senarai di atas adalah 4 model G-Shock idaman yang masih lagi salam radar perhatian saya. Jam kesayangan saya tetap Seiko Kinetik (masih lagi sakit) dan Tissot T-Race (hadiah dari isteriku). Saya suka koleksi jam, jam berbeza bagi majlis yang berbeza.
Lawa jam G-Shock ni. Tapi saya tetap minat yang G-Shock lama macam Keanu Reeve pakai dalam cerita Speed! π
anif recently posted..Mentaliti Kelas Ketiga
Tu model klasik tu, DW5600C. Ada versi limited edition DW ni dipanggil Globe, pun cantik juga design nya, keluaran tahun 2012 kalau tak silap.
saya suka yang first tu…
sohoque recently posted..Applikasi Android Ustaz Azhar Idrus
Yang 1st tu mmg cantik….
no 2 tu lawa..
berkenan pulak
Kaki Kencing recently posted..MK1M β Makanan Kucing 1Malaysia
Ya memang sangat lawa.
lawa-lawa hehe…
Imran recently posted..Pintu Rezeki
wah makin menarik reka bentuk jam ni
dulu masa mula kerja pernah juga pakai jam ni…
auc recently posted..10 Blogger Terbaik Malaysia
Inovasi mereka semakin maju agaknya tuan…hehhehe
semuanya cantik cantik dan mahal mahal nie
Cantik tapi xde la mahal sangat pun.
Selamat membuat koleksi Casio G-shock dengan jayanya ya! π
hafidz recently posted..Casio Watch W-202
sedang berusaha tuan.